Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Tuesday, May 3, 2011

Suara Tawau Untuk 1Malaysia

Assalamualaikum

Aku : Pelajar sekalian, Insya Allah jika tiada halangan kita akan berpindah ke bangunan sekolah baru pada bulan 6 ni.
Student : Wah! ya ka cikgu! tidak sabar kami tau… macam mana bilik kelas di sana nanti? luas ka?
Aku : Luas! kamu bayangkan saja satu bilik darjah ada 3 whiteboard. Luas kan?
Student : Luasnya cikgu. Tapi susah la kami kalau begitu. Penat.
Aku : Kenapa?
Student : Ya la.. Kelas kami sekarang ada 1 ja whiteboard. Cikgu sorang saja yang masuk. Jadi nanti kalau ada 3 whiteboard, 3 orang cikgu la akan masuk tu kan. Mati la kami……

U made my day!!

Salam perpaduan. bagaimana? Sudah puas bercuti di hari pekerja? Walaupun dari segi literalnya, hari pekerja ialah hari dimana ramai pekerja bercuti, namun pada cuti hari pekerjalah banyak program-program dan aktiviti yang kita ikuti. Kadangkala aktiviti itu jauh lebih memenatkan dari bekerja pada hari biasa.

Hari keluarga syarikat, Keluar berkhemah bersama rakan, berpiknik bersama keluarga, semua itu merupakan contoh. Nah pada cuti hari pekerja baru-baru ini, Tawau juga ada mengatur beberapa program yang pastinya boleh menghitamkan lagi kulit anda. Namun, hikmahnya sememangnya jauh lebih bermakna dari kehitaman kulit yang anda peroleh.

Suara Tawau untuk 1 Malaysia. Merupakan 1 program menggalakkan aktiviti sihat warga Tawau khususnya mewujudkan satu peluang untuk belia menonjolkan kemahiran mereka dalam aktiviti di sepanjang program ini berlangsung.

Apakah dia kemahiran yang ingin ditonjolkan? kemahiran memicit jerawat?

IMG_1143 copy 
Minat belia bada hari ini berubah mengikut peredaran semasa. Semasa bapak aku masih belia dahulu, kemahiran yang ingin dia tonjolkan ialah kebolehannya memelihara rambut afro hingga ke paras pinggang. Dan semasa arwah datuk aku bergelar belia dahulu, kemahirannya yang paling menonjol ialah kebolehan menembak askar belanda ketika perang. Aku juga minat menembak dan memanah. Menembak bermaksud mengambil gambar dan memanah bermaksud dipanah asmara cinta hahahaha.

Well today, we youngsters prefer something more challenging without killing people. Contohnya gambar di atas ni. Antara benda yang boleh memeriahkan hidup seorang belia. Jadilah belia yang gemilang sebelum anda bertukar status dari belia kepada beliau.

IMG_1147 copy


Sedikit mengenai aturcara pada hari tersebut :
  1. Motor Show
  2. Lumba Motorsikal Perlahan
  3. Lumba Membuka Tayar Belakang Motorsikal
  4. Auto Show
  5. Audio Sound Blass
  6. Pameran Motorsikal
  7. Pameran Motorsikal Drag Race
  8. Pameran Motorsikal Unit Trafik Polis Diraja Malaysia
  9. Pameran Basikal
  10. Pameran Motorsikal Scramler
  11. Pameran beberapa agensi kerajaan dan swasta
  12. Pertandingan Memancing Persatuan Gerak Belia 2020 Tawau
  13. Cabaran rakan Muda.
More info, Visit Tawau Bloggers.


1malaysia3

Belia tawau sangat kreatif. dan seperti yang anda dapat lihat, Basikal dan motosikal menjadi lubuk untuk melepaskan nafsu kreatif belia Tawau. Adakah anda pernah terfikir untuk meletakkan stereng menggantikan handle basikal anda? Tentu tidak bukan?

1malaysia2

Jika dahulu penggunaan basikal terhad untuk pergi ke kedai dan membonceng awek di kampung sahaja, kini satu lembaran baru telah dibuka dimana basikal boleh menjadi tempat seseorang itu menghamburkan imaginasi kreatif mereka.

1 malaysia-1 copy

Mungkin saja satu hari nanti belia kita boleh mencipta basikal untuk ke Bulan barangkali? Ataupun basikal yang boleh membajak sawah? bukan merapu semata. My point is, creativity and innovation has no limits. tidak terhad kepada insan tertentu, dan tidak perlu untuk pergi ke kelas-kelas tertentu. Ia wujud dalam diri. Ok merapu~~

IMG_1185 copy

Yang ini pula merupakan perlumbaan motosikal perlahan. Penambah perisa kepada pertandingan sound blast, autoshow, dan beberapa lagi acara yang terdapat pada hari tersebut.

