Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Saturday, December 10, 2011

Konsert Fenomena 30 Tahun Search : 14 hari lagi bro!


Assalamualaikum

Kurang dua minggu dari sekarang, bumi Tawau akan menjadi saksi berlangsungnya satu konsert yang bisa saja akan terpahat sebagai konsert lagenda.


Jika anda memandu kereta anda yang belum tamat ansuran itu menyusuri jalan dari airport ke bandar Tawau, mungkin anda terserempak dengan banner dan banting Konsert Fenomena 30 Tahun Search. Yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 24 Disember ini. Countdown!

Satu yang menarik pasal konsert fenomena Search di Tawau ini, ialah harga tiket yang ditawarkan. RM 25 saja beb! Topup handphone sebanyak RM25, kemudian bergayut dengan awek. Sekejap saja sudah habis, dan awek akhirnya curang dengan lelaki lain. Baik pergi konsert Search!

Aku mengetahui pasal konsert ini ketika membaca akhbar secara online. Terpampang iklan konsert Fenomena Search yang ketika itu akan diadakan di Penang, KL, dan Johor. Well, biasalah, kerana disanalah lubuk tempat artis membuat konsert besar. Selang seminggu, aku terdengar desas-desus mengatakan konsert fenomena search ini akan turut diadakan di Tawau. Too good to be true, but really it is true!

Jadi, dimanakah dia tempat menjual tiket konsert fenomena 30 tahun search ini? Bagi warga Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak, dan Sandakan,ini dia jawapannya!


TAWAU:
Tawaunet - West Point Complex
Kak Midah Café - Air Panas
Kak Ruga Café - Sabindo Squere
Arena Café - Jalan Masjid
Wealthy Empire Management - Jalan Masjid
Kedai Runcit Hidayat - Tg Batu
MD Communication - Wisma Wakaf
Demi Pasific S/B - Pasar Tawau
AA Communication - Pasar Tawau
Nur Telekomunikasi - Pasar Tawau
Andyana - Bus Station
FPM Communication - Bus Station
Perniagaan Sin Lee - Bus Station
West Mobile - Bus Station
CCM Communication - Fajar
BB Mobile - Jalan Belian
Kedai Hello Communication- Merotai
My Mobile Workshop - Felda Umas
RH Communication – Kalabakan



KUNAK:
F1 Communication - Kunak Plaza


SEMPORNA:
Lam Collection – Semporna

SANDAKAN:

Southern Teleshop - Bandar Sandakan
Magic Colour Foto - Bandar Sandakan
Smart Com Teleshop - Pasar
City Enterprise - Sibuga
3G Mobile - Menara MPS



LAHAD DATU:
CK Mobile Sedco - Sedco Shophse
CK Mobile Perdana Town - Perdana Town
JC Phone Shop - Fajar
Hup Fatt - Jln Kastam



Sungguh banyak bukan. Detail lagi terperinci. Jangan pula selepas ini anda mengamuk di kaunter bas Tung Ma kerana mereka tidak menjual tiket konsert ini. Disana ada tiket bas untuk ke KK sahaja orait!

1 lagi peringatan, pastikan anda membeli tiket yang original. Rupanya persis seperti dalam gambar dibawah ini:



Jelas? Maknanya disini tiket wayang dan tiket TOTO sama sekali tidak boleh digunakan ok! (Judi adalah haram, dan tiada orang jadi kaya akibat berjudi!) Apapun jika anda ragu dengan kualiti tiket yang anda beli, just in case, call saja hotline ini untuk meluahkan perasaan anda. Tiada masalah. 0138003030.


Jika anda melihat dengan khusyuk gambar di atas, di belakang tiket itu ada kertas yang bertaip senarai playlist lagu yang akan dipersembahkan ketika konsert nanti. 23 lagu semuanya, bermula dengan lagu Panggung Khayalan dan diakhiri dengan lagu Pawana. Ya… 23 lagu. Dinyanyikan sendiri oleh uncle Amy Search kita. Bukan Sathiya, bukan Abon, tapi Amy Search.

Oh ya, cakap pasal Amy Search ni, ada satu info menarik pasal beliau. Beliau ni sebenarnya berketurunan Bugis + JAwa. Gabungan Buras dan Coto gitu~~ Sebab tu lah bila buat konsert di Tawau, dia bisa mengungkapkan 'aga kareba pok?' yang bermaksud 'apa khabar' dalam bahasa melayu, dan 'I love you so much' dalam bahasa Macau.



~Dialog adalah rekaan semata~

Sebelum berundur diri, ingin saya kongsikan lagi disini sedkit peraturan yang harus kita patuhi, dan beringat sebelum anda melangkah ke konsert tersebut. Rujuk gambar di bawah: 


Rasanya kita semua sudah cukup maklum apa yang harus 'tidak dilakukan' dengan hanya melihat logo larangan diatas kan. Mungkin agak berat bagi sesetengah kita, namun peraturan tetap peraturan, dan pihak penganjur melakukannya demi keselamatan dan keselesaan bersama. Ingat, jangan bawa anjing, walaupun anjing anda comel.

Sekian buat ketika ini, ingat, terus update mengenai konsert ini menerusi laman rasmi Facebook  Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau.

~Sudir Suichi~

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!