Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Monday, December 26, 2011

Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau, AWESOME!!


Assalamualaikum

Semoga dunia berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Ini merupakan tugasan terakhir aku untuk Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang baru sahaja melabuhkan tirai dengan penuh bergaya, pada 24 Disember lepas.

Satu perkataan yang boleh aku gunakan untuk describe konsert itu: Total Extreme Awesome! Oh tiga perkataan sebenarnya. Apapun sekadar omongan tentunya tidak cukup untuk menggambarkan segalanya. Jadi untuk menggambarkan, kita perlukan gambar. kan? Masuk akal.. masuk akal..

konsert fenomena search tawau 3

Line up Search, ramai yang sudah tahu. Walaupun sudah bergelar otai dan datuk, energi dan showmanship mereka boleh menandingi anak muda yang baru lepas SPM. Malam itu aku berpeluang berada di hadapan pentas utama Konsert ini. Kebenaran untuk mengambil gambar aku manfaatkan sepenuhnya. Terima kasih kepada penganjur yang memberikan peluang satu dalam sejuta ini. So, Gambar Konsert Fenomena 30 Tahun Search, behold!

IMG_6344 copy
Stacy


Kita tinggalkan dahulu seketika pakcik-pakcik Search ni. Gadis di atas ialah artis yang menjayakan persembahan pembukaan konsert fenomena ini. Stacy namanya. Bekas selingkuhan aku dahulu. Tampil dengan lagu-lagu terkininya yang hit, membuatkan penonton berkeringat kencang sebelum Search naik ke pentas. Made in Sabah, Tahniah!

IMG_6431 copy
Amy Search

Sudah menjadi Lumrah konsert besar sebegini, yang paling menjadi isu ialah soal kawalan keselamatan. Tentunya, yang dipertanggungjawabkan adalah Bodyguard, Rela, JPAM, dan Polis. Sepanjang pengalaman aku menghadiri konsert, inilah konsert yang paling terkawal. Mereka mampu mengawal keadaan dengan begitu baik sekali dan mencegah sebarang insiden yang tidak diingini negara.

IMG_6581 copy
Kid… Macam Slash pun ada bang!

IMG_6629 copy

Tidak lupa juga kepada pasukan keselamatan dan kecemasan yang bertugas di kawasan parking, pintu masuk stadium, dan kawasan pagar. Kemasukan barang-barang terlarang seperti rokok dan lighter ke dalam stadium adalah sangat minimum. Kenderaan juga berada dalam keadaan selamat. Buktinya, kereta aku masih kelihatan kotor dan tidak bercuci ketika aku balik dari konsert. Tiada yang mengganggu.

IMG_6511 copy
Din & Kid.. Guitar Hero

IMG_6575 copy
Nasir…Cool bangat dia nih

Pada malam fenomena tersebut, Search membawakan lebih 20 lagu untuk sajian hadirin. Jumlah penonton yang hadir pulah, dianggarkan sebanyak 15000 orang. Terbaek! Mungkin sebab tu Amy menggelar Tawau sebagai ‘City of Rock’.

IMG_6752 copy
IMG_6522 copy

Kualiti sound system kosert pula bagaimana? Konsert Fenomena 30 Tahun Search sudah sememangnya gah di negara kita. Tentunya nama itu tidak akan gah sekiranya kualiti suara adalah pada tahap Karaoke Box. Instrumen yang digunakan adalah berkualiti, ditambah pula dengan pengendalian yang cekap dan profesional. Cakap panjang pun tidak guna, pokoknya siapa yang hadir malam tu pastinya bersetuju denganku.

konsert fenomena search tawau 1

Jika dilihat pentasnya pula, pasti akan merasa diri anda bagai berada di Woodstock. Tidak kira anda berdiri jauh atau dekat dari pentas, kita tetap dapat melihat kelibat Amy di atas pentas dengan jelas. Dan jika itu masih tidak cukup, dua layar skrin sudah pasti dapat memenuhi kekosongan jiwa anda.

IMG_6662 copy
IMG_6423 copy
The man behind the Drum.. Yazid

Aku sebagai warga Tawau, turut merasa bangga kerana event sebegini diadakan disini. Dan yang paling membanggakan, konsert kali ini tidak dicemari sebarang pencemaran akhlak yang boleh merosakkan nama daerah kita. Tahniah lagi~

Akhir kata, sekalung penghargaan dan tahniah kepada penganjur utama konsert fenomena search di Tawau ini, iaitu Universal Credential atas kesudian membawa Search ke Tawau. Juga kepada mereka yang membantu menjayakan, polis, rela, PBSM, krew konsert, penonton, dan banyak lagi. That night was truly awesome dude!

IMG_6844 copy

Tidak lupa juga kepada geng Tawaubloggers, MyTawau, and Tawaurian. Keep on rockin’ Tawau scene orait!

Oh ya.. Sebenarnya untuk tugasan ini, aku dikehendaki menceritakan pengalaman paling manis aku semasa kosert. Apakah dia? Pengalaman dimarahi seorang pak cik kerana aku menghalang penglihatan beliau semasa beliau asyik melayan lagu Stacy. Bro, anda rock! dan anda Hard!

Sekain dahulu buat ketika ini. Gambar selebihnya akan aku upload di Flickr aku, dan juga di page Facebook TAWAURIAN. This is me Sudir Suichi reporting live to you from Tawau, the city of Rock n Roll.

377051_345665842113481_100000102030842_1506527_663633667_n
~Gambar yang buat aku nampak kurus sajalah yang akan aku upload~

*Sudir Suichi*

6 comments:

  1. mantapppp..... gambar2 yang menarik.. terpaksa beli kamera macam ni gak la.. ehehe

    ReplyDelete
  2. Fuhhh, mantap joooo... lagipun Tawau kan lubuknya rockers2... huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. nice & great momentz of rock n roll.mmg AWESOME!!!

    ReplyDelete
  4. mantap memang mantap..tp sound sistem out!!!

    ReplyDelete
  5. ini yang di panggil ROCKSTAR macam gantung lagi ni masih ter bayang2 dalam ingatan kehadiran mereka...tu.... betul2 hauliau......mantap...cuma kecewalah sedikit tak ada gambar abg yazid di atas tu.....hanya set drum je yang nampak kalu boleh tolong masukkan dalam album tu baru lengkap....SEARCH.....kkk....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!