Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Monday, October 3, 2011

Konsert Lagenda Rock Tawau. Yeyeaah!!


Assalamualaikum..

So, when is the last time I update this blog? Ternyata aku sungguh ‘rajin’ untuk semua ini.

Sebagai mukaddimah untuk hari ini, sebagai salah seorang warga pendidik, yang mana masih cuba untuk mendidik diri sendiri, ingin aku ucapkan selamat menempuhi PMR buat semua pelajar tingkatan 3 di serata Malaysia. PMR tidak susah. Dulu aku senang-senang sahaja dapat straight A. (ya Allah ampunilah hambaMu yang riak ini).

As mentioned in the title above, post hari ini adalah mengenai konsert 4 lagenda rock yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Tawau, pada 1 Oktober 2011. Akan ku hidangkan anda beberapa cerita ketika konsert itu, kehangatan, kehebatan, kemeriahan, dan tidak lupa juga kelemahan dan kecacatan untuk pengajaran kita bersama. And of course, pictures! that is what this is all about right! Bersama ini saya kepilkan beberapa keping gambar konsert  lagenda rock itu orait!

The night’s performance was kicked off by Mas AF. Made in Tawau, and well known for her sate. Suara still bertenaga. Sedikit pertambahan saiz sememangnya tidak menghalang beliau dari beraksi ligat di atas pentas. Macam di KK!

*Maaf atas kelemahan kualiti gambar. Aku tidak pandai. Ampun.

IMG_7902 copy

Kemudian persembahan pembukaan, yang dihangatkan oleh sebuah band baru dari Indonesia, Point Band. Pertama kali melihat mereka, pertama kali mendengar lagu mereka. Well, agak catchy lagu-lagu yang mereka persembahkan. Ala-ala wali band, Ungu, dan Peter Pan. At least thats what I think. Not much of an Indonesian music supporter but I know their song is nice.

IMG_7964 copy

Itu jika kita amati lagu. Jika kita amati keseluruhan kualiti persembahan, mungkin agak mengecewakan. Kekurangan pengalaman mungkin antara sebabnya. Tapi bagi aku, sound system yang paling banyak menjejaskan kualiti.

IMG_7974 copy

Aku bukan loyer, majistret, ataupun ahli musik. Namun antara hobiku ketika masih muda kacak dahulu ialah berjamming bersama rakan sebaya. So aku tahu la sedikit sebanyak. Dan apa yang boleh aku kata, bunyi persembahan live pada malam tersebut adalah pada kualiti studio jamming yang jarang di maintanance di bandar sana.

Harmoni pada kesemua instrumen musik sedikit awkward. Terutama gitar rhythm. Agak out geng! In terms of showmanship, songs, all were good. But sound, errk~~~ Apapun sememangnya group Point Band ini boleh pergi jauh. Tidak kiralah pergi jauh dengan menaiki bas ataupun teksi, aku suka lagu Bintang Timur itu. Nice one dude!

IMG_7984 copy

Konsert 4 lagenda Rock pada malam tersebut dimulakan juga akhirnya. Bertindak sebagai pemula, Asheed. Tampil solo tanpa ahli kumpulannya, vokalis kumpulan Def-Gab-C ini menghangatkan lagi malam tersebut dengan beberapa lagu hit beliau dan satu lagu baru.

IMG_8035 copy

One word to describe our bro here. Energetic. Tampil solo tidak beliau jadikan kekangan untuk beraksi dengan penuh bertenaga. Walaupun keringat mencurah-curah ke ladang gandum, persembahan mantap beliau menggamit mata dan telinga hadirin. Bergoyang-goyang juga kepala kami melayan lagu beliau. Sebab tu lah banyak gambar tidak sharp! (alasan)

IMG_8006 copy

To all kids out there, abang kita ini ialah artis. sudah menjadi pekerjaan dan tanggungjawab beliau untuk kelihatan stylo dengan pelbagai fesyen. Mereka menjadi terkenal dan dibayar untuk itu. So tiada sebab untuk anda turut mengikuti semua ini. Kamu bukan artis. Duit pun masih mengharap ibu bapa. Berpijaklah pada bumi yang nyata kerana negara amat memerlukan belia yang mampu menggunakan otak dengan baik. Orait!

IMG_8016 copy

Overall the performance was awesome. Best sehingga makcik-makcik yang hadir terasa diri mereka kembali menjadi anak dara. Yang agak mencacatkan suasana ialah ketika berlakunya masalah kronologi lagu yang sepatutnya dimainkan. Lain lagu yang diminta, lain yang dimainkan. Hampir 5 kali tersalah main lagu. “Come on bro… Kita semua profesional…” – Kata Asheed.

Bandi. Yeyyeeaaaarrgh! Artis kedua yang mengambil bahagian pada Konsert 4 Lagenda Rock tersebut. Di Tawau ni ramai peminat Bandi. Orang-orang Bugis di Tawau menggelar beliau Andi Bandu. Hehe..

IMG_8079 copy

“Sebijik macam di Kaset!” – Itu antara suara-suara yang ku dengar tatkala uncle Bandi mula mengorak langkah. Mendendangkan beberapa lagu hit seperti ‘Akar&bumi’, ‘Engkau boleh’ dan ‘Lancang Kuning’ (sebut betul- betul ok!).

