Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Monday, December 26, 2011

Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau, AWESOME!!


Assalamualaikum

Semoga dunia berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Ini merupakan tugasan terakhir aku untuk Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang baru sahaja melabuhkan tirai dengan penuh bergaya, pada 24 Disember lepas.

Satu perkataan yang boleh aku gunakan untuk describe konsert itu: Total Extreme Awesome! Oh tiga perkataan sebenarnya. Apapun sekadar omongan tentunya tidak cukup untuk menggambarkan segalanya. Jadi untuk menggambarkan, kita perlukan gambar. kan? Masuk akal.. masuk akal..

konsert fenomena search tawau 3

Line up Search, ramai yang sudah tahu. Walaupun sudah bergelar otai dan datuk, energi dan showmanship mereka boleh menandingi anak muda yang baru lepas SPM. Malam itu aku berpeluang berada di hadapan pentas utama Konsert ini. Kebenaran untuk mengambil gambar aku manfaatkan sepenuhnya. Terima kasih kepada penganjur yang memberikan peluang satu dalam sejuta ini. So, Gambar Konsert Fenomena 30 Tahun Search, behold!

IMG_6344 copy
Stacy

Sunday, December 18, 2011

Countdown ke Konsert Fenomena Search, Tawau.


Assalamualaikum


Tahun 2011 sudah hampir melabuhkan tirai. Azam tahun baru? tentu setiap kita mempunyai satu. Aku boleh bagi satu contoh azam yang menarik : Menjadi anak yang baik dan berada pada kedudukan 10 terkacak di daerah Tawau menjelang penghujung 2012. Menarik bukan? Apapun azam anda, usaha untuk mencapainya itu yang akan menjadi kayu pengukur sama ada anda ini betul-betul jantan, ataupun  sekadar bercakap kencang sahaja.

Back to business, ini merupakan tugasan ke-3 aku sebagai salah seorang blogger untuk konsert Fenomena 30 tahun Search yang akan berlangsung di Kompleks sukan Tawau pada 24 Disember ini. Sudahkah anda membeli tiket? Jika belum, sila dapatkannya secepat mungkin kerana kumpulan Search bukanlah band yang kerap kita lihat perform di majlis orang kahwin. Mereka memegang status otai, yang sememangnya legend!

Kepada yang masih bingung mencari tiket, bolehlah merujuk entry aku yang sebelum ini untuk mengetahui outlet menjual tiket konsert fenomena search ini ok. Anda juga mungkin akan terserempak dengan team promo konsert ini di seantero daerah Tawau. Tiket juga boleh didapati dari mereka dengan harga hanya RM25.


Saturday, December 10, 2011

Konsert Fenomena 30 Tahun Search : 14 hari lagi bro!


Assalamualaikum

Kurang dua minggu dari sekarang, bumi Tawau akan menjadi saksi berlangsungnya satu konsert yang bisa saja akan terpahat sebagai konsert lagenda.


Jika anda memandu kereta anda yang belum tamat ansuran itu menyusuri jalan dari airport ke bandar Tawau, mungkin anda terserempak dengan banner dan banting Konsert Fenomena 30 Tahun Search. Yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 24 Disember ini. Countdown!

Satu yang menarik pasal konsert fenomena Search di Tawau ini, ialah harga tiket yang ditawarkan. RM 25 saja beb! Topup handphone sebanyak RM25, kemudian bergayut dengan awek. Sekejap saja sudah habis, dan awek akhirnya curang dengan lelaki lain. Baik pergi konsert Search!

Aku mengetahui pasal konsert ini ketika membaca akhbar secara online. Terpampang iklan konsert Fenomena Search yang ketika itu akan diadakan di Penang, KL, dan Johor. Well, biasalah, kerana disanalah lubuk tempat artis membuat konsert besar. Selang seminggu, aku terdengar desas-desus mengatakan konsert fenomena search ini akan turut diadakan di Tawau. Too good to be true, but really it is true!

Jadi, dimanakah dia tempat menjual tiket konsert fenomena 30 tahun search ini? Bagi warga Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak, dan Sandakan,ini dia jawapannya!


TAWAU:
Tawaunet - West Point Complex
Kak Midah Café - Air Panas
Kak Ruga Café - Sabindo Squere
Arena Café - Jalan Masjid
Wealthy Empire Management - Jalan Masjid
Kedai Runcit Hidayat - Tg Batu
MD Communication - Wisma Wakaf
Demi Pasific S/B - Pasar Tawau
AA Communication - Pasar Tawau
Nur Telekomunikasi - Pasar Tawau
Andyana - Bus Station
FPM Communication - Bus Station
Perniagaan Sin Lee - Bus Station
West Mobile - Bus Station
CCM Communication - Fajar
BB Mobile - Jalan Belian
Kedai Hello Communication- Merotai
My Mobile Workshop - Felda Umas
RH Communication – Kalabakan



KUNAK:
F1 Communication - Kunak Plaza


SEMPORNA:
Lam Collection – Semporna

SANDAKAN:

Southern Teleshop - Bandar Sandakan
Magic Colour Foto - Bandar Sandakan
Smart Com Teleshop - Pasar
City Enterprise - Sibuga
3G Mobile - Menara MPS



LAHAD DATU:
CK Mobile Sedco - Sedco Shophse
CK Mobile Perdana Town - Perdana Town
JC Phone Shop - Fajar
Hup Fatt - Jln Kastam



Sungguh banyak bukan. Detail lagi terperinci. Jangan pula selepas ini anda mengamuk di kaunter bas Tung Ma kerana mereka tidak menjual tiket konsert ini. Disana ada tiket bas untuk ke KK sahaja orait!

