Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Sunday, November 20, 2011

How to spent Holidays–For Dummies


Assalamualaikum


Dengan penuh rasa rendah diri dan sedikit takbur, ingin ku nyatakan disini bahawasanya, musim cuti sekolah sudah tiba. Meaning, pelajar sekolah sudah mula bercuti panjang. Termasuk juga guru-guru mereka, selagi mana mereka tidak terlibat dengan tugas-tugas sampingan lain seperti mengawas peperiksaan awam ataupu bertugas di sekolah.

Murid bercuti, well, its not a big deal. But getting paid for staying at home, is more or less like in heaven. Riak lagi disana. Maafkan aku. Namun tidak kira murid atau siapapun, cuti selama sebulan setengah tanpa membuat apa-apa tentunya teramat bosan, more or less like in hell.

So, what to do? Kepada yang punya 100 hektar ladang sawit dan 15 orang gaji di rumah, pergi bercuti adalah langkah terbaik. Namun bagi mereka yang makan KFC pun setahun sekali, itu pun dibelanja oleh rakan yang punya 100 hektar ladang sawit, tentu menghabiskan cuti mereka dengan aktiviti-aktiviti yang biasa sahaja. Contohnya;

(A strong reminder : gambar hanyalah hiasan semata. Tidak sama sekali berkaitan dengan apa yang aku ceritakan ok!)

1. Bekerja

IMG_8994 copy

Masa itu emas. Namun masa tidak akan menjadi emas jikalau kita duduk sahaja. Atas prinsip ini, ramai yang keluar bekerja. Memaksimumkan penggunaan masa untuk mencari rezeki. Mereka yang bercuti panjang diiringi poket yang terasa panjang kerana tidak berisi, tentunya akan bekerja. Janganlah pula terlalu memilih kerja, jadi assistant manager ladang pun sudah cukup.Hot smile Kalau tidak pun jadi fotografer sambilan. kan?


2. Berbakti


IMG_8976 copy

Dalam konteks pelajar yang bercuti, berbakti ini pastinya merujuk kepada berbakti kepada ibu bapa dan keluarga. Jika punya ramai adik kecil, dia akan tolong jaga. Jika ayahnya penombak sawit, dia akan mengasah tombak bapanya. Jika emaknya tukang jahit, dia akan memasang benang ke jarum emaknya. Semua itu kita lakukan atas dasar kita tabah mengharungi hidup untuk berjaya, semata-mata untuk dikongsi bersama mereka. As simple as that.

3. Berhias

IMG_8989 copy

Terdapat juga golongan remaja yang tidak sabar menunggu hari cuti, kerana pada masa itulah mereka boleh begaya sehabis baik. Almaklumlah, ketika sekolah ada jerung bergelar Guru yang sentiasa mematahkan cubaan mereka untuk bergaya. Ini tak boleh, itu tak boleh. Pakai tudung kena proper, kuku kena pendek, rambut kena hitam, baju kena tuck-in, ya Tuhan, bebaskanlah aku dari seksaan ini – kata mereka.

Jadi tidak hairan, ketika masa cuti inilah kita dapat melihat karakter sebenar seorang remaja. Adakah dia kuat mempertahankan nilai agama dan budaya ketimuran, ataupun mudah hanyut berkiblatkan fesyen barat dan terbaru, fesyen Korea yang entah apa-apa.

IMG_8995 copy

Kalau zaman aku dahulu, pada masa cutilah ramai rakan sebaya akan menyimpan rambut panjang untuk dibelah tengah. zaman kegemilangan New Boyz lah katakan. Yang wanita pula ada yang mewarnakan rambut. Kalau warna itu cantik, mungkin bolehlah juga dikata lawa. Tapi kalau warna itu persis warna sisa kumbahan manusia, rasanya tak perlulah~~

Lelaki yang bersubang juga tidak kurang aksinya. Mungkin macho pada mata sesetengah kita. Namun ketahuilah, kalau bersubang itu boleh buat kita nampak elok, pastinya Allah akan bagi kita lahir dengan subang melekat di telinga. Kan?

