Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Wednesday, July 6, 2011

AkuChentaPadamu


Assalamualaikum

Pada usia mudaku sekarang ni, aku semakin bergelumang dengan suasana cinta tidak keruan. Memang tidak dinafikan, perkara ini sememangnya normal. Tapi jangan salah sangka, bukan aku yang diselubungi masalah cinta, cuma persekitaranku banyak berkisar dengan isu ini.

Aku seorang guru, masih lagi baru, muda, dan ramai student cakap aku hensem. Walaupun aku tahu mereka cakap begitu semata-mata untuk membodek tanpa sebarang keikhlasan, tapi benda-benda sebegitu boleh memotivasikan kita secara tidak langsung. kan? Almaklumlah berat badan ketika ini sudah mencapai tahap kritikal.

Semestinya hari-hariku banyak diceriakan dengan kisah cinta monyet yang aku temui di sekolahku. Ya memang sekolah aku banyak monyet. Namun pengaruh monyet itu tidak mampu untuk menghalang student-student dari dibuai cinta.

IMG_4767 copy

Firstly I want to focus on the boys. Pada usia tingkatan 1 atau 2, pelajar lelaki masih kelihatan sangat berhingus. Masih tidak tahu memakai minyak rambut, baju kusut masai, dan dalam kamus hidup mereka, perkataan deodoran tidak pernah wujud. Tapi yang baiknya mereka ni tidak berkuman. Tentu sekali sebab kuman itu sendiri tidak tahan dengan bau mereka.

Namun ia tidak menghalang mereka dari menyimpan perasaan terhadap si gadis. Kepada yang pandai sains, kadar pertumbuhan remaja perempuan ni sememangnya lebih pesat dari lelaki. Tidak hairanlah ketika mencecah usia 14 tahun, ada remaja perempuan yang sudah mempunyai senyuman Megan Fox walaupun 3 tahun sebelum itu senyumannya persis seperti Jambatan salah bikin di Kampung Bakapit.

IMG_4777 copy


Dan yang menariknya, kuantiti gadis yang ‘hot’ dalam sesebuah kelas itu paling ramai pun 2 orang sahaja. Bayangkan 35 orang budak lelaki berhingus yang underwear pun emaknya belikan, meminati satu atau dua gadis yang sama.

Maka berlakulah kecelaruan hormon disana. Zaman aku kecik dahulu, ‘surat cinta’ ialah medium perantaraan utama. Zaman kini mungkin canggih sedikit, sms. Mahu confess secara berdepan? No thanx. Semuanya malu. Dan jika surat cinta atau SMS tidak membuahkan hasil, strategi seterusnya ialah, cuba menonjolkan diri di hadapan si gadis. Well done my boy!

IMG_4775 copy

Disitulah bermulanya perubahan sang arjuna. Daripada ketiak berbau hapak menjadi semerbak ketiak Hang Kasturi. Daripada rambut serupa spagetti kepada rambut Lionel Messi. Underwear Ben10 pun sudah tidak dipakai lagi. Paling cikai pun Calvin Klein ataupun Playboy. Fuh~~

Itu pasal budak lelaki. NOw the girls. Lebih menarik, lebih memberangsangkan.


IMG_4770 copy

Seperti yang ku khabarkan tadi, purata wujudnya gadis ‘hot’ dalam sesebuah kelas paling ramai pun 2 orang sahaja. Biasanya yang ‘hot’ ini sudah mempunyai ciri-ciri ‘gatal’ ataupun dalam bahasa Sabahnya, ‘getek’ secara berpakej. Why? sebab gadis yang cantik tapi berkelakuan sopan dan tidak suka menunjuk kecantikan tidak akan dianggap ‘hot”.

Tapi bukan mereka yang aku mahu fokus. Tetapi kawan-kawannya. Gadis yang hot ini biasanya mempunyai geng-geng mereka sendiri. Dan percayalah bahawa kebanyakan kawan-kawan mereka ini memiliki wajah secantik pokok kelapa yang patah disambar petir. Kerana apa? kadangkala keGedikan mereka mengalahkan gadis Hot tadi. Aduyai.. Kalau bergedik tapi lawa tadi tidak mengapalah juga. Tapi kalau harimau pun mengaum tengok muka anda, hentikanlah nonsense itu.

IMG_4776 copy

Lagi satu masalah kebanyakan pelajar-pelajar kita ni, berkapel itu sepertinya sudah menjadi satu keperluan yang menghampiri wajib. Apalagi jika teman-temannya sudah mempunyai pasangan. Dia pun turut gelisah untuk mencari boifren.. Girl, its not like the world will come to an end if you’re single ok.

Berasap hidungnya mencari kekasih. Ya dia akan dapat. Budak lepak, samseng jalanan, mat rempit, adalah antara kerjaya boifren mereka. Itu sudah cukup membanggakan mereka. “AkU ada boifren laaa~~ kau ada??”

Kalau mahu aku huraikan lagi, pasti akan timbul cerita pasal gejala sosial, bunting tanpa jaminan, buang bayi, dan banyak lagi. so tidak perlulah kita cerita sebab sinetron Indon dan Buletin Utama banyak cerita sebegitu.

1cerdik copy

Jelas sekali, cinta ketika belum sampai masanya, is a total waste of time. Yah I know its sweet, but you will get the idea when you’re all grown up. Trust me.

Kecantikan seseorang gadis itu terletak pada sejauh mana dia memelihara akhlaknya, dan maruahnya. Itulah definisi CANTIK yang sebenar.Jagalah perilaku anda supaya anda lebih laku di masa hadapan. Tidak mengapa anda single ketika belajar, yakinlah bahawa akan ada angkasawan berpangkat doktor akan jatuh cinta dengan anda nanti.

Kepada jantan kecundang sekalian, kehidupan sebagai remaja lelaki lebih indah jika anda punya ramai kawan yang baik. Keasyikan berkawan sudah pasti dapat menampung keinginan anda untuk berkapel.


Belum habis lagi. Kepada yang gagal dalam bercinta, berhati-hatilah ketika melayan perasaan frust anda. Salurkan di tampat yang sewajarnya. Walaupun anda memegang gelaran ‘LOSER OF THE YEAR’, ketahuilah bahawa Allah sudah menciptakan kita ini berpasangan. Cepat atau lambat sahaja. Kawal nafsu.

IMG_4779 copy
~~Frust menonggeng boleh mengakibatkan seseorang bercinta dengan mesin~~

Cinta Ilahi juga yang abadi. Jom kejar beramai-ramai. Sekian~~

**Sudir Suichi**

6 comments:

  1. Nice writing kawan...yerpp cinta ilahi adalah cinta yang abadi :-)

    ReplyDelete
  2. Hebaknya karanganmu. Boleh sudar dimasukkan dalam slot TV Rosak... hai saya Suchi Ali melaporkan dari kelas cinta

    ReplyDelete
  3. wahhh... zaman cinta monyet gitu

    ReplyDelete
  4. thumbs up ! i rily2 like it.

    zaman sekarng, jangan kata form 2 form 3, bebudak sekolah rendah drjah 4 5 6 pon dah terjebak dlam gejala cinta monyet. ada yg over gntleman, baru drjah 5, tp da seap dtg sekolah bawak bunga fresh nk bg kat awek kelas sebelah. hoho agak kiut mlihat kanak2 ribena begitu tpi risau akn masa depannya *_*

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!