Assalamualaikum
Pernahkah anda mengalami, sewaktu kecil dahulu, tatkala anda duduk semeja bersama ahli keluarga untuk menyantap makan malam, anda berkata :
Well, itu dialog biasa bagi kanak-kanak apalagi yang kerap dimanjakan. Kepada yang mempunyai banyak kesan parut akibat disebat dengan hos paip di sekitar punggung, sila abaikan dialog itu ok. Kerana aku tahu anda tidak mungkin berani komplen masakan parent anda kerana anda kerap disebat.
Anyway, selepas anda memberi komen seperti itu, pastinya ibu bapa anda memberikan respon seperti berikut:
“Bersyukurklah nak.. time mama kecik-kecik dulu, makan nasi lauk garam saja.. Lagi kasihan nak..”
Hm.. pada zaman tukar-tukar jantina seperti sekarang, makan nasi lauk garam semestinya satu kedaifan tahap tertinggi. Tapi parent kita dahulu, amatlah biasa dengan keadaan itu. Dan tidak sikitpun merasa terseksa. And they’re not complaining too, of course.
Now, cuba kita letakkan diri kita pada masa 20 tahun akan datang. Ketika itu anda adalah photographer terhebat, sudah tidak kacak, beruban, mempunyai 4 anak yang comel-comel, tapi bini masih slim dan adorable (It’s my dream family, actually)
Seperti hukum karma, berlakulah lagi sesi debat di atas meja makan bersama anak-anak anda…
“Euwww.. OMG!! apa ni daddy.. lauk hari ni langsung tidak sedap… grosss… duuuhhh~~~” – kata budak-budak tidak tahu rasa untung itu.
“Sabarlah nak.. dulu time daddy kecik-kecik dahulu, makan nasi lauk ayam KFC dengan pizza saja nak. Lepas tu makan McD kemudian desert makan Big Apple… lagi kasihan nak…”
Well said. Mungkin apa yang kita rasakan mewah pada hari ini akan menjadi makanan primitif untuk anak-anak kita. Zaman berubah. Macam juga harga minyak. Owh curse them!!
So much for the mukaddimah…
Sukan. Siapa tidak suka sukan. Orang yang tidak bersukan sekalipun minat menonton sukan. Dan kerjayaku membolehkan aku bergelumang dengan sukan, walaupun cuma pada peringkat sekolah sahaja. Kami berjemur beberapa hari dibawah terik matahari sehingga tona kulit berubah. No complaint, coz we are paid for it.
Ketika sekolah dahulu, sudah tentu anda mempunyai rumah sukan masing-masing bukan? tidak kiralah apa nama rumah tersebut. Yang pastinya semangat Asabiyah terhadap rumah masing-masing amatlah membara ketika itu walaupun rumah sukan itu bukan kita yang pilih.
Ketika inilah atlet sekolah menunjukkan kejagoan mereka. Dihadapan ratusan gadis yang sedang memerhatikan. Ketika ini jugalah pelajar yang jaguh dalam akademik kelihatan seperti loser. Nerd is not needed on this day. Agak keras kata-kataku. Tapi itulah kemeriahannya.
Dan pada hari ini jugalah, segala aktiviti menjerit beramai-ramai, bersorak sekuat hati, dan memberi psycho kepada pihak lain adalah tidak dilarang. Jika pada hari biasa seseorang pelajar yang kuat menjerit itu boleh dikatakan gila, namun pada hari sukan, khidmatnya sangat diperlukan untuk menaikkan semangat dan syahwat untuk memburu kejayaan.
Sebagaimana bersemangatnya pelajar, bersemangat lagi gurunya. Sorakan padu sentiasa diberikan. Bak kata pepatah, “pelajar kencing berlari, guru kencing di dalam tandas dan beristinjak tanpa menggunakan air”. FYI, my school has water issues. That’s why we get ‘hidup susah’ allowance.
Dahulu aku bersekolah di SMK Tawau. Agak terkenal sekolah itu ketika ini. Masyhur namanya hingga ke Lahad Datu. Menghadiri hari sukan di sana nyata jauh berbeza dengan tempat aku bekerja sekarang. Sekolahku dahulu mempunyai padang yang luas, kelengkapan dan fasiliti sukan yang lengkap, dan tenaga atlet adalah sangat ramai. Kerana pelajarnya ramai, tentunya.
Kini, aku bekerja di SMK Silabukan, Lahad Datu. Kami sedang berusaha membuat sekolah ini terkenal hingga ke Tawau. Menghadiri hari sukan disini memberi pengalaman yang nyata berbeza dari hidup di alam nyata. Sekolahku kini hanya menumpang di padang sekolah rendah yang tidak luas, manakala kelengkapan dan fasiliti sukannya berada pada tahap kritikal. Tentang tenaga atlet pula, dialah pelari pecut, dialah pelari jarak jauh, dialah peserta kawad, dan dia jugalah yang mengangkat tong minuman.