1 lagi peringatan, pastikan anda membeli tiket yang original. Rupanya persis seperti dalam gambar dibawah ini:



Thursday, December 8, 2011

Ong-Bak Rindu. The Best Action-Love movie.


Assalamualaikum


Salam perpaduan. Hows life? If anyone cares about me, I’m fine. Thank you.


Sebenarnya aku sedang mencari idea hendak tulis apa pasal Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang akan berlangsung 24 Disember ini di Tawau, Sabah. Namun kudratku untuk menjana idea tidak selalunya memberangsangkan. Termenung dihadapan skrin, sambil ‘scroll’ ke atas dan bawah Wall Fb sahaja pencapaian terbaik yang boleh aku lakukan.

Bercakap mengenai Wall FB ni, sejak beberapa hari ini, isu yang nampaknya menjadi bual bicara ramai orang ialah filem Ombak Rindu. Sana sini pun Ombak Rindu. Popularitinya jauh mengatasi ombak tsunami dan rambut keriting yang berombak. Filem adaptasi novel sememangnya sangat mudah untuk tersangkut di hati penonton.

Frankly speaking, I don’t know a thing about that movie. Bila orang  bercerita pasal Ombak Rindu, The only word that came across my mind was “Ong-Bak”. Nah ini baru filem! Anyway, Jika anda bukan jenis yang layan blogpost merapu, jangan teruskan pembacaaan anda, Yeah~~

*Segalanya hanya rekaan. Jangan diambil serius*.

POSTER OMBAK RINDU 1

Sunday, December 4, 2011

Konsert Fenomena 30 Tahun Search, Live in Tawau


Assalamualaikum


Hari ini aku tiada gambar mahu dikongsi. Gambar banyak sebenarnya. Buktinya, kad memori aku penuh dengan gambar dua orang berlainan jantina yang ‘overdressed’ dan bermekap tebal. Berposing sakan di mana sahaja tetapi orang suka. Dalam bahasa saintifiknya, mereka digelar ‘Pengantin Baru’. Tahniah.

Ingin ku kongsikan disini satu event yang best, buat warga Tawau, khusus, dan seluruh warga Sabah, umum. Konsert Fenomena  30 Tahun Search yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada  24 Disember 2011. Yeay~

296265_287501621275658_287499904609163_1236239_1572854613_n

Thursday, December 1, 2011

Aku hanya mahu seringgit!


Assalamualaikum

Namaku Sambul..
Tinggal na di Pulau Mabul..
Aku tidak pakai baju, so jangan anggap aku pencabul..
Hidup kami memang gini.. rilek la dull...

otok1

Sambul itu kawanku..
Kami sama-sama tidak sekolah..
Matematik? Sains? Fizik? Uina apa itu??
Pancing ikan pari sepuluh kilo kami champion lah~~

IMG_1322 copy


Tuesday, November 29, 2011

Patsiiiik… Mintak duuuuwiiit~~


Assalamualaikum

“Pak Cik, Minta Duit”


Demikianlah makna sebenar di sebalik tajuk pada hari ini. Sayup-sayup suara mereka, di bawah terik matahari, dengan butiran pasir di segenap tubuh badan, hanyalah perkara biasa bagi kanak-kanak Bajau Laut di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.


Ya aku kesana lagi. Malar sungguh mukaku di pulau itu. Tatkala orang lain berlagak ke pulau Sipadan dengan membawa bersama emosi egois, aku ke Pulau Mabul sahaja. As usual, let the pics talks~~

IMG_1293 copy

IMG_1302 copy


Sunday, November 20, 2011

How to spent Holidays–For Dummies


Assalamualaikum


Dengan penuh rasa rendah diri dan sedikit takbur, ingin ku nyatakan disini bahawasanya, musim cuti sekolah sudah tiba. Meaning, pelajar sekolah sudah mula bercuti panjang. Termasuk juga guru-guru mereka, selagi mana mereka tidak terlibat dengan tugas-tugas sampingan lain seperti mengawas peperiksaan awam ataupu bertugas di sekolah.

Murid bercuti, well, its not a big deal. But getting paid for staying at home, is more or less like in heaven. Riak lagi disana. Maafkan aku. Namun tidak kira murid atau siapapun, cuti selama sebulan setengah tanpa membuat apa-apa tentunya teramat bosan, more or less like in hell.

So, what to do? Kepada yang punya 100 hektar ladang sawit dan 15 orang gaji di rumah, pergi bercuti adalah langkah terbaik. Namun bagi mereka yang makan KFC pun setahun sekali, itu pun dibelanja oleh rakan yang punya 100 hektar ladang sawit, tentu menghabiskan cuti mereka dengan aktiviti-aktiviti yang biasa sahaja. Contohnya;

(A strong reminder : gambar hanyalah hiasan semata. Tidak sama sekali berkaitan dengan apa yang aku ceritakan ok!)

1. Bekerja

IMG_8994 copy

Masa itu emas. Namun masa tidak akan menjadi emas jikalau kita duduk sahaja. Atas prinsip ini, ramai yang keluar bekerja. Memaksimumkan penggunaan masa untuk mencari rezeki. Mereka yang bercuti panjang diiringi poket yang terasa panjang kerana tidak berisi, tentunya akan bekerja. Janganlah pula terlalu memilih kerja, jadi assistant manager ladang pun sudah cukup.Hot smile Kalau tidak pun jadi fotografer sambilan. kan?

