Assalamualaikum
[Hujan itu rahmat.. Banjir itu Ujian]
Tawau 19.12.2010– Hujan turun sepanjang hari. Semua jenis kategori hujan ada pada hari ini. Hujan lebat, hujan renyai-renyai, hujan ribut, dan sebagainya. Pokoknya yang tiada di Tawau pada hari ini hanyalah kumpulan hujan, dan artis Kore keglaan ramai, iaitu Rain. “Nama saya Rain”.
Bila hujan sudah beraksi,
Sudah tentu banjir menghampiri…
Orang kampungku sudah lali..
Redha saja takdir Ilahi..
Banjir disini bukan pertama kali..
Siapa la yang boleh bantu ni..
Tiada orang ka yang peduli..
So harini aku tiada gambar hendak share. Mahu bercerita pasal banjir saja di kampung aku, Kampung Pasir Putih, Tawau. Ya hari ini hari ahad. Seperti insan normal yang lain, pada hari ahad aku akan keluar bertemu insan tersayang. Ok poyo sedikit disitu ya. Menjelang maghrib, aku bergegas pulang. Bukan kerana takut dihambat penyapu oleh mamaku, cuma balik sebelum malam itu juga merupakan sesuatu yang normal.
Apa yang tidak normal, setibanya aku di jambatan (di Sin San) yang menghubungkan kampungku dengan dunia luar, terlihat olehku deretan kenderaan yang amat panjang. Setahu aku autoshow tidak pernah diadakan disini. Jadi aku yakin itu bukan autoshow.
Sebagai seorang yang bersifat peramah (poyo lagi), aku meringankan mulut bertanya kepada seorang pakcik yang sedang mundar mandir di tepi jalan seperti orang kalah toto.
aku : PAcik.. kenapa Jem ni?
Uncle : Kau jalan la ke depan sikit nak.. tengok sendiri.Ok fine kalau tanak bagitahu, aku majukan sikit kenderaanku untuk melihat sendiri. Walah!!
Oh! banjir rupanya. No wonder lah. But I still wonder, how come there’s no action from our wonderful government to prevent this? Wonderpets betol la. Berapa kali sudah banjir ni aisehmen.
Sebagai nota tambahan, ketika tiada air, kedalaman sungai buatan mungkin menyamai ketinggian Optimus Prime. Jadi jelas ia sangat dalam. Dan arusnya, sangat membanggakan.
Air naik dengan pantas. Tidak sampai seminit aku berdiri, naluriku sudah memaksaku untuk segera beredar. Ye la kalau aku kena air tidak mengapa. Tapi kalau kereta bapak aku hanyut, boleh saja konflik kekeluargaan sinetron Indon berlaku dalam family aku.
Kepada mereka yang pernah melalui kawasan ini, pasti tahu yang ini bukan kawasan cetek.
Air semakin tidak terkawal. Aku terus beredar dan melakukan U turn pulang ke bandar.
Itu saja cerita aku. Gambar ni aku ambil pukul 6.00 petang. Aku selamat sampai di rumah pada pukul 10.30 malam lepas tengok match Indon Vs FIlipina.
Kasihan kepada rumah-rumah yang dimasuki air, untuk kesekian kalinya. Walaupun rumah aku selamat, tapi mereka yang sudah beberapa kali menanggung musibah ini bagaimana? siapa yang boleh tolong mereka? Tolonglah… Siapa yang ada kuasa tu tolong lah.
Di semenanjung sana, banjir takat tumit pun sudah dapat liputan luas media. Yang kami ni, dengan pinggan2 Astro pun tenggelam sekali. Siapa yang peduli? Pihak berwajib? mana action anda? adakah ia cuma Eksyen semata? ok lah sekian.
Salam, dik sudir. Oohh..besarnya banjir, hilang sudah penghujung jalan.....susahlah klu selalu macam ni.....
ReplyDeletehahaha.. boleh lak terfikir ade autoshow kan.. kereta tenggelam boleh menimbulkan sinetron indon di dalam rumah.
ReplyDeleteitu lah.. orang di luar bandar agak sukar dapat perhatian. bila nak pilihanraya baru nampak semangat nak buat itu, buat ini.. tapi semangat tu semacam hangat-hangat najis ayam.
tapi congrats untuk kamu yang sanggup buat liputan macam ni. hope ada yang ambik perhatian.
ndak ada pulak kita terserampak yah... aku pun terjem d sini...
ReplyDeletesemoga ada pihak yang turun memberi bantuan
ReplyDeletesuka pantun awak tu.
best di baca! lebih2 lagi kisah sebelum ini.
ReplyDeletegmbar yg terang.
Harap-harap bersabar dengan dugaan ini.
smoga sbar dgn ujian bnjir ni..
ReplyDeleteair lmpur ag tu, huhu~
Nak tgk gambr banjir byk2 lagi...
ReplyDeletesy jgk ada kwn tgl di tawau..
ReplyDeletehehe..
sgt suka bwk kan kami amplang :)
oh ya, igtkan kelantan sje ada nama kg pasir putih..
hehe
bersabar la ya... be strong... aah. smlm hujan x henti2...
ReplyDeletebanjir sekali sekala bagus juga boleh menyedarkan kita bagaimna kepayahan menghadapi banjir...
ReplyDeletemuhasabah diri juga....
Syoknya, dah lama tak main banjir.Teringat pada tahun 80an, rumah akak sering dilanda banjir. Bukan takut , tapi main banjir ngan adik beradik semua.
ReplyDeletealamak cmne nk ngail ni.... jale bleh kot hehe.. untung2 dpt bahan nk post hihi...
ReplyDeletehaa. Nasib ko buat uturn. Kalo ko terjun, haish.
ReplyDelete-.-
Apa2 pun, aku harap sume ok2 nanti..
jage diri la bile banjir ni ya....... huhuh takot lak tgk air naik cmtu skali
ReplyDeleteKedah Perlis dah xda..sna plak yer
ReplyDeletehujan tak menentu.. kat trgnu pun hujan tak berhenti2 selepas seminggu panas terik.. bimbang gak kalau air naik.. huhu
ReplyDeletetakmo dah kena banjirr....
ReplyDeletesemoga kamu tabah ye..
ReplyDeletekat sini pun hujan tak henti-henti jugak.. harap air sg. klang tak melimpah..
dahsyat nya banjir,,
ReplyDeletesabar ye,, itu je lah saya mampu cakap..
malu rasanya
adeh banjir..tapi pic lawa la..
ReplyDeleteoit teruknya banjir tapi semapt jugak amik gambo ek
ReplyDeletedlm nya air..semoga tabah eh menempuh banjir..
ReplyDelete