Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Showing posts with label Tawau. Show all posts
Showing posts with label Tawau. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Sebuah Kisah bikin Panas klasik untuk masa depan.


Assalamualaikum

Pemanasan global semakin berleluasa. Salji di kutub utara semakin cair dan kesan rumah hijau semakin ketara. Mungkin sebab itu banyak perkara atau kejadian yang bikin panas berlaku di sekitar kita. Or maybe it is just me.

Ya memang aku panas dengan Yusry. Teganya dia merampas Lisa Surihani dari rakyat Malaysia. Tapi bukan itu yang hendak aku luahkan.

tawau

Pernahkah anda menaiki bas mini dari Lahad Datu ke Tawau? Jika iya, mungkin kita patut sesekali lepak bersama di ABC sambil berkongsi pengalaman. Bas mini disini merujuk kepada bas  yang stesennya itu terletak bersebelahan masjid daerah Lahad Datu.

Begini, seperti biasa, sebagai seorang guru yang jasadnya berada di LD tetapi hati, roh, semangat dan duitnya berada di Tawau, setiap hari jumaat aku akan bergegas pulang ke kampung halaman selepas habis menunaikan solat Jumaat. Biasanya aku membawa kereta, dan kadangkala aku menaiki jet peribadiku, namun hari itu terdetik hatiku untuk menaiki kenderaan awam.

Monday, December 26, 2011

Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau, AWESOME!!


Assalamualaikum

Semoga dunia berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Ini merupakan tugasan terakhir aku untuk Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang baru sahaja melabuhkan tirai dengan penuh bergaya, pada 24 Disember lepas.

Satu perkataan yang boleh aku gunakan untuk describe konsert itu: Total Extreme Awesome! Oh tiga perkataan sebenarnya. Apapun sekadar omongan tentunya tidak cukup untuk menggambarkan segalanya. Jadi untuk menggambarkan, kita perlukan gambar. kan? Masuk akal.. masuk akal..

konsert fenomena search tawau 3

Line up Search, ramai yang sudah tahu. Walaupun sudah bergelar otai dan datuk, energi dan showmanship mereka boleh menandingi anak muda yang baru lepas SPM. Malam itu aku berpeluang berada di hadapan pentas utama Konsert ini. Kebenaran untuk mengambil gambar aku manfaatkan sepenuhnya. Terima kasih kepada penganjur yang memberikan peluang satu dalam sejuta ini. So, Gambar Konsert Fenomena 30 Tahun Search, behold!

IMG_6344 copy
Stacy

Sunday, December 18, 2011

Countdown ke Konsert Fenomena Search, Tawau.


Assalamualaikum


Tahun 2011 sudah hampir melabuhkan tirai. Azam tahun baru? tentu setiap kita mempunyai satu. Aku boleh bagi satu contoh azam yang menarik : Menjadi anak yang baik dan berada pada kedudukan 10 terkacak di daerah Tawau menjelang penghujung 2012. Menarik bukan? Apapun azam anda, usaha untuk mencapainya itu yang akan menjadi kayu pengukur sama ada anda ini betul-betul jantan, ataupun  sekadar bercakap kencang sahaja.

Back to business, ini merupakan tugasan ke-3 aku sebagai salah seorang blogger untuk konsert Fenomena 30 tahun Search yang akan berlangsung di Kompleks sukan Tawau pada 24 Disember ini. Sudahkah anda membeli tiket? Jika belum, sila dapatkannya secepat mungkin kerana kumpulan Search bukanlah band yang kerap kita lihat perform di majlis orang kahwin. Mereka memegang status otai, yang sememangnya legend!

Kepada yang masih bingung mencari tiket, bolehlah merujuk entry aku yang sebelum ini untuk mengetahui outlet menjual tiket konsert fenomena search ini ok. Anda juga mungkin akan terserempak dengan team promo konsert ini di seantero daerah Tawau. Tiket juga boleh didapati dari mereka dengan harga hanya RM25.


Saturday, December 10, 2011

Konsert Fenomena 30 Tahun Search : 14 hari lagi bro!


Assalamualaikum

Kurang dua minggu dari sekarang, bumi Tawau akan menjadi saksi berlangsungnya satu konsert yang bisa saja akan terpahat sebagai konsert lagenda.


Jika anda memandu kereta anda yang belum tamat ansuran itu menyusuri jalan dari airport ke bandar Tawau, mungkin anda terserempak dengan banner dan banting Konsert Fenomena 30 Tahun Search. Yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 24 Disember ini. Countdown!