But hey, all those lack-ness doesn’t stop us from having fun. Walaupun baton kami diperbuat dari batang penyapu, dan trek larian 100 meter kami mempunyai selekoh, (wow!) semua itu nyata memberi sesuatu yang tiada di alam nyata. Dan ianya best!
Sebab tu juga, mereka yang buang bayi, dera anak sampai mati, adalah sehina-hina makhluk di seluruh sistem solar. Kerana mereka telah menafikan hak anak mereka untuk membesar dan merasai nikmat bersekolah. Sesungguhnya kita tidak tahu lagi bakal pemimpin negara, ulama’ terbilang, doktor dan professor 20 tahun akan datang berasal dari mana.
mungkin saja anak muridku yang part time menombak buah sawit akan menjadi pemain squasy ternama..
mungkin juga anak muridku yang hingus meleleh itu akan menggantikan Datuk K. Rajagobal…
Who knows…
Again, this is Jimmy. My cutest students. And maybe the most adorable life being in the entire universe. Tengok budak nih buat aku seperti hendak jual kamera agar aku dapat kahwin cepat dan ada anak. He he he. Daa~~
*Sudir Suichi*
we got the same 'lack-ness' in our school too... pdg pun menumpang jg, tp pdg kmu jaauuuuh lebi selamat dr kmi pnya.. wawawaaw~~
ReplyDelete-yvet-
dasyat gambar yg tunjuk slow motion tuh...cantek!!! seronok tgk hari sukan budak2 skolah...penat ckgu pun xper asalkan pelajar2 gembira bersukan
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeleteini merupakan kali pertama saya ke blog anda. agak tersentuh melihat sekali pintas entri anda ini. ya, tak dinafikan, dengan kesalnya saya juga begitu. tapi itu dahulu.
masa mendewasakan. tak mahu lihat lagi air mata org yg kita kasihi jatuh ke bumi. oleh itu, saya amat berhati2 bila mengatur kata agar tak terguris hati2 mereka ini, hati yg saya amat sy cintai.
jika pandang dahulu, kita ni nakal, aktif dan biasanya org panggil 'budak jahat', tapi kita tahu, keluarga juga tempat kita pulang. Ya, alhamdulillah, dengan adanya keluarga yg bertolak ansur, toleransi seadanya - 'budak jahat' pun boleh jadi baik.
berbalik kepada inti pati entri anda, masalah sosial dalam masyarakat kita ni dah lama berakar umbi, sejak dahulu lagi.
Relevan nya, kalau lihat zaman dahulu, ada banyak berita pasal isu masyarakat ni? Agak kurang kita dengar, sebab kita nak tak nak perkara buruk dihebahkan. Tapi sekarang ni media massa kita berlumba2 untuk mengaibkan masyarakat, hmmmmmphh, sepatutnya disalurkan idea dan cara yg mampu untuk mengurangkan kesan masalah sosial, bukan dengan membiarkan mereka mengerang, sakit.
oh2, setakat ni jer, kalau tersalah silap kata, i am sorry, huhuhu
ini temen yg aku inget,,, u always do something uniqe...
ReplyDeleteTu yang orang cakap, kesusahan/kekurangan tu yang akan selalu buat hidup kita bertambah manis, meriah dengan kenangan. Cuba tanya orang yang tidak pernah rasa hidup susah, apa kenangan manisnya yang tiada kaitan dengan duit. TIADA.
ReplyDelete"Mungkin saja anak muridku yang setiap hari mengembala lembu akan menjadi seorang ahli bina badan..
mungkin saja anak muridku yang part time menombak buah sawit akan menjadi pemain squasy ternama..
mungkin juga anak muridku yang hingus meleleh itu akan menggantikan Datuk K. Rajagobal…"
Aku suka quote yang ni. Especially the last part. Harap-harap martabat sukan di negeri kita ni dapat dinaikkan balik. Amin. ;)
wahhh!!! nice entri i'd ever read!!! fiza suke sukan.. dolu2 kalau kene dende lari keliling padang pon tak kesah...hehe..
ReplyDeletebtw suke pic kamoooo....nice shot buddy! keep it up yah!(^___________^)
bini slim n adorable ya? oh.semoga cita2mu tercapai...hehehehe. husband aku cita2nya pun bgtu, dan kini sudah tercapai.lalalalaaaa..HAHA.
ReplyDelete1st time here datang menjenguk. nice entry. :)
ReplyDeleteoke lagi tu sekolah still bersukan ats padang even kecik. msa saya jd cigu sandaran kejap dlu kat sekolah yang agak pendalaman, nak sukan terpaksa pinjam padang sekolah laen. n then training sukan untk luumba lari atas jalan tar. fuh ! sgt scary.
hehe ! i like part "daddy dlu kecik2 mkn mcD je, desert big apple" cam kurang derita je kan kalau nk bnding ns ngn garam. hik3 !