Friday, November 11, 2011

Tunggang dengan cermat!


Assalamualaikum


Siang tadi aku eksiden lagi. Ketika aku memandu keluar dari simpang, sebuah motosikal yang memecut laju tiba-tiba muncul dari sebelah kanan. Dia tidak perasan akan kewujudan aku, manakala aku lagi la tidak perasan kelibatnya yang mencelah di sebalik lori dan kereta lain. Berbekalkan tindakan refleks dan kudrat sedia ada, penunggang itu mengelak kereta aku dan terus jatuh menyembah jalan raya.

Ya kereta aku tidak apa-apa. Jalan raya itu juga tidak apa-apa. Si penunggang tadi yang berdarah disini-sana. Dengan hingus mengalir kencang dan gaya mamai akibat selesema, aku memarkir kereta dan berlari-lari anak singa ke arah penunggang tadi. semua kemahiran memujuk aku keluarkan. Kaedah sentuhan, ayat-ayat simpati, mimik muka empati, dan banyak lagi agar cerita itu tidak berakhir dengan kayu besbal terpacak dikepalaku.

Mungkin aku bernasib baik. Penunggang tadi adalah seorang yang baik hati dan sedar akan kesilapannya menunggang laju dan tidak alert dengan kenderaan lain. Setelah menolongnya menolak motosikal ke tepi jalan, aku meminta izin untuk berlalu pergi kerana kereta aku menghalang lalu lintas. Kasihan juga aku dengan beliau. Yang aku tidak boleh terima, mengapa aku boleh terlupa untuk menghulur wang sekerat dua untuk dia pergi berubat. Penyesalan yang menghantuiku hingga kini.

IMG_8958 copy

Monday, November 7, 2011

The Streets of Lahad Datu


Assalamualaikum & Salam Aidiladha.


Hye there. Welcome to Sabah. The land where you can buy smuggled cigarettes on the streets and gets away with it in style. Today we Muslims celebrates Hari RayE Aidiladha. It’s the day where all cows regret that they are not born as hamsters. This day, buras, is a must. Do you know what is buras? in semenanjung it is called BURES while in England, BURASES.

Macam mana English aku? ok kah? Boleh lagi ka mengajar anak orang Bahasa ini tahun depan? Tahun pertama aku mengajar bahasa Inggeris sememangnya amat mendukacitakan. Ramai pelajar aku terseliuh di bahagian lidah akibat kesukaran menyuarakan bahasa ini.

Lahad Datu. Terletak kira-kira 148 KM dari Tawau, dan berjarak 424 KM dari Ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu. Sebuah bandar yang kian pesat membangun, terutama dari segi perindustrian. Buktinya dapat dilihat menerusi pertambahan bilangan kilang yang dibina, jauh mengatasi pembinaan tandas awam.

Now, this is the place where I earn my living. Cari rezeki bai. Mencari sesuap nasi saja tidak memadai. Harus cari lebih banyak suapan dari itu. Asalkan tidak makan suap, yakni halal, we should be proud of what we are doing. Gambar hari ini adalah cebisan-cebisan street candid yang aku candid bersama beberapa rakan yang gemar candid. Walah!!

IMG_9035 copy

Saturday, November 5, 2011

Sudah bosan berkulit putih? Ini jawapannya!


Assalamualaikum dan salam Aidiladha

Hari raya Aidiladha, atau lebih gemar disebut, Hari raya haji, bakal menjelang tiba. Secara literalnya, hanya golongan Haji yang sepatutnya beraya sakan pada hari raya Aidiladha. Jadi jangan hairan jika bukan kanak-kanak yang datang bertamu meminta duit raya di rumah anda, tetapi golongan Haji. Sekadar gurauan. Jika merasakan ini melampau, tekanlah butang ‘X’ yang terdapat di hujung kanan atas skrin anda. Ataupun cabut betrai leptop anda dengan ganasnya.

Sudah lama aku tidak mempromosikan sesuatu yang menarik berkaitan hometown aku, Tawau. Ya aku masih sayang Tawau. Berwajah iras-iras Korea dan berpelat semenanjung tidak menghalang aku dari menyayangi Tawau. Sungguh memualkan, they say.

Tajuk post aku sudah menceritakan sedikit sebanyak. Tempat yang ingin aku bualkan ini mampu mengubah wajah anda dari mirip Aaron Aziz kepada mirip Will Smith dalam masa yang singkat! Jangan risau, anda masih kacak dan cantik. Itu semua benda yang abstrak.

Tempat yang aku maksudkan terletak nun di Pantai Tinagat sana. Mudah saja untuk sampai. Anda hanya memerlukan : Kenderaan yang belum tamat ccm, minyak kenderaan, dan mulut yang ringan untuk bertanya. Hey, I’m not a tour guide ok. Just a person lucky enough to have an overpriced camera and a sweet girlfriend.
IMG_8590 copy

Yep!! Kita sudah tiba. Apa yang menarik pasal tempat ini kemudian aku beritahu. Yang pastinya, pastikan anda bersiap sedia mental emosi, mengenakan pakaian yang sesuai, dan jangan lupa solat. Sekadar update status berbentuk kerohanian di Fb saja tidak memadai kalau solat tidak dilaksanakan.

Sunday, October 23, 2011

Exam, Example, Examplest!


Assalamualaikum Tuan!