Satu yang menarik pasal konsert fenomena Search di Tawau ini, ialah harga tiket yang ditawarkan. RM 25 saja beb! Topup handphone sebanyak RM25, kemudian bergayut dengan awek. Sekejap saja sudah habis, dan awek akhirnya curang dengan lelaki lain. Baik pergi konsert Search!

Aku mengetahui pasal konsert ini ketika membaca akhbar secara online. Terpampang iklan konsert Fenomena Search yang ketika itu akan diadakan di Penang, KL, dan Johor. Well, biasalah, kerana disanalah lubuk tempat artis membuat konsert besar. Selang seminggu, aku terdengar desas-desus mengatakan konsert fenomena search ini akan turut diadakan di Tawau. Too good to be true, but really it is true!

Jadi, dimanakah dia tempat menjual tiket konsert fenomena 30 tahun search ini? Bagi warga Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak, dan Sandakan,ini dia jawapannya!


TAWAU:
Tawaunet - West Point Complex
Kak Midah Café - Air Panas
Kak Ruga Café - Sabindo Squere
Arena Café - Jalan Masjid
Wealthy Empire Management - Jalan Masjid
Kedai Runcit Hidayat - Tg Batu
MD Communication - Wisma Wakaf
Demi Pasific S/B - Pasar Tawau
AA Communication - Pasar Tawau
Nur Telekomunikasi - Pasar Tawau
Andyana - Bus Station
FPM Communication - Bus Station
Perniagaan Sin Lee - Bus Station
West Mobile - Bus Station
CCM Communication - Fajar
BB Mobile - Jalan Belian
Kedai Hello Communication- Merotai
My Mobile Workshop - Felda Umas
RH Communication – Kalabakan



KUNAK:
F1 Communication - Kunak Plaza


SEMPORNA:
Lam Collection – Semporna

SANDAKAN:

Southern Teleshop - Bandar Sandakan
Magic Colour Foto - Bandar Sandakan
Smart Com Teleshop - Pasar
City Enterprise - Sibuga
3G Mobile - Menara MPS



LAHAD DATU:
CK Mobile Sedco - Sedco Shophse
CK Mobile Perdana Town - Perdana Town
JC Phone Shop - Fajar
Hup Fatt - Jln Kastam



Sungguh banyak bukan. Detail lagi terperinci. Jangan pula selepas ini anda mengamuk di kaunter bas Tung Ma kerana mereka tidak menjual tiket konsert ini. Disana ada tiket bas untuk ke KK sahaja orait!

1 lagi peringatan, pastikan anda membeli tiket yang original. Rupanya persis seperti dalam gambar dibawah ini:



Sunday, December 4, 2011

Konsert Fenomena 30 Tahun Search, Live in Tawau


Assalamualaikum


Hari ini aku tiada gambar mahu dikongsi. Gambar banyak sebenarnya. Buktinya, kad memori aku penuh dengan gambar dua orang berlainan jantina yang ‘overdressed’ dan bermekap tebal. Berposing sakan di mana sahaja tetapi orang suka. Dalam bahasa saintifiknya, mereka digelar ‘Pengantin Baru’. Tahniah.

Ingin ku kongsikan disini satu event yang best, buat warga Tawau, khusus, dan seluruh warga Sabah, umum. Konsert Fenomena  30 Tahun Search yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada  24 Disember 2011. Yeay~

296265_287501621275658_287499904609163_1236239_1572854613_n

Saturday, November 5, 2011

Sudah bosan berkulit putih? Ini jawapannya!


Assalamualaikum dan salam Aidiladha

Hari raya Aidiladha, atau lebih gemar disebut, Hari raya haji, bakal menjelang tiba. Secara literalnya, hanya golongan Haji yang sepatutnya beraya sakan pada hari raya Aidiladha. Jadi jangan hairan jika bukan kanak-kanak yang datang bertamu meminta duit raya di rumah anda, tetapi golongan Haji. Sekadar gurauan. Jika merasakan ini melampau, tekanlah butang ‘X’ yang terdapat di hujung kanan atas skrin anda. Ataupun cabut betrai leptop anda dengan ganasnya.

Sudah lama aku tidak mempromosikan sesuatu yang menarik berkaitan hometown aku, Tawau. Ya aku masih sayang Tawau. Berwajah iras-iras Korea dan berpelat semenanjung tidak menghalang aku dari menyayangi Tawau. Sungguh memualkan, they say.

Tajuk post aku sudah menceritakan sedikit sebanyak. Tempat yang ingin aku bualkan ini mampu mengubah wajah anda dari mirip Aaron Aziz kepada mirip Will Smith dalam masa yang singkat! Jangan risau, anda masih kacak dan cantik. Itu semua benda yang abstrak.

