Assalamualaikum
[KPM oh KPM... please..please!!!]
Hari ini aku nak promosi satu tempat beriadah yang agak best. Its not the fact that this place is owned by my friend's sister, but as someone who loves his hometown, i love doing this. Wokey! seperti yang tertulis kat atas, nama tempat nih Taman Air, Tawau. Dalam kalangan orang tempatan, kami lebih biasa memanggil tempat ni sebagai Bukit TV. Tiada kilang TV mahupun kedai jual TV kat tempat ni, so take note.
Tawau ni memiliki kecantikan alam semulajadi yang amat luas. Memang luas tetapi masih banyak tempat yang belum dimajukan agar mudah dilawati. Air terjun? Tasik? Gunung? You name it! banyak! Tapi hanya mereka yang berdarah Rambo sahaja yang boleh mengunjungi tempat-tempat tersebut.
Kesulitan jalan perhubungan ke tempat-tempat yang lawa di Tawau ni menyebabkan tidak banyak pusat peranginan yang 'easily reachable' bak kata orang bugis. Kalau bukan Table, Balung River.. haih!
Atas dasar ini, bagi mereka yang ingin mencari tempat baru untuk beriadah bersama rakan dan keluarga, bolehlah bertandang ke Taman Air, Tawau. Berikut saya akan memberi sedikit sebanyak info yang saya cilok dari page Taman Air ni, yg last kena update tahun 2003. And of course! some pictures that might reduce your boringness in my Blog.
"Selain itu apa yang lebih menarik di taman ini ialah terdapatnya mini zoo yang memuatkan pelbagai jenis hidupan seperti buaya, beruang, orang utan, ular sawa, rusa, pelbagai jenis ayam dan burung. "
Ok part mini zoo ni, memang ada. dan zoo itu memanglah tersangat mini. Haiwan yang ada ; Landak, Buaya, Beruk, Beruang, Helang, dan Anjing. -Hairan mengapa anjing juga boleh dikira penghuni zoo. hehe
Kepada lelaki buaya darat di luar sana, melihat gambar ini mungkin sama seperti melihat muka anda di cermin.. |
Bila aku tengok muka brader ni, lagu ni terus terlintas di kepalaku~~ sayuu~~ maybe his eyes~~ |
"Di samping itu, tasik buatannya mampu memikat hati pengunjung dengan landscape yang serba kehijauan dipenuhi dengan pokok-pokok palma mengelilingi tasik sedalam 3 hingga 8 kaki itu. Tasik ini turut menyediakan riadah ‘cycling water’ sama ada menaiki perahu mahupun roda air yang boleh memuatkan 2 orang. Bayaran yang dikenakan hanya RM5 untuk selama 25 minit. Jaket keselamatan juga ada disediakan."
"Di dalam tasik ini banyak ikan air tawar seperti talapiah dan siakap yang dipelihara untuk kegunaan kantin. Bagaimanapun para pengunjung tidak dibenarkan memancing di sini."
Bagi pencinta alam, this is a nice view. Bagi pencinta wanita, kena ada awek dalam gamba ni baru dia cakap ini nice view. |
"Di bahagian atas Taman Air ada satu lagi kawasan yang menarik yang dikenali sebagai ‘View Top Resort. Kawasan ini mempunyai ketinggian lebih kurang 1400 kaki dari paras laut. Sambil menghirup udara segar dan sejuk, pengunjung boleh menikmati keindahan seluruh bandar Tawau melalui teropong yang terdapat di sini. "
Berhibur, Bersenam, Berdating (mereka berdua bukan kapel orait!) |
From the cameraman's viewfinder~~ |
Baiklah.. Rasanya setakat itu sahaja dahulu.. To get a full story on this place, just visit HERE. Ada banyak lagi aku tak include-kan. Tempat ini memang best untuk lari dari kesibukan kota, kesibukan dunia, dan kesibukan penyibuk. Loving the nature is also a way to love yourself... selamat!!!
Life... is also a learning process... bila la aku dapat buat yang lawa nih... |
Oh ya! di Atas ni ialah peserta yang menjayakan majlis outing kali ni... credits to Liau and Mimi.. hehe |
di tawau ek.. tiga tahun dok sabah belum lagi sampai tawau. chantek tempat ni
ReplyDeletewow..nice view..i berdarah RAMBO tau..bl la dpt dtg sini..in the future??
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletewah cantik tempatnya tp nda pernah sampai sana lagi. nice info too :).
weh coooollllllllllll sume pic lawa2 edit pon mmg berseni
ReplyDeletewah.. nice shoot dan edit..
ReplyDeletemmg sesuai utk melancong dan rekreasi..:)
wahhhh(ternganga sebentar)
ReplyDeletecantik btoii...sudir bila ko nk bwk aku plak!
terINGIN nak p Borneo tapi belum kesampaian ag..
ReplyDeletekalau la dekat dah lame pergi..tapi apakan daya lautan memisahkan jarak perhubungn..cewah...=P
ReplyDeleteanyway nice shoot n pictures...=)
cantek nyer....ijau jer
ReplyDeletetempat nie dah banyak ditanam dengan pokok sawit.Rasenyer lau buat jalan tar masih leh dikomersialkan tempat macam nie.
ReplyDeleteterer... satu gambaq tu nampak mcm gunung berapi jer.. ehheh lawa lawa..
ReplyDeletekuman "18SX??.." Entry
cantekk lah [ic kamu.. suka...
ReplyDeleteerr.. kenapa kat atas tu tulis camnihh.. '[KPM oh KPM... please..please!!!]'
ReplyDeletethanx 4 all the comments and suggestion! Tuhan berkati kita semua!
ReplyDeletersnyer dah dekat 20tahun Notami x ke tawau..tringin lak nak ke sana..mklum la pnh mmbesar kat sana.
ReplyDeletenak g sane.....wwwoooo
ReplyDeletenaiss pic...
ReplyDeletereally like it:)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteالي كل من يريد نقل اثاث منزله او شركته تعامل مع شركة انجزني ارخص شركات ونش رفع عفش في مصر عن طريق الاتصال مع ارقام الشركة ومن ثم تحديد المنطقة التي تقطن بها في مختلف مناطق الجمهورية، حيث انها تصل إلى أبعد المحافظات، ومن ثم يمكنك السؤال عن مختلف العروض المقدمة من الشركة والعروض الخاصة بالتغليف
ReplyDelete