Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Thursday, April 7, 2011

Think your life is miserable?? Think again!


Assalamualaikum

Berapa kali kita merungut dalam sehari? 5 kali? 8 kali? berkali-kali?? Itulah perilaku makhluk bernama homosapiens ataupun manusia. Tidak kira hidup susah ataupun senang, keluh kesah tetap menjadi peneman harian kita.

kekerapan kita merungut mengalahkan wanita yang senggugut.
Kadangkala yang dirungut itu adalah benda yang tidak patut.
Tidak cukup makan terus merungut..
walaupun hakikanya sudah buncit di bahagian perut..
Member yang berbau mulut pun habis kena rungut..
Sedang kamu buat-buat donno ketika kentut..
Kerana itulah, wujud satu perkataan – SYUKUR.

Untuk mengetahui lebih lanjut bab syukur dan kufur ni, sila kunjungi ustaz atau ustazah berhampiran anda ok!

IMG_9938 copy

Di penghujung minggu lepas, di saat ramai individu berehat dirumah, ketika kapel-kapel hingusan berdating di highway, dan waktu keluarga berpiknik di Table, we from TBU headed on to the most un-favorite place, where people don’t wanna go in Tawau. Tapak Pelupusan sampah bukit Gemuk, Tawau.

IMG_9939 Panorama copy

A quick brief about the place : Kawasan yang lapang, dipenuhi sampah, dihiasi ‘wangian’ yang selayaknya tempat sampah ada, dan banyak bangau. Ya anda dibenarkan berasa geli. Tapi ingat! semua sampah yang terdapat disini adalah hasil ‘belas ihsan’ anda semua juga, warga Tawau.

Untuk apa kami kesini? Sudah tentu untuk merungkai kisah kehidupan mereka yang menjadikan tempat ini sebagai tempat pencarian. Ya itu yang kami lakukan. Bukan pasal bangau itu yang kami rungkai kerana kami bukan petugas National Geographic.

Melayan penulisan aku, anda mungkin tidak akan terasa apa-apa kesan di hati. oleh itu, aku cadangkan anda lawat saja blog official TBU kerana dengan membaca penulisan disana anda mungkin akan menangis, apatah lagi jika anda peminat rancangan “Bersamamu”.

IMG_9928 copy

Kita mulakan dengan si kecil ini. Bayangkan, di usia seawal ini dia tinggal bersama keluarganya di Tapak pembuangan sampah. Di situlah dia bermain, disitulah dia makan, tidur, dan segalanya. Mungkin gambar ini memperlihatkan emosi kesusahan yang dia dan keluarganya hadapi, namun ada juga masanya aku melihatnya tersenyum riang dan ketawa. Yah.. dia sudah biasa dengan kehidupan sebegitu.

Dia terpaksa hidup disini. Dihiburkan dengan lori sampah yang lalu lalang dan kicauan bangau berkeliaran. Sedangkan kanak-kanak lain diluar sana dihiburkan dengan Sony Playstation 3 dan membesar mendengar lagu Justin Bieber.

IMG_9935 (2) copy

Nenek ini pula merupakan orang pertama yang kami temubual. Sudah tinggal disini agak lama rasanya. (bukan aku yang interview so aku tidak tahu.. Winking smile) Menjadikan aktiviti mengutip bahan buangan untuk dikitar semula sebagai mata pencarian, nenek ini merupakan antara pekerja disini. Disatu ketika aku melihat dia memikul seguni sampah yang 4 kali ganda lebih besar dari jasadnya. Walaupun itu cuma plastik sahaja, bagi seorang nenek, tidakkah itu sesuatu yang extreme?

I wonder if she has a son/daughter? where are they? Di usia begini seorang nenek selayaknya mendapat jagaan dari anak-anak mereka. Biarlah perkara yang memenatkan mereka itu hanyalah melayan karenah cucu sahaja.

IMG_9925 copy

Rumah anda sempit? bekalan air selalu putus? elektrik kadangkala mati? tiada Astru?? Think again! masih ramai lagi yang jauh lebih sengsara dari kita. Kurangkan rungut dan lebihkan syukur. Pesanan buat aku dan kita semua.

IMG_9946 copy

Bagi kanak-kanak di tempat lain, antara waktu yang best bagi mereka ialah berlari keluar rumah menyambut ibu atau bapa yang pulang menaiki kereta Avanjah, ejjora, ataupun bios. Kepulangan yang sangat dinanti setelah seharian berpisah kerana faktor pekerjaan. Si parent pula pastinya akan membawa hadiah atau makanan bagi menggembirakan si anak tadi.

Di tapak pelupusan sampah bukit gemuk ni pun lebih kurang juga ceritanya. Waktu yang best bagi mereka ialah berlari keluar dari teratak usang untuk menyambut si pemandu yang memandu lori sampah. Lori sampah itu biasanya berjenama toyota atau isuzu. Kedatangan yang sangat dinanti setelah seharian lori sampah itu mengutip sampah di sekitar Tawau. Si pemandu lori pula akan menggembirakan kanak-kanak yang menanti tadi dengan menghadiahkan mereka sampah sebanyak 1 lori.

