Assalamualaikum
Sudah masuk hari ke 14 berpuasa. Tahniah aku ucapkan kepada kita semua yang setakat ini belum tumpas di pertengahan jalan. Semoga puasa kita valid disisiNya InsyaAllah.
Kelmarin merupakan hari pertama aku berbuka bersama keluarga. Tiada kalahnya! Walaupun tidak mewah, tidak penuh hidangan dimeja, dan mamaku berdoa terlalu lama, namun menikmati saat-saat sebegini bersama keluarga ternyata tiada kalahnya! Love my family!
Ok cukup. Mari lihat gambar artis. Walaupun mungkin tidak relevan dengan bulan mulia ini, but hey, everything has its bright side. Just think positive okay~!
Gambar-gambar ini aku amik semasa Program Juara Rakyat yang berlangsung di perkarangan Majlis Perbandaran TAwau dua minggu lepas. Bersama team TawauBloggers tentunya. Maaf aku tidak sempat share gambar-gambar ini kerana aku terlupa membawa kamera ke LAhad Datu haritu. DUhh~~
Kepada Sabahan yang tidak mengenali beliau, bolehlah menggunting MyKad anda kepada beberapa kepingan sekarang ok! Seniman berbakat besar dan mempunyai daya humour tahap dewa naga. Terasa kebas buah pinggang mendengar lawak beliau.
Kemudian ada juga beberapa artis lain. Salma Mentor, Made in Sabah, and Tawau, to be exact!. Suara cik Salma ni, well personally I give credit lah. Power. Awesome, Incredible. But unfortunately, suara mamaku mengaji jauh lagi best.
Then the main Event. Uncle Ramli Sarip, Papa rock Malaya. Memegang title papa rock tidaklah bermakna lagu-lagu yang dia dendangkan boleh menyebabkan anak tekak tercabut. Aku bukanlah peminat tahap “minta sain di bahu” beliau. Namun kebanyakan lagunya menemani aku ketika aku membesar, dan melebar, tentunya. Anda juga mungkin mempunyai rasa yang sama. Proud to have him in the industry.
Lagu-lagu yang Uncle Ramli Sarip nyanyikan malam tu pula, mostly mempunyai lirik yang sangat best! Puisi! jauh berbeza dengan kebanyakan lagu konvensional yang lebih befokus kepada “merayu si gadis untuk kembali ke pangkuannya setelah dia ditinggalkan akibat gagal SPM.”
Bukan Kerana Nama
Jangan kau pandang bubur yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang amoi yang seksi
Kerana dia bisa meracunmu
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang amoi yang seksi
Kerana dia bisa meracunmu
Jangan kau dengar gosip dan dusta
Kerana dia bisa merosakkan puasamu..
Doa Buat Kekasih
Puasa mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Menahan rakus angkara
Lupakan kuih bahulu
Teguhkan dulu imanmu
Doaku buat kekasih
Bandung cincau usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih
Menjadi lebih dewasa
Menahan rakus angkara
Lupakan kuih bahulu
Teguhkan dulu imanmu
Doaku buat kekasih
Bandung cincau usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih
Kamelia
Tiba-tiba puasaku terhenti
Sejuta godaan tak menahanku
Inginku maki tapi takut berdosa
Tak perlu kau berlari
Nanti batal puasamu lagi
Hari ini berbuka makan megi
Maka biarkan ia datang
Di hatimu..
Well, the above were some of the songs that he performed on that night. Of course, I manipulate some of the lyrics to suits our Ramadhan mood.
Final words, we are now almost halfway there. Be sure to make full use of this month ok~~ Selamat berpuasa, sekali lagi ikhlas dari saya dan isteri (yang mana masih menunggu untuk dikahwini)
*Sudir Suichi*
Fuh. Gambar Ramli Sarip pula yang banyak ni. Memang dia artis jemputan utama ka? Haha.
ReplyDeletehaha..
ReplyDeleteaku suka liriknya..
mmg mood raya btul.. XD
Hehe~nice entry..dan juga gambar tu..tebaek :D
ReplyDeletetu gambar yg numbul 1 tu sepa :P alalala tepaksa sa gunting myKAD sia ni..
ReplyDeleteberapa hari jugak ni tewas. adeh.
ReplyDeletebestnya dapat pg program tu.
kita urang bai itu
ReplyDeleteabu bakar ellah...fewitttt
ReplyDeleteKak sekeluarga minat Abu Bakar Ellah....:D
ReplyDeletewahh cantek gambar incik sudir inikah lens 18-200mm yang ko gunakan itu..
ReplyDelete