Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Sunday, March 27, 2011

Kencing merata itu tidak baik ok!


Assalamualaikum

Ketika aku mula menaip post ini, kempen Earth Hour 2011 baru sahaja berakhir. Sememangnya aku tahu rumahku tidak akan mampu memberi sokongan. Kerana ketika ini parent aku sedang rancak menonton sinetron. Aku pula sedang bermain badminton tadi so agak mustahil juga untuk bermain badminton di dalam gelap kan. Datuk Lee Chong Wei pun akan menangis jika berada dalam situasi sedemikian.

Apapun tahniah kepada yang menyokong kempen ini. Hopefully we all really do the proper measures to save our earth. bukannya sekadar bercakap kencang dengan mengupdate status di FB tapi masih buang sampah merata.

Apa yang akan aku perkatakan pada kali ini, rasanya tidak jauh juga dengan kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar. Sesuatu yang kurasakan penting. Terbit dari hatiku ketika aku merayau seorang diri di bandar siang tadi. Sila baca tajuk Entry.

Kencing. Satu proses biologi yang kita semua jalani saban hari tanpa mengira waktu. Kena kencing pula ialah sejenis konflik  yang sering kita lalui terutama bila berkawan dengan orang yang kuat menipu. Antara kencing dan kena kencing, tentunya aku memilh kencing. ok merapu.

Air kencing adalah bahan kumbahan cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah yang dikenali sebagai kencing dan dikeluarkan melalui urethra. Ianya merupakan larutan lut sinar yang boleh kelihatan dari tanpa warna kepada warna ambar tetapi biasanya kuning jernih. Kandungannya? urea, larutan garam, dan sabatian organik. – Thank You Wikipedia.

Untitled-1 copy
Pernahkah anda melihat orang kencing merata-rata? Atau lebih pedih lagi, pernahkah anda kencing merata? To me, that is an eyesore! Bagaimana negara hendak maju kalau rakyatnya masih tidak tahu memilih sasaran untuk membuang air kecil??

Kencing di tepi jalan. Tatkala anda sedang khusyuk memandu menyusuri jalan raya, terlihat kelibat sebuah jasad sedang berdiri menghadap pokok bunga sambil bergegar-gegar (you know what I mean right?). Ya aku faham sometimes DARURAT is the most common excuses for doing such act. Tapi takkan la sampai mencari tempat tersembunyi pun tidak mampu? Sehingga kadangkala untuk menyembunyikan ‘senjata’ mereka tu pun tidak sempat. Nah ramailah pengguna jalan raya yang akan menyaksikan wayang free yang dibintangi oleh seekor burung. Fuh!

DSC03860

This pic was taken today. Aku snap guna henpon sambil drive. Kalau kedepan sikit aku snap nampak apa ya? ahaha Open-mouthed smile. Tapi aku rasa pakcik ni mungkin ada masalah mental. So tidak mengapa lah rasanya. Namun ramai juga insan yang waras melakukan aksi begini. Percayalah kawan, pokok bunga itu hanya memerlukan air tulen sahaja untuk hidup. Tidak perlu susah-susah untuk membajanya.

DSC03861

Gambar ini pula aku ambil di Tandas & Tempat wuduk Masjid Al-Kauthar, Tawau. Ya walaupun terdapat sedikit kesalahan ejaan disana, mesejnya cukup jelas. See? Tempat mandi dan tandas pun masih ada yang tidak dapat bezakan. Kencing di tandas, air itu akan terus ke sistem kumbahan. Tapi kencing di tempat mandi, air itu akan merebak disekitar lantai sahaja. Kalau wangi tadi ndakpa lah juga. Ni siap ada bau Nescafe lagi. Sleepy smile

DSC03804

At bundle Hill Top. ingin kubeli baju ini namun saiz tidak mengizinkan. Hehe. Think the shirt is from Indonesia lah. “Dilarang Kencing Kencang-kencang”. So kencinglah slow-slow dan nikmati setiap detik.

The point is, we are not in the stone age. If you are a kid, fine. Go ahead and pee anywhere you want. But adult, please choose before you loose. Hahaha.

Final words, untuk yang gemar kencing di pokok bunga tepi jalan, berwaspadalah. Adik anda mungkin akan diterkam haiwan seperti kucing dan anjing kerana haiwan sebegitu gemar memakan sosej. Sekian.

~Sudir Suichi~

6 comments:

  1. ni selalunya orang laki je yg buat. tak paham betul.. ish3.. sayang duit kot nk bayar masuk toilet.. huhuu

    ReplyDelete
  2. haha~ bapak kencing berdiri anak kencing ..pernah dengar tak...semestinya moral tak baik, sekecik mana pun anak kita asuh pi toilet..jgn duk tabur tepi jalan jer

    ReplyDelete
  3. hahahhaaaa..org kencing tepi jln neh mmg byk agi...


    agi2 klu tengah bekeje..

    buruh2 kasar r..

    ReplyDelete
  4. True!
    Tolong la bah civilise sikit kan bukan zaman batu ni.

    ReplyDelete
  5. kalau kucing atau anjing kira ok lagi sebab mungkin sempat elak. tapi apa kata kalau kena patuk ular yang terkejut dengan kencing kencang...fikir2kan.

    tambah perit, 'benda' tu bukan ada spare part.

    berani ke mengaku....aku cacat "tut"!

    astagfirullah...kakct beringat kakct kalau dah menulis tu....

    ReplyDelete
  6. paling penting di tangga2.. sebab agak tertutup.. tapi semua orang tersiksa menahan napas time naik tangga.. adeii.... -ridek-

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!