Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Saturday, August 6, 2011

Seronok puasa atau puasa seronok?


Assalamualaikum


Tajuk post adalah petikan dari status FB rakanku. Sangat menarik untuk difikirkan di kala lapang. Apalagi ketika anda melepak di beranda rumah sambil menghisap rokok malboro yang diseludup. Fuh.. *Rokok membahayakan kesihatan*

Sebelum itu, rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat anda semua diluar sana. Semoga bulan mulia ini menjadi platform untuk kita semua menjadi hamba yang lebih humble, dan bukannya hampeh. Ikhlas dari saya dan isteri. (Masih mengumpul duit untuk mendapatkan Isteri sebenarnya).

Puasa. Satu kewajipan yang jatuh wajib kepada seluruh umat Islam dan terkandung sebagai salah satu elemen dalam rukun Islam. Dalam erti kata mudahnya, jika tidak mahu masuk neraka, berpuasalah anda wahai sahabat.

Selain ganjaran pahala, apakah yang membuatkan puasa ini seronok? Banyak! Kamu semua pun tahu kan. Tapi jika kita melihat dari kaca mata mereka yang tidak puasa, mungkin apa yang mereka rasa itu tidak sama dengan insan berpuasa. Ya.. kaca mata mereka jenama Ray Bann. Mereka berbangga dengan kaca mata mereka walhal ianya dibeli di pasar malam sahaja.

Bagi mereka berpuasa adalah lebih sengsara dari mengikuti pertandingan tarik tali di bawah panas terik. Lebih menyusahkan dari membuat assignment rakan, dan lebih memenatkan dari mengira butiran pasir di gurun Sahara.

sb5


Yup..Tarik tali. Akhirnya aku berjaya mengaitkan apa yang aku cuba sampaikan dengan gambar yang aku ada. Yeah!!



Kadangkala sampai satu tahap, ada insan yang berani makan dan minum di tempat terbuka tanpa sedikitpun rasa bersalah. Jam menunjukkan pukul 1 petang, bertempat di pondok bas, dan menunya ialah chicken chop. Fuh aku pun jadi lapar. Astaghfirullah..

Ok lupakan mereka. Di bulan puasa, waktu makan kita berubah. Dan aktiviti harian kita juga sedikit sebanyak telah dimodifikasi mengikut kesesuaian waktu. Pulang kerja awal, agar sempat mengunjungi bazar. Beraneka jenis juadah untuk berbuka, pada harga yang berpatutan, membuatkan kita menjadi rambang mata untuk memilih.

Tidak lupa juga si gadis seksi di bazar itu. Beraneka jenis fesyen mereka gayakan,segalanya terbuka, sungguh tidak berpatutan, dan meliarkan mata mereka yang melihat. Bagi lelaki normal, sudah tentu mereka akan terkeliru, yang mana satukah juadah berbuka sebenarnya. Ini masalah masyarakat kita.

sb6

Banyak lagi benda-benda yang mungkin bagi kita remeh, namun sememangnya boleh mengurangkan pahala puasa kita. Untuk keterangan lanjut sila rujuk nota pendidikan Islam form 4 yang difotostet oleh ustaz Tajul, ustaz aku masa sekolah dahulu.

Puasa dan gastrik. Puasa dan pitam. Puasa dan malas. Puasa dan boros. Dewasa ini puasa semakin sinonim dengan pasangan yang kusebutkan tadi. Apatah lagi dalam masyarakat kini yang bertuhankan hedonisme. Dia mungkin saja berpuasa, tapi mungkin juga tidak sembahyang.
Kenalkah anda denga Rhoma Irama? Jika anda peminat dangdut berkonsepkan ketuhanan, pasti kenal dia. Inilah lagu beliau yang paling aku suka.. boleh layan sambil tripping




sb4

Final words, selamat berpuasa ok! biarlah kita seronok berpuasa dan pada masa yang sama berpuasa dengan seronok. Dalam pada kita menahan lapar dan dahaga, kita masih mampu mengukir senyuman manis semanis kurma Yusuf Taiyob.

**Sudir Suichi**

7 comments:

  1. erm ada jugak yang tanpa segan silu jual makanan tgahri2. islam pulak tu yang menjualnya. ish3!

    btw slmt m'jalani ibadah puasa dari cik pieQa dan suami terchenta (masih menunggu lamaran dr suami sebenar) hahaha . .

    ReplyDelete
  2. uii semmat la makan ciken chop d pndok bas.. haha..

    ReplyDelete
  3. Puasa dan gastrik= alasan....
    Puasa dan boros= kawan baik...

    ReplyDelete
  4. Puasa dan gastrik= alasan
    Puasa dan boros= kawan baik.

    Salam ramadhan.

    ReplyDelete
  5. Gadis seksi, bukan dalam bulan Ramadhan pun ada. Itu memang tidak dapat dielakkan. It can't be help, lagi-lagi kalau si gadis tu memang non muslim. So, it's up to us la kan macam mana mau kontrol pandangan mata tu sendiri. Haha.

    Btw, selamat berpuasa, bos!

    ReplyDelete
  6. puasa itu rahmat..tapi ramai yang tak nak ambik.. ada jugak yang mencemarkan kemuliannya...
    dan ramai jugak yang mencari rahsia dan ganjaran berharga...


    oh gambar yang paling atas tu cukup untuk menggambarkan kesengsaraan tarik tali
    :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!