Assalamualaikum
Salam mesra ini kutujukan kepada semua yang ada diluar sana dari bandar Lahad Datu, Sabah. Ketahuilah dunia bahawa sudah 3 hari bekalan air di tempat aku tinggal terputus. Kepada insan seperti kami yang sudah biasa dimanjakan dengan keselesaan, ini sememangnya satu tamparan hebat. Tidak boleh mandi, berak dalam keadaan yang daif, bau badan seperti kuda, pastinya lebih teruk dari ditampar.
Kepada yang tidak mengalami, this might sounds FUN, or even FUNNY. Tapi kepada bahu yang memikul, this is really not FAIR man. Tanpa sebarang notis kami diseksa sedemikian rupa. But hey, we can’t totally blame them right? that is not FAIR too..
SO the talk of the day is about what is FUN and what is FAIR.. or in short, FUNFAIR. Wow!! funfair!! mama I want to go!!
Friends, Families, and even foes (If any.. I think I have none). MY blog is basically just a photoblog. FOcus more on the pics yah.
“kalau si A dan si B bergaduh, orang yang adil dan bijak kena dengar penjelasan daripada si A dan si B sebelum buat keputusan untuk tentukan siapa yang salah... kalau hanya dengar dari si A dah buat keputusan, itu adalah tindakan yang kurang bijak... renung2kan dan selamat beramal...”
Now, watching two parties get into a fight might look FUN, but when choosing which sides you’re on, FAIR is a must. Jangan dok main baking saja satu pihak. Mentang-mentanglah dia tu kawan. Hari ini kita tidak perlukan filem hindustan untuk melihat pergaduhan. Facebook dan youtube sudah memadai. Pokoknya hanya kerana kamera dslr dan hamper barangan bayi, manusia boleh hilang pertimbangan, if you know what I mean…
Aku ada baju kuning. Bukan Adidas, bukan Puma. Dihadapannya ada gambar SinChan bersama adiknya Himawari. To me its FUN. Tapi kenapa aku tidak boleh pakai? not FAIR bro! hanya kerana kuning menjadi warna rasmi BERSIH, mengapa baju-baju kuning yang lain turut diharamkan?
Yang pastinya, berita di TV sudah tidak boleh dipakai. Antara Buletin Utama dan Teletubbies, aku lebih suka Teletubbies. Sebab terang-terang kita tahu dalam patung teletubbies tu ada manusia. Tapi di sebalik produksi dan management berita di TV ni, kita tidak tahu adakah manusia atau setan yang menguruskannya. Fitnah merata-rata. FAIR enough..
Kasihan makcik-makcik di kampung. Ditipu hidup-hidup dengan propaganda dan fitnah alam sementara. If only they know the truth… mungkin kesannya sama seperti kalah dalam peraduan gores dan menang. Cuma dalam hal ini yang digores itu ialah hati rakyat dan yang menang itu ialah mereka-mereka yang korup. not FUN and not FAIR!
Kadangkala aku terfikir sejenak, tidakkah mereka yang membohong itu merasa bersalah ketika menyebarkan dakyah mereka? Kalau yang ditipu itu otok-otok yang minta duit tidak mengapalah juga. Or maybe the power of money exceed everything. No money no talk. Yes money can talk.
Atau mungkin mindset masyarakat kita yang terlalu berkiblatkan TV. Apa yang Kamaruddin Mape cakap semuanya betul. Perhimpunan Haram?? tiada pun aku tengok doggy mahupun Khinzir domestik dalam tu. Tang mana yang haram? p/s : Aku minat Kamaruddin Mape.
Know stories from both sides, that is where the FUN & FAIR truly lies. Kenapa begini? kenapa begitu? kenapa dia tolak cintaku? kenapa babi jalan tunduk? Persoalan demi persoalan untuk mencari kebenaran. Fuyooo.. Aku mungkin tidak sokong BERSIH, tapi aku pastinya lagi tidak sokong KOTOR.. Again, if you know what I mean..
Apa-apa hal pun, kepada warga Lahad Datu, jangan lupa kunjungi LUCKY FUNFAIR yang terletak di Jalan Assam ok! Masuk adalah percuma. Parking luas dan boleh main kamera. Antara tarikan utama ialah Ferris wheel terlaju di bumi (berputar pada kelajuan cahaya ) dan juga awek-awek seksi yang boleh buat anda lupa formula kuadratik.
Final words, hopefully air cepat kembali. Tidak mandi selama dua hari membuatkan batinku menjerit seperti Bandi Amuk menyanyikan lagu Negaraku sambil memakan aiskrim. Apapun hidup ini terlalu indah disia-siakan.
~~Jangan bazirkan masa hidup anda kalau tidak mahu tahu apa makna penyesalan~~
**Sudir Suichi**
asal ada funfair d ld msti aku teda sna.. =__=
ReplyDeletepa pa pun, semmat la pic ko ni..
penulisan pn best, suka baca.. ^__^
Kesian Kamaruddin Mape. Haha.
ReplyDeleteTugas diorang hanya membaca. Yang bersalah, editor berita tu dan orang-orang atasannya.
Dan macam biasa, mereka-mereka ini akan terus menipu untuk memastikan kesinambungan kemewahan yang mereka terima dari atasan. Macam biasa, politik. Sarkastik.
# dari sabahan, untuk sabahan #
siapa kawanmu yang gay tu? Bijak juga dia berfikir walaupun gay ya..
ReplyDeleteShutter speed berapa ye nak buat gamba light dkt ferris wheel macam tu?
ReplyDelete