Tempat yang aku maksudkan terletak nun di Pantai Tinagat sana. Mudah saja untuk sampai. Anda hanya memerlukan : Kenderaan yang belum tamat ccm, minyak kenderaan, dan mulut yang ringan untuk bertanya. Hey, I’m not a tour guide ok. Just a person lucky enough to have an overpriced camera and a sweet girlfriend.
IMG_8590 copy

Yep!! Kita sudah tiba. Apa yang menarik pasal tempat ini kemudian aku beritahu. Yang pastinya, pastikan anda bersiap sedia mental emosi, mengenakan pakaian yang sesuai, dan jangan lupa solat. Sekadar update status berbentuk kerohanian di Fb saja tidak memadai kalau solat tidak dilaksanakan.

Sunday, August 14, 2011

Tiada kalahnya..


Assalamualaikum


Sudah masuk hari ke 14 berpuasa. Tahniah aku ucapkan kepada kita semua yang setakat ini belum tumpas di pertengahan jalan. Semoga puasa kita valid disisiNya InsyaAllah.

Kelmarin merupakan hari pertama aku berbuka bersama keluarga. Tiada kalahnya! Walaupun tidak mewah, tidak penuh hidangan dimeja, dan mamaku berdoa terlalu lama, namun menikmati saat-saat sebegini bersama keluarga ternyata tiada kalahnya! Love my family!

Ok cukup. Mari lihat gambar artis. Walaupun mungkin tidak relevan dengan bulan mulia ini, but hey, everything has its bright side. Just think positive okay~!

Gambar-gambar ini aku amik semasa Program Juara Rakyat yang berlangsung di perkarangan Majlis Perbandaran TAwau dua minggu lepas. Bersama team TawauBloggers tentunya. Maaf aku tidak sempat share gambar-gambar ini kerana aku terlupa membawa kamera ke LAhad Datu haritu. DUhh~~

ABU BAKAR ELLAH

Kepada Sabahan yang tidak mengenali beliau, bolehlah menggunting MyKad anda kepada beberapa kepingan sekarang ok! Seniman berbakat besar dan mempunyai daya humour tahap dewa naga. Terasa kebas buah pinggang mendengar lawak beliau.

Tuesday, May 3, 2011

Suara Tawau Untuk 1Malaysia

Assalamualaikum

Aku : Pelajar sekalian, Insya Allah jika tiada halangan kita akan berpindah ke bangunan sekolah baru pada bulan 6 ni.
Student : Wah! ya ka cikgu! tidak sabar kami tau… macam mana bilik kelas di sana nanti? luas ka?
Aku : Luas! kamu bayangkan saja satu bilik darjah ada 3 whiteboard. Luas kan?
Student : Luasnya cikgu. Tapi susah la kami kalau begitu. Penat.
Aku : Kenapa?
Student : Ya la.. Kelas kami sekarang ada 1 ja whiteboard. Cikgu sorang saja yang masuk. Jadi nanti kalau ada 3 whiteboard, 3 orang cikgu la akan masuk tu kan. Mati la kami……

U made my day!!

Salam perpaduan. bagaimana? Sudah puas bercuti di hari pekerja? Walaupun dari segi literalnya, hari pekerja ialah hari dimana ramai pekerja bercuti, namun pada cuti hari pekerjalah banyak program-program dan aktiviti yang kita ikuti. Kadangkala aktiviti itu jauh lebih memenatkan dari bekerja pada hari biasa.

Hari keluarga syarikat, Keluar berkhemah bersama rakan, berpiknik bersama keluarga, semua itu merupakan contoh. Nah pada cuti hari pekerja baru-baru ini, Tawau juga ada mengatur beberapa program yang pastinya boleh menghitamkan lagi kulit anda. Namun, hikmahnya sememangnya jauh lebih bermakna dari kehitaman kulit yang anda peroleh.

Suara Tawau untuk 1 Malaysia. Merupakan 1 program menggalakkan aktiviti sihat warga Tawau khususnya mewujudkan satu peluang untuk belia menonjolkan kemahiran mereka dalam aktiviti di sepanjang program ini berlangsung.

Apakah dia kemahiran yang ingin ditonjolkan? kemahiran memicit jerawat?

IMG_1143 copy 

Wednesday, April 20, 2011

Good Morning Sir..

Assalamualaikum
Hampir dua minggu tidak mengupdate blog. Terasa suram sahaja disini. No worries, for now I’m here. Ternyata kesibukan dunia tiada penghujung. Walaupun kadangkala kita seperti tiada kerja, tapi tetap terasa sibuk. Agree?