IMG_9019 copy


4. Berziarah


IMG_8984 copy

Menziarahi nenek, melawat datuk, mengunjungi sanak saudara. Cuti sekolah adalah masa terbaik untuk itu. Apalagi jika rumah mereka terletak di kawasan kampung yang permai. Udara disana lebih nyaman, pohon menghijau, angin sepoi bahasa, dan gadis-gadisnya masih kelihatan seperti manusia, bukannya seperti kuntilanak.

5. Bergaul

IMG_9001 copy

Keluarlah. Bergaullah. Duduk sahaja dirumah melayakkan anda bergelar seorang LOSER yang parah. Pada usia inilah kita harus banyak mengenal dan dikenal orang. Dan ingat, bergaul disini bermaksud bergaul dengan manusia. Kucing dan kambing tidak termasuk. Berhati-hati dengan siapa anda bergaul. Jangan bergaul dengan fotografer nanti anda teracun untuk membeli kamera yang mahal. Itu contoh.

6. Bercinta

IMG_9004 copy

Jika mahu bercinta masa cuti, pastikan anda mempunyai henpon dan kredit yang mencukupi. Ajaibnya henpon ni, ia boleh membuat kita tersengih tersenyum sendiri melihatnya seolah-olah ada Mr. Bean di skrin henpon tersebut. Cinta Remaja memang indah. Dunia bagai milik berdua walaupun kepala si ayah botak membelikan mereka henpon + topup.

7. Beribadat.

IMG_9009 copy

Banyak-banyak benda yang boleh dibuat time cuti, inilah aktiviti yang paling kita abaikan sekali. Walhal, jelas diketahui umum bahawa perkara sebeginilah yang mampu membuatkan kita menjadi insan yang lebih baik. Untuk mencari remaja yang berusaha meningkatkan ilmu dan penghayatan terhadap agama luar dari bilik darjah, amatlah sukar ketika ini. Jangankan yang muda, yang tua macam aku ni pun sudah semakin lalai.

IMG_9007 copy

Kalau di Tawau sana, masih banyak lagi program-program berbentuk kerohanian yang diadakan semasa cuti khas buat remaja. Kursus Amal Islami, Kem Remaja Islam Sabah, Just name it!. Why don’t we grab this opportunity? Silapnya kita ini, anak dihantar ke kelas silat, tapi tidak dihantar belajar solat. Kelas piano lebih penting. Belajar mengaji kurang penting. Bila ditegur, marah pula. Mind your own business. Kubur lain-lain katanya. Itulah kita.

IMG_9010 copy

Aku? Cuti kali ini aku akan berjalan ke sana sini. Musim cuti juga bermaksud musim perkahwinan dalam bahasa Bugis. Alang-alang punya kamera terlebih harga ini, molek kiranya dia menghasilkan income buat aku. Aku serius mahu mahir menangkap gambar orang kahwin ni. Bukan apa, bila aku kahwin nanti, aku boleh menangkap gambarku sendiri bersama isteri di atas pelamin. Tidak perlu upah orang kerana aku sudah hebat. Kan!! Sekian~~

*Sudir Suichi*

4 comments:

  1. Dir, ada gambar mu di atas membuatkan hatiku berdebar-debar. Siapakah jejaka yang pose sungguh cool, bersama rokoknya.. :)

    ReplyDelete
  2. hahaha...mcmmana nk tgkap gmbar perkahwinan sendiri...???mmang hebatlah kalau dpt buat hehehe..tergelak jugak baca artikel ni.. "Berhati-hati dengan siapa anda bergaul. Jangan bergaul dengan fotografer nanti anda teracun untuk membeli kamera yang mahal. " ==> hey ..that exactly happend to me last year sbb nak abiskan cuti sekolah hahaha

    ReplyDelete
  3. wiwit...sudir suichi yg serba boleh! :-D

    ReplyDelete
  4. Selamat bercuti, dik sudir. Batul juga tu, jadi fotografer sambilan pun kira lumayan suda. Ramai org kahwin skrg ni, so bole la menawarkan khidmat mengambil foto perkahwinan.......:D

    Kak pun selalu ambik gmbr raya keluarga sendiri, guna otomatik snap, 10, 9,8....Terus jerit, "senyum semua...!" hihi.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!