Assalamualaikum
Hari ini aku tiada gambar mahu dikongsi. Gambar banyak sebenarnya. Buktinya, kad memori aku penuh dengan gambar dua orang berlainan jantina yang ‘overdressed’ dan bermekap tebal. Berposing sakan di mana sahaja tetapi orang suka. Dalam bahasa saintifiknya, mereka digelar ‘Pengantin Baru’. Tahniah.
Ingin ku kongsikan disini satu event yang best, buat warga Tawau, khusus, dan seluruh warga Sabah, umum. Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 24 Disember 2011. Yeay~