Assalamualaikum
[Akan merindui bilikku…]
Ok esok aku akan kembali menjadi pejuang. Setelah lama menganggur, anggurku kini berbuah dan aku harus pergi memetik buahnya. Tempat aku petik anggur itu sememangnya tiada pencakar langit. Line celcom pun tiada apatah lagi yang namanya Broadband.
Jadi jangan hairan, jika ini merupakan post terakhirku untuk minggu ini. Aku akan cuba untuk memujuk pengetua ku memasang internet yang laju. Untuk mencapai matlamat itu, aku tidak kisah kerja part time mencuci kereta beliau, memasak makan malam untuk beliau sekeluarga, ataupun menyiram pokok orkid kesayangannya setiap hari. Yang penting tolonglah, aku mahu online. Hahaha demand.
What people do to us is the reflection of what we do to people. and before looking at the ugliness in others, better take a look at ourselves first. Tidak semua yang minat Rock kapak itu jelek dan tidak semestinya yang minat nasyid itu baek. Jangan suka pandang orang yang tidak sempurna sebelah mata, apatah lagi jika anda sendiri rabun bercermin mata.
Yah aku suka pergi makan-makan, duduk melepak, dan amik gambar. Sudah tentu bersama rakan-rakan tersayang. Sebab anda boleh diklasifikasikan gila jika duduk di kedai makan sendiri-sendiri, berbual katawa sendiri-sendiri, dan amik gambar sendiri-sendiri guna DSLR. Gila kan? Sebab tu ada yang namanya kawan. Aku sayang kamu. Kamu baik (Dengan harapan aku tidak akan diKampak sampai kering bila gaji nanti) Good friends are hard to find.
Ok tamat mukadimah merapu. Bercakap mengenai makan-makan, aku suka amik gambar juadah yang bakal aku HABBISkan di tempat kejadian. Gambar gelas, Gambar pinggan, sememangnya aku suka. Mungkin kerana ibuku pengumpul tegar pinggan mangkuk Duralex & Giacomo barangkali.
Berdua lebih baik~~ Owh time ni aku bukan dengan kawan… tapi bersama Kawan perempuan ku. Jika di Translate ke dalam bahasa Inggeris, mungkin lebih difahami.
Dewasa ini banyak minuman yang mempunyai nama yang pelik. Milky tea la, pearl la, blended la, dan banyak lagi la benda apa ke jadah ni.. Sedangkan orang kampung sepertiku hanya tahu yang namanya sirap limau. Murah dan affordable untuk segenap lapisan usia.
Siapa tahu ini apa? Sotong? SALAH! Sosej? SALAH! MArshmellow? JUGA SALAH!! – Aku pun tidak tahu apa. Makan saja asalkan halal & bukan aku yang bayar.
Ikan masak 3 rasa. Mengapa ia dipanggil sebegitu? Adakah kerana ia mempunyai 3 rasa? ataupun semasa dimasak, 3 orang pekerja akan merasa ikan ini. Agar terjamin kelazatannya. Siapa tahu kan?
Inilah yang dinamakan Bandung Cincau. Bukan Bandung Cincai. Minuman kegemaran aku.
Habis madu, sepah dibuang. Jangan hanya memandang pinggan itu apabila ia sarat dengan makanan sahaja. Gambarlah ia juga ketika ia sudah kosong.
Grilled Chicken Chop at Prominade. Baru sahaja aku lantak sebentar tadi. Memang sedap. Namun harganya boleh menyebabkan setiap inci bulu roma anda berguguran.
Inilah yang dikatakan ABC mahal. Sebab ia dijual di Hotel. Bukan di kaki lima. Walaupun ada aiskrim di puncak, namun aku tetap merasakan ABC di Sabindo sana adalah yang terbaik.
Selazat manapun, semahal manapun makanan atau minuman anda, tetap tidak boleh mengalahkan air kosong.
Sesat kehausan di gurun, kita akan minta ini air..
Kena penyakit sana sini, doktor akan suruh minum ini air..
air yasin air jampi, semua pun guna ini air..
Yah begitulah hidup. Kadangkala sesuatu yang sangat simple beginilah yang paling kita perlukan. Moral of the story, jangan bazirkan air.
Sekian buat kali ini. Maaf jika terkasar bahasa. Daku juga manusia biasa. Mungkin saja aku macho bergaya, tapi banyak juga nampak lemahnya. Kita semua sama.
cantik gambo2 tu
ReplyDeletenice picture...,leh belajar ngan awak DSLR kan!
ReplyDeleteGambar yang 1st tu.. manja2 kunun tu strowkan. pandai juga belakun tu strow aaar
ReplyDeleteAku suka sume tu! =) Oi, oi, perut aku jd lapar dah ni haa. (Salahkn gambar yg tak berdosa). =P
ReplyDeletehang tinggal kat mana suichi sampai xder line internet???
ReplyDeletekalau sudi ajar lah teknik ambil gambar sampai cahaya2 background tuh leh jadi btk love,bulat2 n mcm dedaun...hehehe. nanti cik adrenalina nak try jugak!!!
cantik ar gmbar sume2 nie....
ReplyDeleteApa benda lah tu bulat-bulat macam marshmellow tu HAHA...
ReplyDeletecntik seyh gmbar..nk kna nuntu ilmu ni..phtoshop skali
ReplyDeleteaaah.. sudah pasti kamera itu akan berjaya dibeli saya juge hendaknye :)
ReplyDeletesuka pada gambar2 itu :) cayok2!
blog ini chanteq!! i like!!
ReplyDeletejom singgah my new blog n being my followers too...tq
http://mummylovepink-lovely.blogspot.com/
and
jom singgah my shop blog...tq
http://mummylovepink-shoppaholicblogspot.blogspot.com/
terbaek!! sangat ber50mm skg.. haha..
ReplyDeletecantikk..mcm mana la mau buat bokeh2 love tu? :)
ReplyDeletethanx :-)
ReplyDeletepic tu cun sangat :)
ReplyDeletebetul
ReplyDeleteelakkan pembaziran
selamat tahun baru