Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Thursday, January 13, 2011

Love Buzz.. Titanic versi Bugis


Assalamualaikum
[Aku mula berjogging..syabbas betta!!]

Kisah benar yang diceritakan ibuku:

Suatu masa dahulu, sebuah bot yang sarat dengan penumpang sedang dalam perjalanan dari Tawau (Malaysia) ke Sulawesi (Indonesia). Perjalanan kesana dahulu tidaklah seperti sekarang. Kadangkala mengambil masa hingga sebulan. Tu pun kalau anda tidak dibaham jerung lapar.

Dalam kalangan penumpang-penumpang yang ramai itu, ada seorang lelaki. Jack (bukan nama betul) namanya. Jika ada Hero, tentulah ada heroin. ganja, dan syabu. Heroin kita bernama Rose (pun bukan nama sebenar). Pada mulanya mereka tidak saling mengenali. Macam dalam cerita titanic tu jugak lah.

Nak dijadikan cerita, setelah separuh jalan membelah ombak dan badai, bot yang dinaiki mereka karam. Ibuku tidak cakap juga sebab apa. Yang pastinya bukan sebab melanggar ketulan ais. Malindo tiada ais ok! bot karam, penumpang pun mati lemas. melainkan mereka yang reti berenang dan bernasib baik sempat berpaut pada objek yang mempunyai daya apungan yang tinggi. Air laut yang disesarkan adalah sama nilai dengan jisim objek yang tenggelam. Archimedes Principle (can’t help it. I’m a physics teacher ok!)

Jack berjaya berpaut pada sebuah tong yang dicapainya. Sebagai lelaki budiman yang bujang, dia pasti akan menolong penumpang lain. Dia memaut seorang gadis yang sedang terkapai-kapai menanti lemas. Ya betul. Gadis itu ialah Rose. Mungkin ketika itu mereka tiada masa untuk menilai kehenseman dan kecantikan masing-masing. Sebab perjuangan untuk terus hidup itu yang penting.

sebelah tangan memaut pada tong, sebelah tangan lagi memaut seorang gadis. Dan anda berada in the middle of nowhere. Di tengah lautan. Jika anda menjadi Jack, apa anda lakukan? bermain Sony PSP? tentu tidak bukan. Berjuanglah untuk hidup. Apa yang membuat aku tersentuh, mereka masih solat walaupun dalam keadaan sebegitu. Yah.. tamparan hebat buat kita  yang baru sibuk sedikit pun sudah malas hendak solat.

1-2 copy
My Heart Will go On… Gambaq sekadar hiasan… Credit to momong and Wini

Lautan terus membawa mereka entah kemana. Kuantiti survivors pun semakin berkurangan. Akhirnya tinggal Jack & Rose sahaja. Aku tidak ingat berapa lama mereka bertahan. Namun yang pasti, masanya agak lama. Mungkin habis 7 chapter novel Harry Potter mereka bincangkan.

Humans has their limit. Jack juga manusia biasa bukannya Rajanikath yang tidak dimakan peluru. Dia semakin lemah. Kudratnya sebagai manusia sudah tiba di kemuncak. Rose berasa bersalah dan kasihan dengan Jack. Rose sedar, peluang Jack untuk selamat adalah lebih tinggi jika Jack tidak terus memaut dirinya.

Akhirnya, Rose meminta Jack melepaskannya ke dasar lautan. Dia menyerah kalah. Kasihan dengan Jack. Sebelum meminta dilepaskan, beliau sempat memberi kesemua emas yang ada di tubuh beliau kepada Jack. Untuk buka bisnes MLM barangkali. Yah untuk pengetahuan, wanita Bugis ni gemar menggayakan emas ke sana sini. Banyak pulak tu. Boleh buat rantai kapal.

Namun Jack bukanlah calang-calang hero. Beliau enggan melepaskan Rose. Touching seyh!!! Jack istiqamah dengan keazaman beliau untuk menyelamatkan mereka berdua. Rose sangat terharu. On the spot Rose mengajak Jack bejanji sumpah setia bahawasanya, mulai hari itu, mereka menjadi SAUDARA. Adik beradik lah maksudnya. Perjuangan untuk terus hidup pun diteruskan.

Kemuncak penceritaan, mereka berjaya diselamatkan oleh sebuah bot nelayan setelah lama terapung di lautan. Di mana mereka dijumpai? Perairan Filipina. Cek la google earth. Kira sendiri jauh ke tak. Satu perkara yang menyayat hati, kaki mereka hampir hancur kerana terlalu lama terendam dan digigit oleh ikan-ikan dilautan. Sangat sedih. Namun mereka berjaya terus hidup.

Satu lagi perkara yang akan buat anda rasa kasihan, setelah itu mereka berhasrat untuk berkahwin (pulak dah..), tetapi tidak tercapai kerana mereka telah mengaku saudara. Aisehmen… Ok finish. Tu yang mak aku cerita la. Lawak tidak berperikemanusiaan tu aku tambah sendiri.

Moral of the story, jangan hanyut di laut bersama gadis. Hahaha. Have a pleasant week ahead ok! Dan jagan lupa pakat ramai-ramai turun Tawau 14-15 hb ni untuk sama-sama memeriahkan festival kebudayaan di perkarangan MPT. Selamat!


SudirSuichi

7 comments:

  1. tacing seyyyyyy~ uuUuuuu :P

    nwy,nice story...

    ReplyDelete
  2. my2.. seyes touching..
    kalah titanic.. huhu~

    ReplyDelete
  3. ehem3...ezma org bugis taw...huhu.... :D

    ni bed time story kamu yg ur mom cite kan kot..hehe..kelakar pon ade....

    ReplyDelete
  4. en mamat khalid sure dapat idea buat filem kalau dia baca citer ni.

    kata hati kak ct : baiklah cite ni. cukup asam garamnya. sedey ada, romantik ada, perjuangan ada, keimanan ada...senang tulis 'macam2 ada' mcm astro tu

    yg paling tak boleh tahan..hero tamil pun ada. hello kak ct..kita 1Malaysia ok.

    cerita yg baik..jom hntr kat David Teo!

    ReplyDelete
  5. hahaha..ayat last tu best plak..pngjaran brguna sgguh

    ReplyDelete
  6. pastu aper jadi dgn kaki jack n rose??hehehe boleh buat cerpen ni...hehe

    ReplyDelete
  7. salam

    cerita yang menarik...
    suka :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!