Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Wednesday, May 11, 2011

Sekadar mengUpdate..


Assalamualaikum

Salam perpaduan. tiba-tiba nafsu aku untuk update blog ini tiba-tiba muncul. Mana tidaknya, ketika aku menjenguk ke Nuffnang tadi, terlihat olehku dua buffered earnings tengah memeriahkan blog ini. Wah! sudah lama tidak ada B.E. Semenjak bergelar seorang guru di sekolah yang tiada air ini, nyata blog aku suram mengalahkan rumah pontianak.
So malam ni, asal mengUpdate sajalah ya..

Segala yang baik itu, datangnya dari Allah, dan yang buruk itu, adalah atas kelemahan kita sendiri. – tentu anda biasa mendengar ungkapan ini bukan? biasa diungkapkan di hujung ucapan seseorang. Membuktikan bahawa kita ini hanyalah roman picisan yang lemah. Kerana kita Hamba.

Walaupun selalu kita dengar, namun sejauh manakah kita mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita? Bila kita beroleh kebaikan, siapa kita ingat, bila kita bermusibah, siapa kita salahkan?

Well, let me give some example. might sound stupid, but it happens…

**Gambar sekadar hiasan**
IMG_5552 copy


1. Bangun pagi, anda tiba-tiba merasa sakit di sekitar bahu dan leher. Mak anda pun bertanya…

Mak : Kenapa nak? macam sakit leher ja..?
Kita : Salah bantal mak…


Nah!! mengapakah bantal yang dipersalahkan? apakah dosa sang bantal sehingga dilabel sedemikian? bukankan kita yang meletakkan kepala kita pada posisi tersebut sebelum tidur?? Anda yang salah!

IMG_5573 copy

2. Pernah melihat perlawanan badminton? Perasankah anda jika si pemain gagal melakukan smash dengan sempurna, dia akan terus melihat reketnya?

Ya ini memang berlaku. Asal smash tidak mengenai sasaran, terus check reket. Seolah-olah reket tu yang salah sehingga smash anda silap sasaran. Takut tali putus? kalau reket harga ratus-ratus tapi main macam Datuk Lee chong Wei time tadika, tak payah la risau. Takkan putus tali itu. So, Anda salah!

IMG_5575 copy

3. Salah urat. Kita biasa berkata begitu apabila terasa sakit di sekitar badan. Well, Tuhan sudah jadikan kita manusia sebaik-baik kejadian. kedudukan, fungsi, dan saiz semua anggota dan organ badan kita adalah berada pada posisi terbaik. Termasuklah urat. Jadi janganlah sekali-kali menyalahkan urat jika anda ditimpa musibah. Again, kita salah!

IMG_5577 copy

4. Pernah melihat pertunjukan silap mata? Sejenis persembahan di mana anda akan dipermainkan dengan pertunjukan ilusi. Kadangkala ada yang meragukan, dan kadangkala ada yang buat kita kagum gila.

Tapi mengapakah ia dinamakan ‘silap mata’? mengapakah mata yang silap sedangkan yang pergi bayar tiket mahal-mahal semata-mata untuk dipermainkan adalah kita sendiri? Yang silap itu ialah magician tadi la. Sebab dia tu penipu besar! haha. (aku pun suka tengok magic~~). Tapi apapun, anda silap!!

IMG_5560 copy

4. Ok last one. Bola sepak. Ramai cakap game yang tidak intelek kerana sebiji bola dikejar oleh ramai orang berbulu dada. ya ramai cakap begitu tapi lebih ramai lagi yang hanyut dengan bola, termasuk aku.

Tapi yang lebih menarik pasal bola ni, ialah ketika gol dijaringkan. Disitulah pesta saling menyalahkan berlangsung dengan hebatnya. Keeper akan menyalahkan defender kerana tidak menjaga. Defender pula akan menyalahkan penjaga garisan kerana si penjaring tadi offside, penjaga garisan pula menyalahkan jurulatih kerana asyik mengomel di tepi padang, manakala jurulatih pastinya akan menyalahkan penjaga gol. Itulah kitarannya.

IMG_5585 copy


Walaupun pointku ini cuma merapu semata-mata, sememangnya hakikat apabila berlaku musibah, bahawasanya kita lebih cenderung menghalakan telunjuk ke semua arah kecuali ke arah diri kita sendiri. kan?

Aku sungguh terpikat oleh kata-kata rakan sekerjaku… Lebih kurang begini la bunyinya:


Daripada asyik membisingkan diri dengan bertanya, “Mengapa aku asyik dapat banyak kerja?? mengapa kerja dia sedikit sahaja??”
Bukankah lebih baik jika kita bertanya “Apa lagi kerja yang aku boleh buat??”

That’s all. Aduh tiba-tiba aku terasa aku ni banyak kerja pula. Dimanakah semangatku~~~ sekian. Wassalam.

P/S : The pic was taken at Pasar Minggu Takada, Tawau.

**Sudir Suichi**

3 comments:

  1. hahaha..sokong bro.. kita kena bersyukur....
    Jangan nak jadi bangau.. Dok tunding jari kat orang laen je..:)

    ReplyDelete
  2. ada betulnye jugak. susah la kalau orang tu nak mengaku kesalahan diri sendiri.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!