Hari ini dengan penuh rasa poyo aku melangkah masuk di sebuah kelas untuk merilief seorang rakan setugas. Dengan membawa netbook jenama 1 malaysia, aku duduk di meja guru dan membuka netbook aku. Tanpa melihat ke arah student di hadapan, aku mengarahkan mereka untuk membuat kerja sendiri. Berlagak bukan? Macam aku seorang saja yang ada netbook.

Dan kemudian datang seorang pelajar dan berkata; “Cikgu, boleh pinjam pendrive? kami mau transfer lagu mp3 ke dalam leptop kami..”

IMG_0064 copy

Wah aku tiba-tiba rasa terkejut. How on earth did my students have access to all that stuff?? For a rural area students, that seems quite impossible. lalu aku pun memandanglah ke arah mereka semua. Wow! 9 orang pelajar mempunyai netbook di atas meja mereka. juga berjenama 1 Malaysia. Hilang mood berpoyo aku. Kalau aku punya tadi jenama canggih siikit tidak mengapa lah juga. Ini, sama jenis. Haha..

Thursday, April 7, 2011

Think your life is miserable?? Think again!


Assalamualaikum

Berapa kali kita merungut dalam sehari? 5 kali? 8 kali? berkali-kali?? Itulah perilaku makhluk bernama homosapiens ataupun manusia. Tidak kira hidup susah ataupun senang, keluh kesah tetap menjadi peneman harian kita.

kekerapan kita merungut mengalahkan wanita yang senggugut.
Kadangkala yang dirungut itu adalah benda yang tidak patut.
Tidak cukup makan terus merungut..
walaupun hakikanya sudah buncit di bahagian perut..
Member yang berbau mulut pun habis kena rungut..
Sedang kamu buat-buat donno ketika kentut..
Kerana itulah, wujud satu perkataan – SYUKUR.

Untuk mengetahui lebih lanjut bab syukur dan kufur ni, sila kunjungi ustaz atau ustazah berhampiran anda ok!

IMG_9938 copy

Di penghujung minggu lepas, di saat ramai individu berehat dirumah, ketika kapel-kapel hingusan berdating di highway, dan waktu keluarga berpiknik di Table, we from TBU headed on to the most un-favorite place, where people don’t wanna go in Tawau. Tapak Pelupusan sampah bukit Gemuk, Tawau.

Sunday, March 27, 2011

Kencing merata itu tidak baik ok!


Assalamualaikum

Ketika aku mula menaip post ini, kempen Earth Hour 2011 baru sahaja berakhir. Sememangnya aku tahu rumahku tidak akan mampu memberi sokongan. Kerana ketika ini parent aku sedang rancak menonton sinetron. Aku pula sedang bermain badminton tadi so agak mustahil juga untuk bermain badminton di dalam gelap kan. Datuk Lee Chong Wei pun akan menangis jika berada dalam situasi sedemikian.

Apapun tahniah kepada yang menyokong kempen ini. Hopefully we all really do the proper measures to save our earth. bukannya sekadar bercakap kencang dengan mengupdate status di FB tapi masih buang sampah merata.

Apa yang akan aku perkatakan pada kali ini, rasanya tidak jauh juga dengan kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar. Sesuatu yang kurasakan penting. Terbit dari hatiku ketika aku merayau seorang diri di bandar siang tadi. Sila baca tajuk Entry.

Kencing. Satu proses biologi yang kita semua jalani saban hari tanpa mengira waktu. Kena kencing pula ialah sejenis konflik  yang sering kita lalui terutama bila berkawan dengan orang yang kuat menipu. Antara kencing dan kena kencing, tentunya aku memilh kencing. ok merapu.

Air kencing adalah bahan kumbahan cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah yang dikenali sebagai kencing dan dikeluarkan melalui urethra. Ianya merupakan larutan lut sinar yang boleh kelihatan dari tanpa warna kepada warna ambar tetapi biasanya kuning jernih. Kandungannya? urea, larutan garam, dan sabatian organik. – Thank You Wikipedia.

Untitled-1 copy

Wednesday, February 16, 2011

Pokok Tropika Tertinggi di Dunia.. is in Tawau


Assalamualaikum

Salam Maulidul Rasul semua. Semoga hari sebegini kita hiasi dengan aktiviti yang berfaedah seperti mencukupkan tidur, berSMS bersama cewekku, menyiapkan kerja tertunggak dan makan megi dirumah. Hey that’s what I did ok.

Merujuk kepada tajuk, today I will make an entry on the highest tropical tree in the world. It exist right here in Tawau.

Manusia ni suka bagi tumpuan pada benda yang ada ‘TER’ di hadapan setiap perkataan. TERtinggi, TERpanjang, TERhebat, TERpantas, TERasi, dan sebagainya. So tidak hairanlah jika ada manusia yang sanggup TERjelajah serata dunia semata-mata untuk ‘TERjumpa penemuan hebat.