IMG_9952 copy

What you give, we get it back. Itu motto mereka. Menyelongkar di segenap gumpalan sampah untuk mencari apa sahaja yang boleh dijadikan sumber rezeki. Terdapat beberapa kanak-kanak seusia si uztaz ini di kawasan tersebut. Hanya dua daripada mereka yang bersekolah. Kasihan.

IMG_9953 copy

Jika hendak dicerita betapa kita ini membazir dan merosakkan alam, sampai besok pun belum tentu habis. plastik contohnya, mengambil masa beberapa tahun untuk terbiodegradasi. Kitar semula dan guna semula merupakan jalan terbaik. Bagi aku, tapak ini seharusnya mewujudkan sistem pengasingan bahan buangan yang lebih teratur dan selesa untuk pekerja-pekerja mereka.

IMG_9918 copy

Satu benda yang menarik hari itu ialah, kewujudan sang bangau di sana sini. Pada mulanya aku menyangka depa ni penghuni tetap kawasan pelupusan sampah ini. Ternyata bukan. Penyelia kawasan ni cakap, depa ni akan berada disini setiap 6 bulan sahaja. 6 bulan lagi mereka terbang entah kemana. Mungkin ke sungai untuk mandi barangkali. Migration.

Namun kehadiran mereka ada himahnya. Wujudnya si bangau disini, langsung tiada ulat mahupun lalat yang aku temui. So bau sampah tidak melekat di baju. The wonders of nature. Everything exist for a reason.

IMG_9971 copy

Satu-persatu bahan buangan ini mereka asingkan untuk dijadikan mata pencarian. Di bawah terik matahari, dalam keadaan mencangkung, dan bernafas dengan haruman udara ‘berkualiti tinggi’. Jika ada lagi pegawai yang bergaji ribu-ribu dan hidup dalam penghawa dingin mengeluh pasal hidup, think again!

IMG_9970 copy

Tapi apa yang pasti, Dia tidak akan menguji kita dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi. Yakinlah bahawa setiap ujian yang kita terima adalah tanda kasih sayangNya kepada kita sang hamba. Sedangkan bunga boleh tumbuh mekar di kawasan seperti ini, apatah lagi manusia kan.

IMG_99631 copy copy

Rezeki itu ada dimana-mana. Terpulang pada kita bagaimana untuk memanfaatkan bumi ini selagi masa masih ada. Lihat saja tuan kita di atas ini. Tidak ku sangka sampai ke sini dia menjual kain. Bagus kau ni tuan..

IMG_9967 copy copy
**True friends are like… Forever*

Bukan taraf kehidupan yang menjanjikan kebahagiaan. Hidup di samping keluarga tercinta, sahabat-sahabat yang baik, dan pasangan yang sangat baik dan kiut (hehehe..) adalah sumber kebahagiaan yang utama. At least that’s what I think…

Dan bagi kita yang hidup agak selesa sedikit ini, jangan dilupa mereka yang hidup serba kekurangan. Sesungguhnya mereka bergelut dengan hidup serba kekurangan, tetapi kita ni akan hidup dalam keadaan serba tidak kena jika terlupa apa itu syukur.

And who knows, mungkin mereka yang hidup disekitar SAMPAH ini akan menjadi KAYA suatu hari nanti. Nyata jauh lebih bagus berbanding orang yang KAYA tetapi menjadi SAMPAH.. Think again!!

**Sudir Suichi**

6 comments:

  1. best..
    sangat sedih melihat mereka yang tinggal kat situ.
    :(
    mohon izin share link post ini.

    ReplyDelete
  2. aku suka ni.. =)

    masa aku keja banci dulu (area pedalaman), aku sedar byk perkara.. ada yg hidup lebih susah dari kita.. Skrg aku sentiasa bersyukur..

    ketawa sendiri aku part tuan jual kain tu.. kwn ku kata, bgus lau d upah tuan2 ni buat bancian sebab tempat paling pedalaman yang kita ndak tau pun drg masuk jgk.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Likesss....bestla entry ni...terkesan....

    ReplyDelete
  4. agak sedih jugak.. pernah pergi ke tapak pelupusan sampah di kayu madang. time hujan2 pun ada yg masih gigih mencari rezeki dibawah timbunan sampah.

    ReplyDelete
  5. mmmmm.. betul la.. manusia tak pernah berpuas hati dengan apa yang diorang miliki even yg dah ada 1 juta dalam akaun bank...
    diorang tak sedar ada lagi manusia yg lagi susah dari diorang..
    sesungguhnya entry ni menginsafkan aku...

    thanks 4 d entry...

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam~ fitrah yg bernama manusia..merungut dah jadi habit.tapi mommy bangga tentang kehidupan mereka....berusaha untuk hidup, tak meminta2..seperti setenggah orang yang kuat kudrat tagap tubuh..tapiiiii, hanya mmpu menadah tangan meminta ihsan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!