Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Thursday, January 20, 2011

Festival Kebudayaan Tawau..Part 2: The Costumes


Assalamualaikum

Warga siber yang budiman, bertemu kita lagi pada hari yang agak mendung ini. Kain tidak kering, Underwear masih lembap.. Ini sememangnya mencacatkan kesempurnaan hari.. Tapi tidak mengapa, masih banyak benda yang boleh disyukuri.

On with the topic, kali ni aku mahu berkongsi lagi kehangatan Festival Kebudayaan Tawau 2011 yang berlangsung pada 14-15 Januari anjuran Majlis Perbandaran Tawau. Satu festival yang berjaya pada hemat aku. Sudah heboh ke serata dunia dengan bantuan alam siber dimana dunia wujud tanpa sempadan. Tidak perlu passport ataupun pas lintas untuk ke negara lain.

Malam itu aku bersama-sama rakan TawauBloggers (Maya, Lisa, Agus, Don dan Jeannie) berada live di tempat kejadian. Turut bersamaku beberapa rakan kamceng sejak zaman sekolah. Turut bersamaku juga beberapa ahli keluarga. Turut bersama juga…. ehm senang cerita hampir kesemua warga Tawau turun memeriahkan ok!

Kalau sudah namanya festival kebudayaan, sudah pasti kita akan lihat budaya. Pakaian dan kostum juga merupakan sebahagian budaya. Jujur aku katakan, terdapat beberapa pakaian etnik yang baru ku lihat pada malam tersebut. Itulah akibat jika dari kecil hanya terdedah dengan fesyen grunge, punk, hip hop. Kalau beruntung jadi baik pun, pakai baju Raihan seminggu sekali. Pakaian tradisi sendiri haram tak kenal.

IMG_1416
See? aku tidak kenal ini pakaian etnik mana. Kamu tahu tak? Ingin aku bertanya kepada si gadis ini tapi senyumannya buat aku tersipu malu (useh!).

Festival Kebudayaan Tawau 2011 menyaksikan lebih 20 etnik mengambil bahagian. Untuk orang sepertiku menghafal setiap nama pakaian mereka memanglah mustahil. That’s why I like camera. They told stories for me. And they do it better without words.

IMG_1614 copy

Proud to be a Bugisian. Walaupun baju tradisi kami dipanggil baju Bodo, tapi anak bugis ramai yang pandai-pandai belaka. Haha. Yang awek kat atas ni pakai sudah evolve sikit designnya. Kalau yang biasa mamaku pakai waktu muda-muda dulu lagi ganas. 50% transparent dan menyerlahkan semua isi perut bumi. Tapi sekarang ok dah.

festival kebudayaan tawau1

Pakaian biasanya didominasi oleh kaum hawa. Tapi perlu diingat, jika lelaki sudah pandai bergaya, wanita boleh saja tergugat. Hehe. Segak bergaya. Yang kiri tu ialah hulubalang Melaka yang kerja part time jadi konco Hang Tuah manakala yang kanan merupakan orang kanan Paduka Mat Salleh (Aku main-main saja…)

festival kebudayaan tawau2

Ini pula etnik Toraja dengan pakaian tradisi mereka. Kaum ini berasal dari Sulawesi Indonesia. Sama juga la ceritanya macam Bugis. Mereka tinggal di area bukit dan pergunungan di Sulawesi. Tetapi di Tawau, mereka tinggal di Taman Sri Indah (jangan ko marah mond..Smile with tongue out)

festival kebudayaan tawau3

Satu-satunya etnik yang diwakili dua pasukan. Butun wakatobi dan Butun Bau-Bau. Kepada rakan di semenanjung Malaysia, pasti ramai yang tidak pernah mendengar pasal kaum ini. Haaa.. ni cek nak habaq ni.. Aku ada kawan berbangsa Butun yan tinggal di Semenanjung sekarang. Mahir berbahasa semenanjung sudah.

IMG_1717

Festival Kebudayaan Tawau 2011 ini juga dimeriahkan dengan penyerertaan etnik Cocos. Berasal Dari kepulauan Cocos (dekat Australia sana) dan banyak menetap di kawasan Balung. Pakaian etnik mereka memang best. Begitu juga dengan budaya dan adat mereka. Aku pernah menghadiri majlis perkahwinan etnik Cocos. Best. Cewek Cocos pun chanteq-chanteq juga tau. best. Smile

festival kebudayaan tawau4

Ini pula kontinjen dari negara serumpun kita, Indonesia. KALTIM di atas tu bermaksud Kalimantan Timur orait. Lebih spesifik lagi, mereka dari Pulau Nunukan. Tempat makcik aku. Best disana. Transit jika hendak ke Indonesia. Persembahan mereka malam tu, fuh 5 bintang saya kasi. Terbaek dari ladang seberang!

festival kebudayaan tawau5

Who said Iban only lives in Sarawak? Tawau Sabah also have maaa… Menghangatkan lagi Festival Kebudayaan Tawau 2011, Etnik Iban tampil dengan pakaian tradisi mereka yang sangat indah dan disukai oleh aku. Kamu pun mesti suka. Open-mouthed smile

Setakat itu saja dahulu untuk kali ini. Nantikan part 3 for more pics of this event. Aku mahu mandi, kejap lagi nak ke sekolah. Chaw~~

SudirSuichi

6 comments:

  1. ooo... baru taw, byk lagi rupanya etnik2 di tawau ni.. eemmm.. belum pernah lagi sampai sana..

    ReplyDelete
  2. banyak pakaian etnik di sabah ye?

    ReplyDelete
  3. sangat menarik..
    lagi-lagi tengok baju2x mereka
    bukan selalu dapat tgk
    Selamat ada blog nie
    leh jugak Tahu..

    ReplyDelete
  4. ingat pulak time dicerak dulu2..wahaha mesti ada cewek yang pakek pakaian bugis..hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!