Pokok tropika tertinggi di dunia ni terletak di Taman Bukit Tawau, a.k.a Table. Untuk warga tempatan, Taman Bukit Tawau sudah tidak asing lagi kerana merupakan antara pusat riadah yang ‘easily reachable’. Sesuai untuk bermandi manda, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, ataupun meluangkan masa tidak berkualiti melihat anak muda berpelukan dan mandi dalam keadaan seksi.

Beberapa hari lepas kami kesana untuk menyaksikan sendiri khazanah Tawau ini. The awesome team, sisMaya, si Lisa, bro Budaini, adek si Lisa, dan tidak lupa Renjer hutan bertugas pada hari tersebut, Sankai.

table

Gambar di atas menunjukkan beberapa signboard yang anda akan jumpa semasa berhiking ke sana. Ya. Saya benarkan anda print out gambar ini sebagai panduan agar tidak tersesat. Lihatlah betapa mudahnya jika hendak melancong di Tawau. Kelayakan akademik yang tinggi tidak diperlukan. asal tahu membaca sahaja.

Saturday, February 12, 2011

Yang pertama kahwin ialah dia..

Assalamualaikum
Kahwin. bagi seorang lelaki ia adalah perkara kedua yang sangat dinantikan dengan penuh debaran selepas bersunat. Walaupun ketika berkahwin kek akan dipotong tidak seperti ketika bersunat, namun yah.. perasaan itu hampir sama. Mendirikan rumah tangga adalah impian setiap insan. Hatta Gay dan Lesbian pun mengimpikan untuk berkahwin meskipun mereka bernafsu songsang.

Jadi persoalan yang sering wujud dalam kalangan rakan taulan ialah, ‘siapa yang akan kahwin dulu?’

Adakah si A, si lubang hidung besar tapi tidak pernah kering dumpitnya?
Adakah si B, si kacak macho yang macam gigolo gayanya?
atau adakah dia si C, si cantik manis yang sudah pulih jerawatnya?

Jodoh di tangan Tuhan. Sukar untuk kita meneka sehingga kita diTag pada album kad jemputan di facebook.

Sekalung tahniah buat pemecah kebuntuan isu perkahwinan kami. Cik Nurul Huda. Atau lebih tepat lagi, Puan Nurul Huda. Dan tidak lama lagi, Mak Cik Nurul Huda. You are going to miss having the title ‘miss’ in front of your name. hehe.

IMG_8438 copy


Telah selamat diijabkabulkan pada 5 februari 2011 yang lepas dalam sebuah suasana majlis yang cukup gilang gemilang dan begemerlapan. Oh ya. Yang di atas itu ialah gambar beliau. Dan yang agak tersembunyi disebalik tabir itu tentulah suaminya. Encik Bak. Bukan mak andam mahupun penyanyi karaoke pada majlis tersebut.

Tuesday, February 1, 2011

Lion Dance is Tarian Singa..


Assalamuaalaikum

Pembiasan cahaya. Fenomena ini boleh berlaku apabila cahaya merembat melalui dua medium yang berlainan ketumpatan. Contohnya, apabila cahaya merembat dari udara ke dalam air. Satu contoh pembiasan yang biasa kita lihat dalan kehidupan seharian ialah, straw minuman di dalam gelas berisi air kelihatan bengkok. Satu lagi contoh ialah, kedalaman kolam kelihatan lebih cetek dari kedalaman sebenar. Pokoknya, pembiasan membolehkan kita tertipu dalam melihat.

Aku : Ok klas… Faham sudah kamu apa itu pembiasan ka?
Murid : Faham suda cikgu. Benda macam ni budak tadika pun tahu.
Aku : Wah..Bagus la kalau macam tu. Senang kerja. Hamdan! bolehkah kamu bagi lagi satu contoh pembiasan cahaya dalam kehidupan seharian selain yang cikgu bagi tadi?
Hamdan : Boleh cikgu! Contohnya begini ya. Pada suatu hari saya berjalan melalui sungai. Saya ternampak seekor biawak di dalam sungai itu. Saya pun terjun la untuk menangkap biawak itu. Setelah saya terjun, baru saya perasan itu bukan biawak. Tapi BUAYA. Gara-gara pembiasan cahaya, BUAYA itu kelihatan seperti BIAWAK cikgu.

