Assalamualaikum
PMR dengan rasminya telah melabuhkan tirai. Sedikit beban di bahu sudah terlepas. Masih banyak lagi beban lain termasuk beban berat badan sendiri.
Kepada calon yang telah mengharungi PMR ini, tahniah. sekarang anda memasuki satu fasa baru, iaitu tawakkal. Jika anda beranggapan anda sudah merdeka, anda silap. Still a long way to go and you’re not even half way there. Masih banyak perlu dilakukan agar anda menjadi seorang manusia, yang dapat membalas jasa ibu bapa. Ingatlah bahawasanya parent kita menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Oleh itu tidak wajar anda menjadi binatang setelah anda ditatang sedemikian rupa.
Bercakap pasal binatang ni, hari ni aku mau post gambar binatang. To be precise, bugs, or insects. Wah teracun sungguh aku dengan arena makro ini. Yeah some might say this is boring.. not cool.. and so on. But when talking about interest, criticizing others is a waste of time. You have yours, I have mine. We are happy family lalala~~ *Merapu sudah.
Walaupun penuh dengan keazaman, usaha yang jitu, sanggup berpanas dan digigit nyamuk, harus ku akui masih kurang kemahiranku dalam benda-benda macam ini. Anyway, here’s some of it;
Lalat. Heboh di wall Facebook dengan kes wanita yang tidak mencuci pakaian dalam mereka selepas membeli. Gerun sungguh jiwa ini melihatnya. Bagaimanakah bisa telur lalat boleh berada disitu. Siapa tahu. Serangga ni sememangnya kecil dan menggelikan. Jadikan pengajaran, cucilah BRAzil itu selepas dibeli. Baru tidak bererti bersih.
Sedikit fakta menarik mengenai serangga :
1. Lalat mempunyai kaki yang 10 juta kali lebih sensitif dari lidah manusia. Oleh itu, ia mengesan gula dengan menggunakan kakinya. – Kalau manusia kata-kata manis di mulut, lalat pula kata-kata manis di kaki
2. Kutu boleh tumbuh dari saiz sekecil butiran beras kepada saiz sebesar guli. – Duit kutu pula boleh buat kawan-kawan bergaduh jika tiada lambat membayar.
3. Demi mencari makanan, seekor lebah boleh terbang sejauh 60 batu sehari. –Demi mencari makan, aku sanggup menunggang motosikal sejauh 50km pergi balik setiap hari, tidak termasuk sabtu ahad.
4. Serangga sudah wujud selama 350 juta tahun. – Aku sudah wujud selama 25 tahun. Masih bujang.
5. Permaisuri anai-anai mampu menghasilkan 40 000 biji telur setiap hari.
6. terdapat 8800 spesies semut di dunia, dan 9000 spesies burung. (Walaupun semut kelihatan serupa saja semua kan)
7. Nyamuk JANTAN tidak menggigit manusia. Mereka hidup dengan menyedut jus dari tumbuhan, dan cecair yang terhasil dari penguraian umbuhan organik. –Lihatlah betapa mulianya kaum lelaki.
8. Hampir Satu per tiga serangga adalah karnivor. Dan kebanyakan mereka memburu makanan mereka, bukannya memakan bangkai haiwan yang telah mati.
9. Semua serangga haruslah mempunyai:
a. tiga segmen badan
b. Dua sesungut (antenna) untuk merasa dunia sekeliling
c. Rangka luar (exoskeleton)
-Setiap lelaki pula haruslah mempunyai Duit, Duit, dan Duit.
10. Saintis telah menemui dan menamakan lebih sejuta spesies serangga. Dipercayai bilangan yang masih belum ditemui adalah 10 kali lebih banyak.
12. Lipas boleh hidup 9 hari tanpa kepala.
13. Nyamuk membunuh 2 juta manusia setiap tahun
OK that’s all. Still have several pictures for my next post. Best juga main macro ni tau. Cuma penat nak cari serangga ni lah. Ada yang besar, kecil, cantik, huduh gila, dan tidak kurang juga yang melakukan aksi-aksi melampau seperti di bawah..
Bulan madu di awan biru.. Tiada yang mengganggu….
Bulan madu di atas pelangi… Hanya kita berdua… Mengejar nikmat cinta…
*Sudir Suichi*
fuyoohhh...
ReplyDeletemen makro bha suda dia..
tp semat la.. :)
semmat.. ailaik..
ReplyDeletefakta2 kaler biru tu pun aku suka.. hahaha...