Assalamualaikum
Tawau. Bumi kelahiran aku. Cantik tempatnya. Indah permai. Kaya dengan orang kaya dan khazanah alam. Tempat dimana jiwaku sentiasa terasa tenang walaupun aku berjalan seorang diri di bandar.
Wah mengapa aku sintimental pula ni… Mudah saja. Kini aku tidak bermastautin disana lagi. Atas faktor pekerjaanku sebagai seorang superstar yang membuat konsert di hadapan peminat 5 hari seminggu. Bila berada jauh, baru aku menyedari, there is no place like my home, my girlfriend’s home, and my hometown.
Setiap tempat ada keistimewaannya. Begitu juga Tawau. Mempunyai ‘killer song’ tersendiri. So aku hendak bercerita pasal makanan di Tawau. Ok anggap saja anda seorang anak muda yang ingin bercuti di Tawau. Aku akan membekalkan anda dengan beberapa fakta menarik dari buku ‘Eating in Tawau for dummies’. Keunikan Tawau, keindahan Tawau, segalanya di hujung jari anda.
Kemana saja anda pergi, faktor makanan akan menjadi satu isu. Sedap kah? Murah kah? bersih kah? Halal kah? Anda berada di tempat yang betul! Ingin makan seafood? Tawau ialah syurga. Jika di tempat lain wallet anda akan meraung tatkala ingin membayar untuk merasa seafood, di Tawau anda boleh memenuhi impian anda dengan harga yang sangat berpatutan. Hidangan ikan yang sangat pelbagai, sotong, udang, yang segar-segar bak hati yang berbunga.
Jom makan ABC. Terkenal dalam kalangan remaja yang gemar bersantai bersama rakan. ABC buah, ABC Milo, ABC Jagung, dan Ais Teler. Semua ada. Dan yang menariknya, Ia masih murah. Jika anda pow ABC rakan sekalipun, beliau tidak akan marah kerana dia boleh order ABC yang lain. Hehe. ini merupakan hidangan wajib cuba ok. Aku pernah ke bayak tempat di serata malaysia semasa belajar dahulu. Ikhlas aku katakan, Tawau punya ABC adalah antara yang tersedap, termurah, dan tersangat murah.
Pernah dengar Nasi lalap? My feveret ok! sungguh sedap sehingga mahu lapar lagi buat kali kedua. Hidangan ini pasti tidak akan megecewakan anda. Dua ketul ayam goreng yang garing beserta sayuran segar dan sambal yang ‘kick’ sudah cukup untuk menyempurnakan hari anda. Hidangan ini juga terdapat di beberapa daerah lain. Dan di Tawau, sangat banyak premis makanan yang menawarkan menu ini. The best!!
Kedudukan daerah Tawau yang berhampiran dengan dua negara jiran iaitu indonesia dan Filipina mempengaruhi jenis menu makanan disini. Senang nak cerita, jika teringin hendak merasa makanan dari negara jiran tersebut, welkam to Tawau! Bakso, coto, Gado-gado, semua itu sudah menjadi satu identiti disini. Rasanya masih terpelihara. Original kata orang Bugis bone.
Pernah makan nasi campur dengan harga RM2.00? Jangan terkejut. Tawau masih ada. Nasi Bambong namanya. Menu itulah yang membesarkan aku. Sudah lama tidak ke sana.
Itu baru pasal makanan. Banyak lagi benda best di daerah Tawau ni untuk kita nikmati bersama. Selain kaya dengan sumber makanan laut yang segar, terdapat juga pusat pelancongan yang kaya dengan flora dan fauna, seperti pokok tropika yang tertinggi di dunia. Tidak lupa juga 2 padang golf yang terkenal, muzium koko dan sebagainya.
Jadi tidak hairanlah Tawau juga merupakan antara destinasi wajib terjah di negara kita. Aku suka menjelajah ke tempat-tempat lain di sekitar Malaysia. Namun bak kata orang, hujan emas di tempat orang, aku bawa payung dari tempat aku. Kalau bukan kita yang sayang hometown kita, siapa lagi kan?
Satu lagi benda menarik pasal Tawau ni, ialah kepelbagaian kaum dan budaya yang terdapat disini. Seperti yang kukatakan di atas, Tawau ni sangat hampir dengan beberapa negara jiran. Oleh itu, Tawau menjadi pusat pertembungan budaya dari banyak tempat dan hasilnya, wujud kepelbagaian adat dan resam yang menjadi identiti Tawau pada hari ini. Contohnya, kaum Tidung, Cina, Murut, Penan, Lundayuh, Bajau, Bugis, India, Jawa, Toraja, Butun, Iban, Kokos, Sulug, Pakistan dan Bisaya. Sila ternganga sekarang sebab saya tahu di tempat-tempat lain mungkin kaum-kaum ini tidak wujud.
Atas dasar ni, aku nak promote korang untuk datang ke Tawau pada 14 & 15 Januari 2011 ni. Akan berlangsungnya Festival Kebudayaan BIMP-EAGA 2011. Festival ini akan menghimpunkan kebudayaan dari negara-negara BIMP-EAGA dan Singapura. Antara pengisian festival ini adalah pameran kebudayaan dan kraftangan, persembahan tarian kebudayaan, perarakan berpakaian mengikut suku kaum, persembahan muzik tradisi dan nyanyian.
Menarik bukan? bila lagi nak kenal adat dan budaya kaum lain? sekaranglah masanya. Tahniah diucapkan kepada Majlis Perbandaran Tawau di atas inisiatif mereka mempromosi daerah ini di mata masyarakat luar. Cayalah!
Anyway, aku akan rush untuk balik pada Sabtu ini. dengan harapan ada secebis event yang boleh ku rakam menggunakan kameraku. Ingin turut sama merasa kemeriahan. So jumpa di sana okay! Sekian.
salam
ReplyDeletewow tawau yang menarik
terasa nak ke sana :)
ko buat aku mo balik tawau!!!
ReplyDeletehuaaa.....mac byk tmpt lg aku blom explore.....
blk nnt mmg ku round abis la......
miss tawau so much!!!
Blek ka gak ko??mls aku gerakan sendiri2 klu d tpt ramai org...
ReplyDeletekene jln2 pegi tawau nie.. =)
ReplyDeletepadaiddi...pula macam mana...jangan ko lupa ba...sudir.....
ReplyDeleteSalam, dik sudir. Kak belum pernah lagi jalan2 pi Tawau. Dengar nama2 makanan saja pun terliur sudah ni, hehe.......
ReplyDeletewahh aku maw tul gi tawau..kwan aku sllu cta sal nasi lalap..hik3
ReplyDeletetawau mareeeee.
ReplyDelete