Assalamualaikum
Salam perpaduan. Hows life? If anyone cares about me, I’m fine. Thank you.
Sebenarnya aku sedang mencari idea hendak tulis apa pasal Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang akan berlangsung 24 Disember ini di Tawau, Sabah. Namun kudratku untuk menjana idea tidak selalunya memberangsangkan. Termenung dihadapan skrin, sambil ‘scroll’ ke atas dan bawah Wall Fb sahaja pencapaian terbaik yang boleh aku lakukan.
Bercakap mengenai Wall FB ni, sejak beberapa hari ini, isu yang nampaknya menjadi bual bicara ramai orang ialah filem Ombak Rindu. Sana sini pun Ombak Rindu. Popularitinya jauh mengatasi ombak tsunami dan rambut keriting yang berombak. Filem adaptasi novel sememangnya sangat mudah untuk tersangkut di hati penonton.
Frankly speaking, I don’t know a thing about that movie. Bila orang bercerita pasal Ombak Rindu, The only word that came across my mind was “Ong-Bak”. Nah ini baru filem! Anyway, Jika anda bukan jenis yang layan blogpost merapu, jangan teruskan pembacaaan anda, Yeah~~
*Segalanya hanya rekaan. Jangan diambil serius*.
Pada suatu hari kampung Manau didatangi seorang pedagang barangan antik dari Malaysia bernama Sameon (Lakonan mantap Aaron Aziz). Sameon telah mencuri kepala sebuah patung di Kampung Manau. FYI, patung itu adalah khazanah penduduk kampung disana. Patung itu dinamakan Ong-Bak (LAkonan Maya KArin).
Manau yang mengejar Sameon ke Malaysia terkejut melihat hubungan yang terjalin antara Sameon dan Ong-Bak. Dia tidak menyangka patung boleh bercinta dengan manusia.
Maka berlakulah pertelingkahan untuk merebut kembali Ong-Bak. Berbekalkan ilmu mempertahankan diri yang dimiliki Manau, dia telah memukul hampir kesemua pelakon tambahan dalam filem ini demi mencapai matlamatnya. Sameon pula, menghadapi konflik kerana hubungannya dengan Ong-Bak tidak mendapat restu orang tua.
Klimaks filem ini, ialah pertempuran antara Manau dan Sameon untuk menentukan siapa yang berhak ke atas Ong-Bak. Sudah tentu, Sameon akan tewas kerana Tony Jaa memang mahir berlawan manakala Aaron Aziz hanyalah seorang model.
Akhir cerita, Manau membawa pulang Ong-bak ke kampungnya. Sameon pula melupakan cintanya terhadap Ong-Bak, dan kini memberi tumpuan untuk mencuri kepala patung Nora Danish dan Lisa Surihani pula. TAMAT.
*Sudir Suichi*
like3x....poster mmg buat sndiri kew?
ReplyDeleteKalu blog walking 10 blog. 7 blog akan cerita pasal OR ni..
ReplyDeleteboring2x..hahaha..
Tak minat sgt novel ni...So, cerita ni pun tak tgk lagi..heeeeee
ahaha..u r really creative!
ReplyDelete