Assalamualaikum
Hari ini hari sabtu. Baru sahaja semalam dibentangkan Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri kita. Ramai yang menyokong, ramai yang suka. Namun ramai juga merasa sebaliknya. Kancah politik negara kita sememangnya semakin hangat.
Pendapatku mengenai Bajet 2012? mudah saja. Dari dahulu, kini, dan masa-masa akan datang, aku tetap Bajet Cool, bajet kiut, dan bajet hensem di mana sahaja. Dan semestinya, aku suka makan bajek (Sejenis makanan tradisi masyarakat Bugis). Kesimpulannya, undi adalah rahsia. Dan bilamana ianya rahsia, aku ndak mau kasitau kamu.
Serentak dengan pembentangan Bajet 2012 semalam, berlangsung juga perlawanan persahabatan antara pasukan bola sepak kebangsaan kita menentang pasukan Australia. Jika anda tersentak dengan intipati bajet 2012, anda mungkin lebih tersentak dengan kekalahan 5-0 pasukan kita kepada negara kangaroo dan beruang koala itu.
Well then, memandangkan sudah ramai yang mengutuk dan bersyukur dengan Bajet 2012 semalam, aku memilih untuk berblogging pasal bola sajalah hari ini. Tatkala hari sabtu ramai yang keluar bersosial, dewasa ini aku hanya melepak sahaja dirumah. Kawan pun kurang, cewek pun entah kemana. Gejala TUA.
Gambar pada hari ini dibawakan khas secara terus kepada anda oleh kamera murah aku. Tidak secanggih kamera anda namun aku berbangga dengannya. Talent pula adalah dari kalangan student aku sendiri. Yeah!
Mengapa pasukan bola sepak kita asyik kalah? mari kita cuba merungkai persoalan ini bersama. Aku bukan penganalisis bola sepak. Shebby Singh tidak kenal aku. Zainal Abidin Rawop buang muka kalau jumpa aku. But everybody has their opinion right? Right or wrong, is another story.
Rata-rata pemain kita mempunyai saiz badan sederhana. Kalau tinggi pun, kurus. Tiga pemain Malaysia yang berpadu tenaga belum tentu dapat menggeletek didier Drogba hingga ketawa. Apatah lagi menjatuhkan beliau. Title ‘Pindik-pindik tagap’ lebih sinonim dengan kita.
Tapi kelebihannya, tubuh yang kecil membolehkan anda bergerak lebih pantas. Refleks juga pasti akan lebih mantap. Inersia yang dihasilkan oleh mereka yang bertubuh kecil tidaklah seganas mereka yang besar. Lincah!
Jika nada mengamati sesebuah perlawanan bola sepak di Malaysia dengan sepenuh hati, mungkin anda dapat melihat perkara ini. Tatkala pemain menyepak bola, bukan sahaja bola, rumput dan tanah pun ikut berterbangan sekali. Aku tidak tahu bagaimana yang dikatakan padang yang baik. Namun yang pasti, kambing dan lembu amat gembira jika diberi peluang meragut rumput di padang-padang bolasepak seluruh malaysia.
Tidak rasanya. Negara kita mampu menyediakan kelengkapan sukan yang berkuatili tinggi kepada atlet-atlet. Belum pernah kita lihat pemain negara kita menggunakan adidas kebun ketika perlawanan. Belum ada lagi pemain yang berkongsi kasut dan tiada kedengaran atlet yang mengeluh kerana kasut yang dibekalkan tiada saiz untuknya.
Rutin latihan amatlah ketat. Rasanya pemain kita lebih kerap menatap wajah datuk K. Rajagobal berbanding isteri mereka sendiri. Mungkin stamina rakyat pemain kita tidak sekuat Sagna, Kalou, dan Yaya Toure. Namun jika dibandingkan dengan pemain Korea dan Jepun? Hm…
5. Finishing kurang berbisa?
To me Shafee Sali is the best. Not excluding Nor Shahrul and Safiq Rahim. Jadi apa lagi masalahnya ni? Kadangkala Safee Sali macam tidak wujud dalam perlawanan kerana kesukaran mendapat bola.
