Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Saturday, November 5, 2011

Sudah bosan berkulit putih? Ini jawapannya!


Assalamualaikum dan salam Aidiladha

Hari raya Aidiladha, atau lebih gemar disebut, Hari raya haji, bakal menjelang tiba. Secara literalnya, hanya golongan Haji yang sepatutnya beraya sakan pada hari raya Aidiladha. Jadi jangan hairan jika bukan kanak-kanak yang datang bertamu meminta duit raya di rumah anda, tetapi golongan Haji. Sekadar gurauan. Jika merasakan ini melampau, tekanlah butang ‘X’ yang terdapat di hujung kanan atas skrin anda. Ataupun cabut betrai leptop anda dengan ganasnya.

Sudah lama aku tidak mempromosikan sesuatu yang menarik berkaitan hometown aku, Tawau. Ya aku masih sayang Tawau. Berwajah iras-iras Korea dan berpelat semenanjung tidak menghalang aku dari menyayangi Tawau. Sungguh memualkan, they say.

Tajuk post aku sudah menceritakan sedikit sebanyak. Tempat yang ingin aku bualkan ini mampu mengubah wajah anda dari mirip Aaron Aziz kepada mirip Will Smith dalam masa yang singkat! Jangan risau, anda masih kacak dan cantik. Itu semua benda yang abstrak.

Tempat yang aku maksudkan terletak nun di Pantai Tinagat sana. Mudah saja untuk sampai. Anda hanya memerlukan : Kenderaan yang belum tamat ccm, minyak kenderaan, dan mulut yang ringan untuk bertanya. Hey, I’m not a tour guide ok. Just a person lucky enough to have an overpriced camera and a sweet girlfriend.
IMG_8590 copy

Yep!! Kita sudah tiba. Apa yang menarik pasal tempat ini kemudian aku beritahu. Yang pastinya, pastikan anda bersiap sedia mental emosi, mengenakan pakaian yang sesuai, dan jangan lupa solat. Sekadar update status berbentuk kerohanian di Fb saja tidak memadai kalau solat tidak dilaksanakan.


IMG_8614 copy

Aktiviti yang aku maksudkan ialah mengutip kerang. Kerang, siput, Tudai, lokan, haih aku pun tidak tahu yang mana satu. they all look identical. Hanya tahu makan saja. So, correct me if I’m wrong okay.

IMG_8597 copy

Walaupun pada dasarnya, akan ada yang mengatakan aktiviti seumpama ini amatlah tidak pintar, namun tidak dinafikan, benda-benda macam ini sememangnya amat unik. Memanglah siput itu banyak dijual di pasar. Memanglah pergi berpanas di tepi laut tu cari penyakit. Memanglah risiko untuk cedera amatlah tinggi. Memanglah korupsi di negara kita amat tenat. But if we look at the positive side of it, you’ll get the idea.. somehow.

IMG_8624 copy

Contoh perkara positif tu, as shown above. Aktiviti sebegini jika dilakukan secara berkumpulan, mampu mengeratkan silaturrahim sesama rakan. Bersaing bersama rakan untuk mengutip siput, kemudian bersama menikmati hasil tangkapan, adalah sesuatu kenangan yang tidak ada dijual di Mudah.com. Panas terik itu mungkin saja tidak terasa bila kita berbual riang bersama rakan. Berceritalah pasal apa pun. Kenangan ditampar guru, nostalgia cinta luka, ataupun pasal karenah birokrasi yang tiada kesudahan.

IMG_8632 copy

Yang menarik pasal tempat ni, banyak kaum  yang berbeza agama dan tona kulit bertenggek di bawah terik matahari demi satu tujuan murni. Satu contoh implementasi konsep 1Malaysia yang baik. Mungkin satu hari nanti kita boleh menjemput PM kita untuk melaungkan jeritan ‘1 Malaysia’ disini barangkali?

IMG_8640 copy

Brader kita ni menggunakan penutup kipas untuk memudahkan beliau mencari siput si sebalik butiran pasir itu. Kreatif. Satu antara himpunan ciri orang Tawau. Cuma mungkin beliau akan menghadapi masalah ketika pulang ke rumah nanti. Kerana isterinya mengamuk akibat tidak dapat menggunakan kipas.

IMG_8628 copy

Adik kita ini pula menggunakan topinya sebagai medium mengumpul hasil tangkapan. Jelas bahawa beliau lebih mementingkan hasil daripada warna kulit sendiri. Syabas buat beliau. Baju itu yang mahal sebenarnya. Kalah 6-1 memang perit. Tapi sekali sekala berilah peluang kepada ‘mereka’ untuk bergembira seketika sebab sepanjang musim asyik kecewa dengan prestasi team mereka. Glory!

IMG_8630 copy

Tatkala aku tidak henti-henti mengadu kepanasan, wanita ini tetap kelihatan tenang sahaja mencari rezeki. Demi keluarga, demi anak tercinta. Berjam-jam berpanas dibawah terik matahari. Walau hasil hanya sekerat cuma, namun ketabahannya tiada tara. Wajarkah sang anak menghadiahkan slip keputusan yang majoritinya dipenuhi huruf ‘E’ kepada ibu mereka? tepuk dada, tampar muka, garu kepala, demi ibu anda.. buatlah yang sepatutnya.

IMG_8616 copy

Some might do this for fun, to fill their spare time. But most do this to live. Watching them struggling somehow makes me feel very thankful, despite all the hardship we had in live, there are others suffering more. And they’re not complaining!

IMG_8592 copy

Nah! itu saja rasanya. Jika punya lebihan masa, bolehlah berkunjung ke sini. Satu aktiviti alternatif untuk mengisi masa lapang selain merayau di Taman Tikus, duduk di tepi Quong Ming, atau memakai sweater ketika panas terik di bandar. Tinagat bukan jauh pun! jauh lagi perjalanan anda selepas SPM. Hehe.

IMG_8689 copy

Bak kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. Tidak perlulah mengagungkan tempat orang sangat sebab tempat kita sendiri pun sudah lumayan uniknya. Akhir kata, dengan penuh rasa rendah diri, aku yang menaip post ini ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada semua penduduk garisan khatulistiwa di bumi ini.

IMG_8659 copy

*Sudir Suichi*

3 comments:

  1. gambar last tu cantik.. hehe..
    slmt hr rya aidil adha sudir.. :)

    ReplyDelete
  2. mana gmbr cewek cun 3 org tuuu heheee

    ReplyDelete
  3. one word..sweettt..its so touching when u talk about parent who are struggling for their own child..and i wonder, if all teenagers outside there have the same thinking as u, sejuk perut ibu mak yg pena mengandungkn dorg..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!