Weekend tiba lagi. Namun yang menariknya, weekend ini terletak pada MonthEnd (hujung bulan), manakala YearEnd (hujung tahun) pula semakin hampir. Aku telah mencipta perkataan baru yang mungkin saja bisa memesongkan aqidah bahasa Ingeris anda. Abaikan.
Hujung tahun amat sinonim dengan 3 perkara. Musim perkahwinan, musim cuti sekolah, dan pastinya, musim peperiksaan.

IMG_8691 copy

Melihat pelajar mengambil peperiksaan membuat aku mengimbau kembali masa-masa aku belajar dahulu. Tidak sangka dahulu aku pernah duduk seperti mereka, menjawab soalan yang entah apa-apa, dan berjaya melepasi semua itu dengan jayanya walaupun kerap gagal bercinta.

Mungkin tips ini berguna. Sebelum keluar dari rumah untuk pergi menghadapi diktator kejam yang bernama peperiksaan, pastikan anda mendapat restu kedua ayah bonda. Kucup tangan dan pohon ampun dan doa dari mereka. Pastikan ini dilakukan. Cari mereka sampai dapat. Di mana sahaja, cari. Tapi kalau ibu bapa anda sedang bertugas sebagai angkasawan di bulan, tidak mengapalah.Angel

Friday, October 14, 2011

Pijak semut tak mati~!


Assalamualaikum

Syukur ke hadrat Ilahi. Kerana mana kita masih diberi ruang untuk terus bernafas di atas muka bumi ini. Jika tidak bernafas, anda mungkin saja mati. Tahukah anda bahawa manusia menggunakan gas oksigen untuk bernafas? Tahu? Bagus.

Udara adalah CAMPURAN, bukannya SEBATIAN. 78% daripada komposisi udara ialah gas Nitrogen. 21% ialah gas oksigen, 0.03% ialah gas karbon dioksida, manakala selebihnya ialah gas adi, wap air, dan sebagainya. Aku bukan mahu tunjuk pandai. Aku cuma ingin bagi soalan bocor kepada student-student aku. So kids, take note ok.

Stok gambar serangga aku masih banyak lagi. Walaupun pada hematku gambar serangga-serangga itu tidak cantik, namun ada juga yang suka. Terutama si Wahyuni.

Sebagai selingan, aku selitkan kisah pengajaran yang aku jumpa di blog ini tadi. Mohon copy paste ok! Kisahnya berkaitan serangga tentunya. Kalau kisahnya berkaitan peti sejuk, sudah pasti akan kuselitkan gambar peti sejuk sebagai santapan kita pada malam ini. Enjoy. Kisah teladan ni!!

IMG_8463 copy

Wednesday, October 12, 2011

Serang Serangga!!


Assalamualaikum

PMR dengan rasminya telah melabuhkan tirai. Sedikit beban di bahu sudah terlepas. Masih banyak lagi beban lain termasuk beban berat badan sendiri.

Kepada calon yang telah mengharungi PMR ini, tahniah. sekarang anda memasuki satu fasa baru, iaitu tawakkal. Jika anda beranggapan anda sudah merdeka, anda silap. Still a long way to go and you’re not even half way there. Masih banyak perlu dilakukan agar anda menjadi seorang manusia, yang dapat membalas jasa ibu bapa. Ingatlah bahawasanya parent kita menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Oleh itu tidak wajar anda menjadi binatang setelah anda ditatang sedemikian rupa.

Bercakap pasal binatang ni, hari ni aku mau post gambar binatang. To be precise, bugs, or insects. Wah teracun sungguh aku dengan arena makro ini. Yeah some might say this is boring.. not cool.. and so on. But when talking about interest, criticizing others is a waste of time. You have yours, I have mine. We are happy family lalala~~  *Merapu sudah.

Walaupun penuh dengan keazaman, usaha yang jitu, sanggup berpanas dan digigit nyamuk, harus ku akui masih kurang kemahiranku dalam benda-benda macam ini. Anyway, here’s some of it;

IMG_8484 copy


Lalat. Heboh di wall Facebook dengan kes wanita yang tidak mencuci pakaian dalam mereka selepas membeli. Gerun sungguh jiwa ini melihatnya. Bagaimanakah bisa telur lalat boleh berada disitu. Siapa tahu. Serangga ni sememangnya kecil dan menggelikan. Jadikan pengajaran, cucilah BRAzil itu selepas dibeli. Baru tidak bererti bersih.

Saturday, October 8, 2011

Teruskan menyokong bola sepak kita!


Assalamualaikum

Hari ini hari sabtu. Baru sahaja semalam dibentangkan Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri kita. Ramai yang menyokong, ramai yang suka. Namun ramai juga merasa sebaliknya. Kancah politik negara kita sememangnya semakin hangat.

Pendapatku mengenai Bajet 2012? mudah saja. Dari dahulu, kini, dan masa-masa akan datang, aku tetap Bajet Cool, bajet kiut, dan bajet hensem di mana sahaja. Dan semestinya, aku suka makan bajek (Sejenis makanan tradisi masyarakat Bugis). Kesimpulannya, undi adalah rahsia. Dan bilamana ianya rahsia, aku ndak mau kasitau kamu.

Serentak dengan pembentangan Bajet 2012 semalam, berlangsung juga perlawanan persahabatan antara pasukan bola sepak kebangsaan kita menentang pasukan Australia. Jika anda tersentak dengan intipati bajet 2012, anda mungkin lebih tersentak dengan kekalahan 5-0 pasukan kita kepada negara kangaroo dan beruang koala itu.

