Assalamualaikum
Tahun 2011 sudah hampir melabuhkan tirai. Azam tahun baru? tentu setiap kita mempunyai satu. Aku boleh bagi satu contoh azam yang menarik : Menjadi anak yang baik dan berada pada kedudukan 10 terkacak di daerah Tawau menjelang penghujung 2012. Menarik bukan? Apapun azam anda, usaha untuk mencapainya itu yang akan menjadi kayu pengukur sama ada anda ini betul-betul jantan, ataupun sekadar bercakap kencang sahaja.
Back to business, ini merupakan tugasan ke-3 aku sebagai salah seorang blogger untuk konsert Fenomena 30 tahun Search yang akan berlangsung di Kompleks sukan Tawau pada 24 Disember ini. Sudahkah anda membeli tiket? Jika belum, sila dapatkannya secepat mungkin kerana kumpulan Search bukanlah band yang kerap kita lihat perform di majlis orang kahwin. Mereka memegang status otai, yang sememangnya legend!
Kepada yang masih bingung mencari tiket, bolehlah merujuk entry aku yang sebelum ini untuk mengetahui outlet menjual tiket konsert fenomena search ini ok. Anda juga mungkin akan terserempak dengan team promo konsert ini di seantero daerah Tawau. Tiket juga boleh didapati dari mereka dengan harga hanya RM25.
Next, tentatif pada 24 hb nanti. Apakah pengisiannya? ini jawapannya~~
FIESTA TAWAU GEMILANG 2011
Lokasi : Perkarangan Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau, Sabah
Tarikh :24 Disember 2011.
Hari : Sabtu.
Masa : 9 Pagi hingga 5 Petang
: 7.00 Malam hingga 11 malam.
Aktiviti : Search Idol, Tiru Gaya Search, Autoshow (Kereta, Motosikal, Lori, Basikal),
Sound Blast, Persembahan kebudayaan dan Tarian Moden, Pameran dan
Jualan Produk Tempatan dll.
Aktiviti MALAM HARI:
KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH
Lokasi : Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau, Sabah.
Tarikh :24 Disember 2011.
Hari : Sabtu.
Masa : 9 Pagi hingga 5 Petang
: 7.00 Malam hingga 11 malam.
Artis : Stacy dan artis penari (artis persembahan pembukaan) Search ( Amy, Kid, Din, Nasir,Yazid )
Menarik bukan? Oleh itu, mari bersama kita memeriahkan~
Seperti yang anda sedia maklum, Konsert Fenomena Search yang akan diadakan di Tawau ini bukanlah siri yang pertama. Sudah ada beberapa siri yang telah diadakan dengan jayanya di bumi Tanah Melayu. Anda juga mungkin sudah maklum bahawa, kualiti penganjuran konsert adalah amat membanggakan. Search bukanlah band cincai yang akan perform dengan cara yang cincai. Itu sudah pasti.
Rasanya baru sekali aku menghadiri konsert yang boleh dikatakan Mantap. Sound system, keselesaan pengunjung, dan tempat adalah sangat baik Stompin Sabah 2010.
Berada di hadapan pentas utama pada konsert tersebut, boleh diandaikan seperti perasaan ditegur oleh gadis yang kita minati sejak tadika. Jantung bagai nak jatuh beb!
Kemudian pada tahun ini, aku berpeluang juga untuk duduk di hadapan pentas ketika konsert Lagenda Rock diadakan, juga bertempat di Kompleks Sukan Tawau. Bleh usha entry aku di SINI
Well, aku ni tidaklah berpengalaman menghadiri banyak konsert besar. Kalau konsert ketika pesta konvo di UPSI tu biasalah aku layan. Namun yang pastinya, aku yakin Konsert Fenomena 30 tahun Search ini akan menyajikan kualiti terbaik untuk warga Tawau.
Setakat ini saja dahulu, part terakhir tugasan aku akan release selepas konsert itu berlangsung. Pastinya, bergelen-gelen gambar akan aku sajikan untuk tatapan kita semua. Sekian~
*Sudir Suichi*
No comments:
Post a Comment