But then again, sayang sound speaker yang kadangkala kedengaran seperti pecah mengurangkan feel persembahan.

IMG_8070 copy

Eh.. Malu-malu pula abang Bandi kita ni. Sudah pakai topeng pun masih lagi cover-cover mukanya. Hehe. Sekadar gurauan. Kalau mahu cerita pasal showmanship dan penguasaan stage pada konsert 4 lagenda rock ni, he is the best. Dari hujung ke hujung dia ligat bergerak. Siap dengan gaya-gaya menarik lagi. Di sebalik imej menggerunkan itu beliau sempat memberi pesanan kepada belia agar tidak terlibat dengan najis dadah. Yeyeaaargh!!

IMG_8099 copy

Dari lagu yang mampu mencabut tonsil hinggalah ke lagu yang lentok punya slow, dia pulun. Jikalau Asheed membuat kepala bergoyang, Bandi akan membuatkan kepala anda bergoyang dan hidung anda kembang kecut bernafas kerana penat menyanyi bersama.

IMG_8120 copy

“Cintamu mekar di hati” – Lagu wajib aku di karaoke. Antara sebab mengapa aku meminati Mus bulan lima atau lebih dikenali dengan nama Mus May. Line up ketiga dalam konsert 4 lagenda rock malam tersebut, ialah beliau.

Agak kecewa kerana ketika persembahan Mus May bermula, hujan mula turun. Antara Mus May dengan kamera, sudah tentu aku pilih kamera, without a doubt. Ketika kami bergerak meninggalkan tempat kami mengambil gambar di hadapan stage, kelihatan penonton mula memanjat pagar penghalang yang disediakan dan terus meluru ke hadapan pentas.

Hujan semakin lebat, dan penonton tidak dapat dikawal. Mengapa konsert tidak dihentikan seketika sehingga keadaan kembali terkawal? Sedikit pelik disana. Akibatnya, abang Mus kita kena baling botol oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Tidak berapa pintar disana. Kegagalan penganjur mengawal keadaan? Boleh fikir bersama.

Setelah diyakini hujan sudah reda dan penonton terkawal, kami kembali ke hadapan pentas.

IMG_8117 copy

Kalau aku lah yang kena baling botol tu, malam tu juga aku naik teksi balik ke semenanjung. Namun kelihatan ciri-ciri pro seorang penghibur dalam jasad uncle Mus kita. Masih terus berentap walaupun badai tsunami datang menyerang. Tahniah.

IMG_8146 copy

Aku suka part ini. Dalam keadaan haru biru persembahan tersebut, Bandi naik untuk berduet bersama Mus May. sweet sungguh mereka berdua ini. Jiwa rock tapi dalam hati ada taman. Walaupun mic lambat diberikan kepada mereka, mereka tetap nampak sweet!

IMG_8231 copy

Beliaulah punca kegilaan pada malam tersebut. Boleh dikatakan main performance konsert 4 lagenda rock, kemunculan Ella amat dinantikan. Mari layan gambar~!

IMG_8165 copy

Tahun lepas aku berpeluang melihat persembahan Ella semasa di Stompin’ Sabah. Lagu yang disampaikan, pakaian yang digunakan, semua hampir sama. Yang bezanya cuma sound dan keadaan stage lah..

IMG_8227 copy

Agak kurang lincah ratu rock ni malam tersebut. Mungkin kerana stage licin. Dan sejuk. Who knows.

Ok that’s all. secara keseluruhannya, ruang untuk penambahbaikan tersangatlah banyak. Kepada penganjur tentunya. mungkin stage yang lebih tinggi wajar digunakan agar penonton di belakang dapat melihat dengan jelas dan tidak perlu bersesak sesak dihadapan. Sound, lighting, venue, aku tidak gheti mau komen sangat sebab tiada degree dalam bidang ini.

Namun sebaiknya penambahbaikan yang paling wajar dilakukan ialah penambahbaikan akhlak kita. Rock tu rock lah juga beb. Kawal nafsumu Kemawas. Kenapa harus baling botol? kenapa harus mencarut tidak tentu pasal? kenapa harus buat onar? We hate it when people make fun of our hometown. But we are the one who did not respect it in the first place.

Bagi mereka ini mungkin membuatkan mereka nampak COOL… ya memang cool… COOLang hajar.

IMG_8210 copy

Kepada anak gadis, again, tempat kamu bukan disana. trust me. Turut ikut bersesak-sesak terkinja-kinja akan buat emak kamu koma berdiri jika dia tahu. Atau mungkin pihak penganjur boleh asingkan penonton ikut jantina?? Boleh la… boleh la…

IMG_8215 copy

Wartawan Melodi. Aku tidak hingat nama dia. Yang aku tau asal muncul di kaca tv, dia akan berkata… BIKIN PANASSS!!!

Akhir kata, orang dari luar melihat kita, memerhatikan kita… behave!

*Sudir Suichi*

3 comments:

  1. penuh informasi tentang konsert tersebut goodluck sudir ;0

    ReplyDelete
  2. macam biasa entry c sudir.lucu tapi penuh info.

    ReplyDelete
  3. nice one..ahahha..
    saya pun ada time ni..
    tapi lambat masuk pi tempat media..huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!