Well then, memandangkan sudah ramai yang mengutuk dan bersyukur dengan Bajet 2012 semalam, aku memilih untuk berblogging pasal bola sajalah hari ini. Tatkala hari sabtu ramai yang keluar bersosial, dewasa ini aku hanya melepak sahaja dirumah. Kawan pun kurang, cewek pun entah kemana. Gejala TUA.

IMG_7816 copy
Gambar pada hari ini dibawakan khas secara terus kepada anda oleh kamera murah aku. Tidak secanggih kamera anda namun aku berbangga dengannya. Talent pula adalah dari kalangan student aku sendiri. Yeah!

Mengapa pasukan bola sepak kita asyik kalah? mari kita cuba merungkai persoalan ini bersama. Aku bukan penganalisis bola sepak. Shebby Singh tidak kenal aku. Zainal Abidin Rawop buang muka kalau jumpa aku. But everybody has their opinion right? Right or wrong, is another story.

1. Saiz badan kecil?


IMG_7818 copy

Rata-rata pemain kita mempunyai saiz badan sederhana. Kalau tinggi pun, kurus. Tiga pemain Malaysia yang berpadu tenaga belum tentu dapat menggeletek didier Drogba hingga ketawa. Apatah lagi menjatuhkan beliau. Title ‘Pindik-pindik tagap’ lebih sinonim dengan kita.

Monday, October 3, 2011

Konsert Lagenda Rock Tawau. Yeyeaah!!


Assalamualaikum..

So, when is the last time I update this blog? Ternyata aku sungguh ‘rajin’ untuk semua ini.

Sebagai mukaddimah untuk hari ini, sebagai salah seorang warga pendidik, yang mana masih cuba untuk mendidik diri sendiri, ingin aku ucapkan selamat menempuhi PMR buat semua pelajar tingkatan 3 di serata Malaysia. PMR tidak susah. Dulu aku senang-senang sahaja dapat straight A. (ya Allah ampunilah hambaMu yang riak ini).

As mentioned in the title above, post hari ini adalah mengenai konsert 4 lagenda rock yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Tawau, pada 1 Oktober 2011. Akan ku hidangkan anda beberapa cerita ketika konsert itu, kehangatan, kehebatan, kemeriahan, dan tidak lupa juga kelemahan dan kecacatan untuk pengajaran kita bersama. And of course, pictures! that is what this is all about right! Bersama ini saya kepilkan beberapa keping gambar konsert  lagenda rock itu orait!

The night’s performance was kicked off by Mas AF. Made in Tawau, and well known for her sate. Suara still bertenaga. Sedikit pertambahan saiz sememangnya tidak menghalang beliau dari beraksi ligat di atas pentas. Macam di KK!

*Maaf atas kelemahan kualiti gambar. Aku tidak pandai. Ampun.

IMG_7902 copy

Kemudian persembahan pembukaan, yang dihangatkan oleh sebuah band baru dari Indonesia, Point Band. Pertama kali melihat mereka, pertama kali mendengar lagu mereka. Well, agak catchy lagu-lagu yang mereka persembahkan. Ala-ala wali band, Ungu, dan Peter Pan. At least thats what I think. Not much of an Indonesian music supporter but I know their song is nice.

IMG_7964 copy

Itu jika kita amati lagu. Jika kita amati keseluruhan kualiti persembahan, mungkin agak mengecewakan. Kekurangan pengalaman mungkin antara sebabnya. Tapi bagi aku, sound system yang paling banyak menjejaskan kualiti.

Tuesday, August 30, 2011

Raya!


Assalamualaikum

Kepada yang berkaitan, seperti biasa gerakan tahunan Hari raya aidilfitri kita akan berjalan seperti biasa tahun ini. Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh : 31 Ogos 2011 (rabu) bersamaan 2 syawal bersamaan juga hari raya kedua.
Masa : 10.00 pagi hingga mamak kamu call suruh pulang.
Tempat pertemuan : Rumah cik Shalwana @ Fifi (kampung muhibbah raya)
Pakaian : Lelaki – Baju Melayu
    Perempuan – Baju raya kamu. Pastikan kamu tampil anggun ok! 
*Kegagalan mematuhi kod etika pemakaian boleh memungkinkan anda tidak diajak bergambar.*
Kepada yang mempunyai masalah pengangkutan, sila berhubung dengan cik Putri Mubina atau Enchek Tola.
Ajaklah kawan-kawan yang lain. Termasuk si Eljon dan Jirin. Kerana bekalan kenderaan adalah sangat mencukupi. Minyak faham-faham sendiri ok.

IMG_0989

Setakat ini dahulu, maaf jika terbiadap bahasa. Mari bersama memeriahkan. Ini mungkin saja menjadi tahun terakhir kita beraya beramai-ramai sebagai bujang (If you know what I mean)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
*Sudir Suichi*

Thursday, August 25, 2011

CUAI dan COBAAN


Assalamualaikum


Dalam seminggu lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri. Hari dimana umat Islam seantero dunia meraikan kemenangan setelah berlumba-lumba beribadat di bulan sebelumnya, iaitu Ramadhan. Jikalau dahulu, kad-kad raya mungkin sudah bertebaran di sana-sini. Namun kali ini, kita lebih banyak di TAG di gambar-gambar ucapan raya di Facebook. Canggih dan bijak.

