Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Monday, November 7, 2011

The Streets of Lahad Datu


Assalamualaikum & Salam Aidiladha.


Hye there. Welcome to Sabah. The land where you can buy smuggled cigarettes on the streets and gets away with it in style. Today we Muslims celebrates Hari RayE Aidiladha. It’s the day where all cows regret that they are not born as hamsters. This day, buras, is a must. Do you know what is buras? in semenanjung it is called BURES while in England, BURASES.

Macam mana English aku? ok kah? Boleh lagi ka mengajar anak orang Bahasa ini tahun depan? Tahun pertama aku mengajar bahasa Inggeris sememangnya amat mendukacitakan. Ramai pelajar aku terseliuh di bahagian lidah akibat kesukaran menyuarakan bahasa ini.

Lahad Datu. Terletak kira-kira 148 KM dari Tawau, dan berjarak 424 KM dari Ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu. Sebuah bandar yang kian pesat membangun, terutama dari segi perindustrian. Buktinya dapat dilihat menerusi pertambahan bilangan kilang yang dibina, jauh mengatasi pembinaan tandas awam.

Now, this is the place where I earn my living. Cari rezeki bai. Mencari sesuap nasi saja tidak memadai. Harus cari lebih banyak suapan dari itu. Asalkan tidak makan suap, yakni halal, we should be proud of what we are doing. Gambar hari ini adalah cebisan-cebisan street candid yang aku candid bersama beberapa rakan yang gemar candid. Walah!!

IMG_9035 copy

Fulamak si sudir. Gambar cewek juga dia letak duluan. Gambar-gambar ni kami tangkap berdekatan pasar Lahad Datu. Tempat yang sangat klasik jika ingin membingkaikan kehidupan dan wajah sebenar masyarakat temaptan disini.

IMG_9029 copy

Jika di KK, kita ada 1borneo. Jika di KL, kita ada Pavillion. Da bila kita di LD, yang ada cuma Milimewa. oleh dikatakan tempat paling happening disini. Lokasi dimana anda mungkin bertemu jodoh, ataupun dirompak. Oh ya. FYI, Servay juga sudah ada disini ok!

IMG_9028 copy

Harga makanan? well, the story is quite the same all around Sabah. Tiada kawalan. Membuatkan ramai pengguna mengeluh. Tapi disebalik keluhan harga makanan yang mahal itu, perut pula menceritakan sebaliknya. Boroi.

IMG_9026 copy

Satu lagi benda menarik pasal Lahad Datu ni, ialah kecantikan alam semula jadinya. Bukan seperti yang diatas maksudku. Tapi flora dan fauna. Yang kanan tu namanya flora, dan yang kiri namanya fauna. Cantik!

IMG_9013 copy

Lembah Danum, Ladang Tabin, Felda sahabat, dan banyak lagi keindahan alam yang masih belum diteroka! Termasuk sekolah aku, SMK silabukan. Banyak biawak dan anjing yang mati dilanggar kereta.

IMG_9023 copy

Oh ya. Di sini juga ramai peminta sedekah. Dari seawal usia kanak-kanak, hinggalah ke usia emas. Mungkin jika anda seorag dermawan yang suka memberi sendiri wang kepada golongan sebegini, tempat ini adalah jawapannya.

IMG_9034 copy


To me, there is nothing wrong if you ask help from others. But keep asking and begging without any effort to earn on your own, is a big issue. Apatah lagi yang cukup sifat dan sempurna tubuh badan. Berusahalah untuk hidup dengan berusaha!!

IMG_9022 copy


Tidak kiralah dari usaha sekecil menjual ikan kering hinggalah sebesar membuka kilang ikan kering pun. Rezeki yang diperoleh dengan berusaha itu kan lagi enak. totally respect the kid above!


IMG_9038 copy


Still more pics to come. Akan kusambung aktiviti merapuku ini pada post akan datang. Selamat malam dan jumpa lagi!


*Sudir Suichi*

3 comments:

  1. Aq biasa beli sayap ayam n ikan bakar d gerai abg di atas tu klu ke ld.

    ReplyDelete
  2. Nice pic and story :-)

    Make me want to visit and try the foods.. Yummy...

    <a href="http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/>Kamu Blogger...? Join Event Blogger Percuma Samsung Galaxy Ace dan RM 1,000 Berakhir 23 Desember 2011</a>

    ReplyDelete
  3. omg... burasses?? haha... lama xmkn buras... haish... owh... pandai wat ayat... semat.. :P
    xpernah lg p LD...insyaallah nti.. n yaahhhh... picture sgt cantik!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!