---------------Damn funny..hehe-----------------

Chinese New year is around the corner. Buat sahabat-sahabat berbangsa cina dari pelbagai keturunan, selamat diucapkan. For your information, aku masih bujang dan layak menerima angpow. Baru-baru ini, 29 Januari 2011, Telah berlangsung persembahan tarian singa, ataupun lion dance di Dewan Masyarakat Tawau.

Seperti yang kita tahu dari jiran kita..trian Singa ni merupakan kebudayaan masyarakat cina. Sangat best pada hemat aku. The pic is mostly edited. Sudah lama tidak main lightroom. Cheers~~

IMG_7566 copy

Thursday, January 27, 2011

Festival Kebudayaan Tawau 2011.. Final Part: The Artist


Assalamualaikum

Kebaikan merentasi kaum. Merentasi zaman. Merentasi apa sahaja. Why do people look more on ‘the bad’ in people rather than ‘the good’? Aku juga bergelar ‘people’. Means aku juga sama. People are perfectly non-perfect. Dari serendah-rendah insan, hinggalah setinggi-tingginya seorang raja. Semua tidak sempurna.

So what is the point in hating others? buat apa nak benci pemimpin, bos, jiran, orang bawahan, hanya kerana mereka ada yang slek dimata kita? Yang paling tidak bole blah, bila kita benci orang yang nyata lagi bagus dari kita. Mahu benci pemimpin dan orang yang suka pemimpin, sedangkan dirinya juga mengharapkan gaji, bonus, dan subsidi dari kerajaan. Itu satu contoh.

Criticizing is far different than spreading hate. Banyak juga orang yang bagus dalam memberi teguran dan komen. Berhikmah, rasional, and non-emosional. Ada rakan aku yang begitu. Tapi ada juga yang lebih kepada kutukan tidak sedar diri. Nilailah diri kita disitu. If you’re that good, then why are you still here? why aren’t you the President of America? Hm.. aku pun selalu itu macam. isk..

Mukadimah saja. Mari teruskan. Suda 2 minggu festival kebudayaan Tawau melabuhkan tirai. Stage pun sudah tiada rasanya. Namun aku masih mahu post gambar walaupun pada kadar yang sangat lewat. Sudah tentunya akibat kesibukan dunia.

For the last part, I’ll focus on the artist. Yang perform pada malam tersebot ialah Heliza, Stacy, Vokalis Deb-Gab-C yang aku nda kenal namanya, Alex raja lawak, etc. Namun aku akan lebih berasa gembira jika Abu Bakar Ellah bersama si Om (Mat Congo) turut sama memeriahkan malam.

IMG_2035

Ni la Vokalis Deb-Gab-C tersebot. Popular dengan lagu Cinta Sakti, Merah, Marilah Maria, dan Maria Mahtijo (pembaca berita radio tu. hahaha).

Sunday, January 23, 2011

Festival Kebudayaan Tawau 2011.. Part 4 : The Dance


Assalamualaikum Pemirsa..

Sebagai seorang guru yang sampai kini belum menerima gaji, hidup aku terpaksa dicatu. Minum air kosong, makan yang ala kadar, dan berbelanja saving tahap naga. Hatta hendak beli selipar Jepun pun aku berfikir 5 kali dan bertangguh. Di situlah kita akan mula melihat betapa keluarga dan insan terdekat begitu menyayangi kita. Tiap minggu my parent akan bagi duit. Syukur. si Cewek pula sanggup bagi pinjam aku broadbandnya. sudah 3 minggu aku meminjamnya. God bless them.

Seperti mereka, aku juga mahu God bless Tawau. Biarlah Tawau bumi peladang dan bumi tempat lahir ramai insan macho ini juga menjadi maju dan berkembang seperti bandar-bandar lain di benua Asia. Atas dasar itu, aku secara jujur dan rendah diri merasakan Festival Kebudayaan Tawau ini merupakan platform terbaik untuk memastikan daerah ini turut dikenali seperti bandar-bandar lain.

Hari ini aku berkongsi pula sedikit gambar tarian etnik-etnik yang mengambil bahagian. Sebagai blogger dan photographer tegar, suasana sebegini sememangnya adalah makan malam bagiku. Anyway, a thousand thanks to TawauBloggers for having me onboard.

IMG_1442

Ini merupakan tarian pembukaan pada malam tersebut. Dipersembahkan oleh penari (mestilah kan..Hot smile) Apa yang dapat aku perhatikan tarian ini menggabungkan beberapa pakaian etnik seperti Bugis, Dusun, Melayu, dan sebagainya.

IMG_1441

Pada malam tersebut, pihak penganjur iaitu Majlis Perbandaran Tawau (MPT) telah menyediakan 4 skrin besar untuk tatapan pengunjung yang hadir. Bagi VIP pula (termasuk aku, haha) Kami dapat melihat tarian itu berlaku di hadapan kami. Sangat menarik.