IMG_1180 copy

Panas bukanlah penghalang. Nyata sokongan dari warga tempatan merupakan antara faktor mengapa banyak program yang dijalankan begitu berjaya sekali. Yang minat benda-benda automotif sebegini, pasti akan merasa teruja. Yang tidak minat pula, bolehlah datang menambah ilmu didada. Menarik kan kata-kataku? Hehe.

IMG_1199 copy

Katalah anda tidak suka bunyi bising, tidak suka kenderaan, dan hanya minat kepada ketenangan sahaja. Jangan gundah! Pertandingan memancing juga ada! Pada tarikh yang sama pada hari tersebut, diadakan juga pertandingan memancing untuk mencari siapakah yang paling jagoan dalam acara mengail ni.

IMG_1209 copy

Bertempat di sepanjang persisiran highway Tawau, ternyata sambutan dari segi penyertaan amatlah membanggakan ketua kampung. Penuh highway Tawau dengan joran. Jika tentera Sepanyol ingin menyerang Tawau, tentu mereka gerun kerana menyangka joran-joran itu adalah senapang.

1malaysia4

Sebenarnya aku juga tidak menyangka sambutan yang diterima sebegitu meriah. Jika difikirkan dari segi logik akal, tiada siapa dapat meneka bakal pemenang. Memancing pun belum tentu dapat ikan. Kan lebih baik pergi beli ikan di pasar dari berpanasan seharian? Di pasar sana jangankan ikan sembilang, ikan lapang dan ikan tujuh pun ada!

But as I say, nafsu untuk menang dan sokongan terhadap program kadangkala mempunyai makna berbeza. dan apa yang aku dapat lihat, sokongan dari warga Tawau itu yang sangat membuat kita teruja.

IMG_1214 copy

Walaupun kadangkala joran kita patah, mata kail tersangkut, hanya sampah yang berjaya dikail, namun semangat seorang pemancing jangan sesekali dipertikaikan. (Sila abaikan lirik lagu Anuar Zain tu.. hiasan semata)

IMG_1220 copy

Jelas disini berjayanya usaha penganjur untuk menarik penglibatan belia dari pelbagai latarbelakang minat dan kegemaran. Dari soundman, automan, fisherman, cameraman, sudirman, semua merasa terpanggil untuk menjayakan program ini. Lihat saja hasil tangkapan saudara kita di atas ini. Jangan sangka highway Tawau hanya ada tikus ok. Ikan pari pun ada.

IMG_1222 copy

Satu perkara lagi yang menarik perhatian aku ialah, walaupun satu orang sahaja yang ikut bertanding, ramai lagi kaum kerabat, keluarga, rakan dan taulan si peserta tadi turut sama turun untuk memberi sokongan. Yang memancing itu seorang sahaja. Tapi ahli keluarganya yang lain turut wujud dan berpiknik di Highway. Satu pemandangan yang indah kerana kapel-kapel hingusan tiada tempat untuk bermadu kasih pada hari tersebut. Tamparan hebat buat mereka.

IMG_1259 copy


Ini pula suasana ketika majls penutupan di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau. Semua peserta berdebar menantikan jawapan. Adakah berjaya ataupun tersingkir?


Namun seperti ayat skema lain, ingin kunyatakan kemenangan tidak semestinya perkara utama. Kadangkala kekalahan di pusingan awal itu akan lebih memberi kita pengajaran untuk menang di pusingan seterusnya. Seperti starring Tamil lah katakan. Biar kalah dahulu namun pada penghujung cerita seribu orang pun anda boleh tewaskan sendiri.

Berani untuk menyertai juga sudah menunjukkan anda seorang pemenang. Yang bezanya anda cuma tiada piala dan sijil. Itu sahaja. Apapun, diharapkan akan ada lagi program seumpama ini pada tahun-tahun akan datang. Semoga pihak penganjur tidak jemu untuk terus memberi ruang kepada belia Tawau untuk menonjolkan bakat dan kemahiran mereka dengan cara yang sihat,

IMG_1235 copy

Akhir sekali, aku sendiri merasakan Program Suara Tawau untuk 1 Malaysia ini telah mencapai matlamatnya. Seperti yang ku kata tadi, di sebalik kehitaman akibat berjemur pada hari tersebut, kita memperoleh banyak faedah lain. Pengetahuan baru, pengalaman baru, kenalan baru, dan juga jika ada untung sikit, dapat Cewek baru. Sekian.

**Sudir Suichi**

5 comments:

  1. tersenyum2 aku membaca nya sudir..ahahahaha..

    ReplyDelete
  2. *ketawa.... best!

    ReplyDelete
  3. saya minat sangat dengan abang sudirsuichi punya blog.. kalau ada peluang saya nak minta tanda tangan abang sudirsuichi..

    sally :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!