Dalam masa seminggu inilah, orang ramai berpusu-pusu untuk ke bandar. Untuk bershopping pastinya. Aku juga tidak terkecuali. Tahun pertama beraya sebagai orang berkerja amat dinantikan. Bersemangat untuk membeli ini dan itu. Namun apakan daya, eksiden sebentar tadi membantutkan segalanya. Habis calar kereta aku. Habis bengkak kaki aku. Menangis mamaku, dan secara otomatis punah hasrat rayaku. Wah macam sajak.

Hasil daripada CUAI, anda akan dapat COBAAN. Pesona Algebra kehidupan.



IMG_5823


Sunday, August 14, 2011

Tiada kalahnya..


Assalamualaikum


Sudah masuk hari ke 14 berpuasa. Tahniah aku ucapkan kepada kita semua yang setakat ini belum tumpas di pertengahan jalan. Semoga puasa kita valid disisiNya InsyaAllah.

Kelmarin merupakan hari pertama aku berbuka bersama keluarga. Tiada kalahnya! Walaupun tidak mewah, tidak penuh hidangan dimeja, dan mamaku berdoa terlalu lama, namun menikmati saat-saat sebegini bersama keluarga ternyata tiada kalahnya! Love my family!

Ok cukup. Mari lihat gambar artis. Walaupun mungkin tidak relevan dengan bulan mulia ini, but hey, everything has its bright side. Just think positive okay~!

Gambar-gambar ini aku amik semasa Program Juara Rakyat yang berlangsung di perkarangan Majlis Perbandaran TAwau dua minggu lepas. Bersama team TawauBloggers tentunya. Maaf aku tidak sempat share gambar-gambar ini kerana aku terlupa membawa kamera ke LAhad Datu haritu. DUhh~~

ABU BAKAR ELLAH

Kepada Sabahan yang tidak mengenali beliau, bolehlah menggunting MyKad anda kepada beberapa kepingan sekarang ok! Seniman berbakat besar dan mempunyai daya humour tahap dewa naga. Terasa kebas buah pinggang mendengar lawak beliau.

Saturday, August 6, 2011

Seronok puasa atau puasa seronok?


Assalamualaikum


Tajuk post adalah petikan dari status FB rakanku. Sangat menarik untuk difikirkan di kala lapang. Apalagi ketika anda melepak di beranda rumah sambil menghisap rokok malboro yang diseludup. Fuh.. *Rokok membahayakan kesihatan*

Sebelum itu, rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat anda semua diluar sana. Semoga bulan mulia ini menjadi platform untuk kita semua menjadi hamba yang lebih humble, dan bukannya hampeh. Ikhlas dari saya dan isteri. (Masih mengumpul duit untuk mendapatkan Isteri sebenarnya).

Puasa. Satu kewajipan yang jatuh wajib kepada seluruh umat Islam dan terkandung sebagai salah satu elemen dalam rukun Islam. Dalam erti kata mudahnya, jika tidak mahu masuk neraka, berpuasalah anda wahai sahabat.

Selain ganjaran pahala, apakah yang membuatkan puasa ini seronok? Banyak! Kamu semua pun tahu kan. Tapi jika kita melihat dari kaca mata mereka yang tidak puasa, mungkin apa yang mereka rasa itu tidak sama dengan insan berpuasa. Ya.. kaca mata mereka jenama Ray Bann. Mereka berbangga dengan kaca mata mereka walhal ianya dibeli di pasar malam sahaja.

Bagi mereka berpuasa adalah lebih sengsara dari mengikuti pertandingan tarik tali di bawah panas terik. Lebih menyusahkan dari membuat assignment rakan, dan lebih memenatkan dari mengira butiran pasir di gurun Sahara.

sb5


Yup..Tarik tali. Akhirnya aku berjaya mengaitkan apa yang aku cuba sampaikan dengan gambar yang aku ada. Yeah!!

Sunday, July 31, 2011

Bertahun sudah ku menunggu dirimu..


Assalamualaikum Pemirsa..


Sejauh manakah LINE TELEFON boleh menjejaskan hubungan? Mudah! It goes like this..


Akibat line telefon yang durjana..
Antara aku dan dia wujud curiga..
Ku sms ku call tiada jawabnya..
Buat hati gundah gulana..

Akibat line telefon yang canggih kononnya..
Aku dan dia renggang seketika..
Tidak ku tahu apa perihalnya..
Mungkin saja ada orang ketiga..

Akibat line telefon yang kujaga prepaidnya..
aku dan dia dingin sedingin kutub utara..
Dialah salji, dan aku beruang kutubnya..

Akibat line telefon yang sometimes celaka..
Aku dan dia hilang serinya..
Tambahan pula ada campur tangan orang tua..
Yang bisa saja menamatkan segalanya..

IMG_4656 copy

Tu kalau mahu cerita pasal line telefon la. Sampai esok pun belum tentu habis. Tapi memandangkan esok aku tidak bekerja, apalah salahnya aku menaip sampai esok.

Tuesday, July 26, 2011

Suka Sukan



Assalamualaikum

Pernahkah anda mengalami, sewaktu kecil dahulu, tatkala anda duduk semeja bersama ahli keluarga untuk menyantap makan malam, anda berkata :

“Aduh mak.. ini saja ka lauk untuk malam ni? Bosannya… Tidak sedap…”


Well, itu dialog biasa bagi kanak-kanak apalagi yang kerap dimanjakan. Kepada yang mempunyai banyak kesan parut akibat disebat dengan hos paip di sekitar punggung, sila abaikan dialog itu ok. Kerana aku tahu anda tidak mungkin berani komplen masakan parent anda kerana anda kerap disebat.