Thursday, January 20, 2011

Festival Kebudayaan Tawau..Part 2: The Costumes


Assalamualaikum

Warga siber yang budiman, bertemu kita lagi pada hari yang agak mendung ini. Kain tidak kering, Underwear masih lembap.. Ini sememangnya mencacatkan kesempurnaan hari.. Tapi tidak mengapa, masih banyak benda yang boleh disyukuri.

On with the topic, kali ni aku mahu berkongsi lagi kehangatan Festival Kebudayaan Tawau 2011 yang berlangsung pada 14-15 Januari anjuran Majlis Perbandaran Tawau. Satu festival yang berjaya pada hemat aku. Sudah heboh ke serata dunia dengan bantuan alam siber dimana dunia wujud tanpa sempadan. Tidak perlu passport ataupun pas lintas untuk ke negara lain.

Malam itu aku bersama-sama rakan TawauBloggers (Maya, Lisa, Agus, Don dan Jeannie) berada live di tempat kejadian. Turut bersamaku beberapa rakan kamceng sejak zaman sekolah. Turut bersamaku juga beberapa ahli keluarga. Turut bersama juga…. ehm senang cerita hampir kesemua warga Tawau turun memeriahkan ok!

Kalau sudah namanya festival kebudayaan, sudah pasti kita akan lihat budaya. Pakaian dan kostum juga merupakan sebahagian budaya. Jujur aku katakan, terdapat beberapa pakaian etnik yang baru ku lihat pada malam tersebut. Itulah akibat jika dari kecil hanya terdedah dengan fesyen grunge, punk, hip hop. Kalau beruntung jadi baik pun, pakai baju Raihan seminggu sekali. Pakaian tradisi sendiri haram tak kenal.

IMG_1416
See? aku tidak kenal ini pakaian etnik mana. Kamu tahu tak? Ingin aku bertanya kepada si gadis ini tapi senyumannya buat aku tersipu malu (useh!).

Festival Kebudayaan Tawau 2011 menyaksikan lebih 20 etnik mengambil bahagian. Untuk orang sepertiku menghafal setiap nama pakaian mereka memanglah mustahil. That’s why I like camera. They told stories for me. And they do it better without words.

Tuesday, January 18, 2011

Festival kebudayaan Tawau 2011.. Part 1 : The Job


Assalamualaikum

Salam muhibbah kepada semua rakyat seantero Malaysia. Dengan penuh rasa syukur tanpa sebarang rasa takbur, aku berasa bangga kerana Tawau bumi tumpah darahku telah berjaya menganjurkan festival kebudayaan pada 14 & 15 Januari baru-baru ini. Satu Festival yang sangat menarik konsepnya, dan sudah pasti bakal menjadi identiti daerah Tawau pada masa hadapan.

Untuk entry kali ini, dan beberapa entry akan datang, aku akan berkongsi pengalaman aku yang turut sama menambah kuantiti hidupan yang membanjiri perkarangan Majlis Perbandaran Tawau pada malam penutupan. Yah.. Satu kekesalan yang masih menghantuiku sehingga hari ini, bila mana aku hanya mampu hadir semasa malam penutupan. Itulah perbezaan hidup bekerja di luar daerah.

Thanks to my fellow TawauBloggers team, merasa juga diri ini menjadi sebahagian dari event. Lawatilah blog mereka untuk cerita yang lebih menarik dan terperinci pasal Festival ini orait!

Aku tiba seawal pukul 6 di bandar Tawau. Jalan raya kesesakan bak merayakan hari kebangsaan. Banyak jalan ditutup namun semua itu tidak menghalang warga Tawau untuk turun memeriahkan. Waktu-waktu beginilah, parking menjadi isu utama. kereta semakin bertambah namun jalan raya tetap sama.

IMG_1385

Oh ya. Malam tersebut aku menggunakan kamera kawan. Dan dengan itu banyaklah kuantiti gambar yang tidak sempurna akibat ketidakmahiran aku. Apapun, pass media yang kami perolehi dimanfaatkan sepenuhnya. Rasa best pulak bebas merayau sana sini tanpa dimarahi pegawai keselamatan yang bertugas.

Namun kecekapan pihak penganjur mengawal keadaan sememangnya wajar diberikan pujian. Walaupun ini penganjuran kali pertama, kualiti penganjuran adalah memuaskan. MPT totally rocks man!

Thursday, January 13, 2011

Love Buzz.. Titanic versi Bugis


Assalamualaikum
[Aku mula berjogging..syabbas betta!!]