To be frank, pertahanan kita masih perlu digilap sampai berkilat. Penjaga gol kita sudah bagus. Hensem, dan putus tunang. Sentiasa cemerlang dalam setiap penampilan antarabangsa. Kita lebih banyak bersorak untuk meraikan kejayaan Apek menyelamatkan gawang dari dibolosi daripada bersorak melihat pasukan kita membolosi gawang pihak lawan.
Tentu anda pernah mendengar adanya negara-negara yang membariskan pemain dari negara lain dalam pasukan mereka. Dan ternyata langkah mereka itu selalunya membuahkan hasil. Mereka bertubuh sasa, bergerak lebih pantas, dan berbahasa asing. Biarpun dikata CULAS, namun kemenangan itu lebih penting bagi mereka.
Adakah kita juga wajar mengikuti langkah ini? bagi aku, tidak payahlah! kalah bermaruah dengan kekuatan dan usaha sendiri lebih enak berbanding menang tapi negro yang menjaringkan gol. Walaupun dihujani kritikan pedas dari segenap sudut, persetan itu semua kerana yang main itu adalah aslinya made in Malaysia!
Terutama ketika sudah ketinggalan, perkara ini nampak jelas. Ya mereka masih muda. Aku ini muda namun mereka lebih muda. Sudah tentu masalah kurang fokus boleh timbul. Apatah lagi jika penonton di tepi kebanyakannya melontarkan kata-kata yang kurang enak seolah-olah mereka main lagi bagus.
‘Kuatkan semangat…Tingkatkan fokus.. Kenali diri.. Agar anda bisa menjadi insan cemerlaaaaang~~~” – Bak kata Dato’ Fadhilah Kamsah. Mungkin pemain-pemain kita boleh dihantar bermalam di rumah dato’ Fadhilah Kamsah agar mereka boleh dimotivasikan.
Secara kesimpulannya, walaupun pasukan negara kita dihujani prestasi tidak menentu, kita sebagai penyokong haruslah berdiri teguh dalam menyokong setiap usaha mereka. Kurang waras jika kita beri pujian setinggi Kinabalu apabila mereka menang namun cacian setinggi Everest kita hamburkan tatkala mereka kecundang.
Kita tidak sepatutnya mengibaratkan bola sepak ini seperti Lisa Surihani. Lawa setiap masa tidak kira bermekap ataupun tidak. Pasti akan ada masa kita mengalami kekalahan, dan menang itu pun akan tiba masanya. Dan sudah pasti juga kita semua teringin untuk berkenalan dengan Lisa Surihani secara lebih dekat bukan…?
Kepada pasukan bola sepak kebangsaan dan kebanggaan kita, teruskan usaha! Gagal sekali tidak bermakna gagal lagi. Tapi jikalau gagal lagi dan lagi, aku tidak tahu sudah mau cakap apa. Hehe. Apapun semangat untuk bangun dari kegagalan itulah yang paling mahal dan tidak boleh dibeli di mana-mana!
Ayuh bangkit!!! Teruskan berjuang!!
Cukup menaikkan semangatkah kata-kataku? jika ya, anda boleh aplikasikan kaedah ini dalam kehidupan seharian. Contohnya untuk menaikkan semangat pelajar untuk cemerlang, mempengaruhi orang lain agar anda dipilih menjadi calon dalam pilihanraya, ataupun untuk memujuk kekasih yang merajuk selama 3 minggu. Sekian!
*Sudir Suichi*
paling LIKE suda tu yg "hensem dan putus tunang".. haha..
ReplyDeletehaha cigu sudir cigu sudir... kalau anda bijak cuba teka siapa saya.. haha
ReplyDeletecantik gambar2 tu smua.... seriussssssssss.....
ReplyDelete