Anyway, selepas anda memberi komen seperti itu, pastinya ibu bapa anda memberikan respon seperti berikut:

“Bersyukurklah nak.. time mama kecik-kecik dulu, makan nasi lauk garam saja.. Lagi kasihan nak..”

Hm.. pada zaman tukar-tukar jantina seperti sekarang, makan nasi lauk garam semestinya satu kedaifan tahap tertinggi. Tapi parent kita dahulu, amatlah biasa dengan keadaan itu. Dan tidak sikitpun merasa terseksa. And they’re not complaining too, of course.

sb9

Now, cuba kita letakkan diri kita pada masa 20 tahun akan datang. Ketika itu anda adalah photographer terhebat, sudah tidak kacak, beruban, mempunyai 4 anak yang comel-comel, tapi bini masih slim dan adorable (It’s my dream family, actually)

Monday, July 11, 2011

It is FUN, but is it FAIR??


Assalamualaikum

Salam mesra ini kutujukan kepada semua yang ada diluar sana dari bandar Lahad Datu, Sabah. Ketahuilah dunia bahawa sudah 3 hari bekalan air di tempat aku tinggal terputus. Kepada insan seperti kami yang sudah biasa dimanjakan dengan keselesaan, ini sememangnya satu tamparan hebat. Tidak boleh mandi, berak dalam keadaan yang daif, bau badan seperti kuda, pastinya lebih teruk dari ditampar.

Kepada yang tidak mengalami, this might sounds FUN, or even FUNNY. Tapi kepada bahu yang memikul, this is really not FAIR man. Tanpa sebarang notis kami diseksa sedemikian rupa. But hey, we can’t totally blame them right? that is not  FAIR too..

SO the talk of the day is about what is FUN and what is FAIR.. or in short, FUNFAIR. Wow!! funfair!! mama I want to go!!

IMG_5672 copy

Friends, Families, and even foes (If any.. I think I have none). MY blog is basically just a photoblog. FOcus more on the pics yah.

Wednesday, July 6, 2011

AkuChentaPadamu


Assalamualaikum

Pada usia mudaku sekarang ni, aku semakin bergelumang dengan suasana cinta tidak keruan. Memang tidak dinafikan, perkara ini sememangnya normal. Tapi jangan salah sangka, bukan aku yang diselubungi masalah cinta, cuma persekitaranku banyak berkisar dengan isu ini.

Aku seorang guru, masih lagi baru, muda, dan ramai student cakap aku hensem. Walaupun aku tahu mereka cakap begitu semata-mata untuk membodek tanpa sebarang keikhlasan, tapi benda-benda sebegitu boleh memotivasikan kita secara tidak langsung. kan? Almaklumlah berat badan ketika ini sudah mencapai tahap kritikal.

Semestinya hari-hariku banyak diceriakan dengan kisah cinta monyet yang aku temui di sekolahku. Ya memang sekolah aku banyak monyet. Namun pengaruh monyet itu tidak mampu untuk menghalang student-student dari dibuai cinta.

IMG_4767 copy

Monday, June 20, 2011

Hari ini kau datang riang tersenyum buatku senang~~

Assalamualaikum


Selamat hari bapa. Tentunya kutujukan kepada ayahandaku sendiri. Pengakuan ikhlas, aku tidak pernah mengucapkan selamat hari ibu/hari bapa kepada kedua parentku secara proper. Sebagaimana orang lain buat..

Aku : Pak..! hari ni hari bapak ba kan?
myDad : Oh iya kan..
Aku : Selamat ya. haha.


Ok itulah ucapan paling proper aku pernah bagi rasanya. Its not that I didn’t love my dad, or mom. Cuma sejak kecil kami tidak terbiasa membiasakan perkara ini. Terasa kekok pun ada.Anyway, let every day be fathers/mothers day ok. Itu lagi sedap. Ataupun menyedapkan hati. Mana-mana lah.

Gambar-gambar hari ini ditembak ketika konsert syok bersama Muzik FM eberapa minggu lepas. Berlangsung di Kampung Bukit Queen, Tawau. Artis yang hadir sememangnya hebat-hebat belaka. Aerosmith, Beyonce, Rihanna, Lindsay Lohan, Paris Hilton, dan ramai lagi.

Tak percaya? Baguslah. Jangan terus cepat percaya apabila membaca mana-mana blog kerana kebenarannya belum tentu pasti. Kalau jadi fitnah bagaimana? Kadangkala ada juga blog yang buat kita jadi goblog. Ia cuma pandangan individu sahaja, so beware.

IMG_1975 copy

Saturday, May 28, 2011

Adik manis, abang kacak, uncle macho, akak lawa, HELP me~~

Assalamualaikum.

Pembaca yang budiman. Hadirnya saya dalam entry kali ini adalah bertujuan untuk meminta bantuan pembaca sekalian. Bukan untuk klik iklan Nuffnang aku, ataupun untuk klik link Churp-churp aku. Hamba tahu pasti tuan-puan sekalian mempunyai akaun Facebook bukan…

So minta tulung sedikit.. like gambar-gambar ku yang tidak berapa lawa ini..

Aku amik gambar ini semasa pertandingan Fotografi sempena Unduk Ngadau peringkat daerah Tawau yang berlangsung di Eastern Plaza beberapa minggu lepas. Pertandingan ini adalah anjuran MUSTWIN VENTURE SDN BHD.