Kisah benar yang diceritakan ibuku:

Suatu masa dahulu, sebuah bot yang sarat dengan penumpang sedang dalam perjalanan dari Tawau (Malaysia) ke Sulawesi (Indonesia). Perjalanan kesana dahulu tidaklah seperti sekarang. Kadangkala mengambil masa hingga sebulan. Tu pun kalau anda tidak dibaham jerung lapar.

Dalam kalangan penumpang-penumpang yang ramai itu, ada seorang lelaki. Jack (bukan nama betul) namanya. Jika ada Hero, tentulah ada heroin. ganja, dan syabu. Heroin kita bernama Rose (pun bukan nama sebenar). Pada mulanya mereka tidak saling mengenali. Macam dalam cerita titanic tu jugak lah.

Nak dijadikan cerita, setelah separuh jalan membelah ombak dan badai, bot yang dinaiki mereka karam. Ibuku tidak cakap juga sebab apa. Yang pastinya bukan sebab melanggar ketulan ais. Malindo tiada ais ok! bot karam, penumpang pun mati lemas. melainkan mereka yang reti berenang dan bernasib baik sempat berpaut pada objek yang mempunyai daya apungan yang tinggi. Air laut yang disesarkan adalah sama nilai dengan jisim objek yang tenggelam. Archimedes Principle (can’t help it. I’m a physics teacher ok!)

Jack berjaya berpaut pada sebuah tong yang dicapainya. Sebagai lelaki budiman yang bujang, dia pasti akan menolong penumpang lain. Dia memaut seorang gadis yang sedang terkapai-kapai menanti lemas. Ya betul. Gadis itu ialah Rose. Mungkin ketika itu mereka tiada masa untuk menilai kehenseman dan kecantikan masing-masing. Sebab perjuangan untuk terus hidup itu yang penting.

sebelah tangan memaut pada tong, sebelah tangan lagi memaut seorang gadis. Dan anda berada in the middle of nowhere. Di tengah lautan. Jika anda menjadi Jack, apa anda lakukan? bermain Sony PSP? tentu tidak bukan. Berjuanglah untuk hidup. Apa yang membuat aku tersentuh, mereka masih solat walaupun dalam keadaan sebegitu. Yah.. tamparan hebat buat kita  yang baru sibuk sedikit pun sudah malas hendak solat.

1-2 copy
My Heart Will go On… Gambaq sekadar hiasan… Credit to momong and Wini

Wednesday, January 12, 2011

Tawau nan indah


Assalamualaikum


Tawau. Bumi kelahiran aku. Cantik tempatnya. Indah permai. Kaya dengan orang kaya dan khazanah alam. Tempat dimana jiwaku sentiasa terasa tenang walaupun aku berjalan seorang diri di bandar.

Wah mengapa aku sintimental pula ni… Mudah saja. Kini aku tidak bermastautin disana lagi. Atas faktor pekerjaanku sebagai seorang superstar yang membuat konsert di hadapan peminat 5 hari seminggu. Bila berada jauh, baru aku menyedari, there is no place like my home, my girlfriend’s home, and my hometown.

Setiap tempat ada keistimewaannya. Begitu juga Tawau. Mempunyai ‘killer song’ tersendiri. So aku hendak bercerita pasal makanan di Tawau. Ok anggap saja anda seorang anak muda yang ingin bercuti di Tawau. Aku akan membekalkan anda dengan beberapa fakta menarik dari buku ‘Eating in Tawau for dummies’. Keunikan Tawau, keindahan Tawau, segalanya di hujung jari anda.

Kemana saja anda pergi, faktor makanan akan menjadi satu isu. Sedap kah? Murah kah? bersih kah? Halal kah? Anda berada di tempat yang betul! Ingin makan seafood? Tawau ialah syurga. Jika di tempat lain wallet anda akan meraung tatkala ingin membayar untuk merasa seafood, di Tawau anda boleh memenuhi impian anda dengan harga yang sangat berpatutan. Hidangan ikan yang sangat pelbagai, sotong, udang, yang segar-segar bak hati yang berbunga.

IMG_6300 copy

Jom makan ABC. Terkenal dalam kalangan remaja yang gemar bersantai bersama rakan. ABC buah, ABC Milo, ABC Jagung, dan Ais Teler. Semua ada. Dan yang menariknya, Ia masih murah. Jika anda pow ABC rakan sekalipun, beliau tidak akan marah kerana dia boleh order ABC yang lain. Hehe. ini merupakan hidangan wajib cuba ok. Aku pernah ke bayak tempat di serata malaysia semasa belajar dahulu. Ikhlas aku katakan, Tawau punya ABC adalah antara yang tersedap, termurah, dan tersangat murah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!