So sudilah kiranya jika tuan-puan me ‘like’ gambar hamba ini ya. Mungkin tidak lawa diamata dunia, tapi apakan daya itu saja yang daku mampu.

Like dulu page MUSTWIN VENTURE SDN BHD ini ya..
Ok teruskan dengan gambar pertama…

251620_201601213218562_196294750415875_577360_7044677_n

Friday, May 20, 2011

Mokuou.. spell it right, say it right..

Assalamualaikum

With eyes full of hope, filled with determination, he said…

“sir..aku mahu betul lulus English nanti exam sir..tapi macam mana..sejak aku lahir aku gagal jak terus..”

Well what can I say.. say it isn’t so lah jawabnya..
IMG_1769 (2) copy

The pics was taken at pantai mokuou, tungku, lahad datu. A really nice place with a nice view. And if you got lucky, you can see some nice view of a nice girl in swimsuit too~~ hehe.

Wednesday, May 11, 2011

Sekadar mengUpdate..


Assalamualaikum

Salam perpaduan. tiba-tiba nafsu aku untuk update blog ini tiba-tiba muncul. Mana tidaknya, ketika aku menjenguk ke Nuffnang tadi, terlihat olehku dua buffered earnings tengah memeriahkan blog ini. Wah! sudah lama tidak ada B.E. Semenjak bergelar seorang guru di sekolah yang tiada air ini, nyata blog aku suram mengalahkan rumah pontianak.
So malam ni, asal mengUpdate sajalah ya..

Segala yang baik itu, datangnya dari Allah, dan yang buruk itu, adalah atas kelemahan kita sendiri. – tentu anda biasa mendengar ungkapan ini bukan? biasa diungkapkan di hujung ucapan seseorang. Membuktikan bahawa kita ini hanyalah roman picisan yang lemah. Kerana kita Hamba.

Walaupun selalu kita dengar, namun sejauh manakah kita mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita? Bila kita beroleh kebaikan, siapa kita ingat, bila kita bermusibah, siapa kita salahkan?

Well, let me give some example. might sound stupid, but it happens…

**Gambar sekadar hiasan**
IMG_5552 copy

Tuesday, May 3, 2011

Suara Tawau Untuk 1Malaysia

Assalamualaikum

Aku : Pelajar sekalian, Insya Allah jika tiada halangan kita akan berpindah ke bangunan sekolah baru pada bulan 6 ni.
Student : Wah! ya ka cikgu! tidak sabar kami tau… macam mana bilik kelas di sana nanti? luas ka?
Aku : Luas! kamu bayangkan saja satu bilik darjah ada 3 whiteboard. Luas kan?
Student : Luasnya cikgu. Tapi susah la kami kalau begitu. Penat.
Aku : Kenapa?
Student : Ya la.. Kelas kami sekarang ada 1 ja whiteboard. Cikgu sorang saja yang masuk. Jadi nanti kalau ada 3 whiteboard, 3 orang cikgu la akan masuk tu kan. Mati la kami……

U made my day!!

Salam perpaduan. bagaimana? Sudah puas bercuti di hari pekerja? Walaupun dari segi literalnya, hari pekerja ialah hari dimana ramai pekerja bercuti, namun pada cuti hari pekerjalah banyak program-program dan aktiviti yang kita ikuti. Kadangkala aktiviti itu jauh lebih memenatkan dari bekerja pada hari biasa.

Hari keluarga syarikat, Keluar berkhemah bersama rakan, berpiknik bersama keluarga, semua itu merupakan contoh. Nah pada cuti hari pekerja baru-baru ini, Tawau juga ada mengatur beberapa program yang pastinya boleh menghitamkan lagi kulit anda. Namun, hikmahnya sememangnya jauh lebih bermakna dari kehitaman kulit yang anda peroleh.

Suara Tawau untuk 1 Malaysia. Merupakan 1 program menggalakkan aktiviti sihat warga Tawau khususnya mewujudkan satu peluang untuk belia menonjolkan kemahiran mereka dalam aktiviti di sepanjang program ini berlangsung.

Apakah dia kemahiran yang ingin ditonjolkan? kemahiran memicit jerawat?

IMG_1143 copy 

Sunday, May 1, 2011

Regatta Lepa 2011. Part 2 (Definitely!)


Assalamualaikum

Ibu dan bapa. Pengorbanan mereka tiada taranya. Adanya kita pada hari ini adalah kerana kasih sayang dan impian besar mereka. Melihat mereka sakit atau menderita adalah perkara paling menakutkan dalam diri seorang anak. Jika boleh ditukarkan tempatku dengan mereka, aku lebih dari sanggup. Cepat sembuh ya mak~~

Now then, alang-alang aku berada dirumah, molek juga jika menjenguk blog ini. Bagaimana header baruku? cukup poyo untuk buat gadis di luar sana tertawan? Tidak perlulah. Aku sayang gelfrenku. Hehehe.

SUdah hampir basi, gigi tinggal gusi, dan mungkin tiada peduli. Regatta Lepa 2011 sudah seminggu melabuhkan tirai. Previous entryku menceritakan kehangatan malam pertama Regatta Lepa 2011. Dan kali ini, acara siang hari pula akan kusajikan sebagai teman gemar hari cuti kita orait!

regattalepa16

Seperti biasa, aku bukanlah insan yang akan membaca apakah tentatif program, menghafal visi, dan mengambil tahu perjalanan majlis. Yang ku tahu, On kamera, dan mencari gadis-gadis Bajau untuk digambar. Makdaling–daling kita!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!