Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Sunday, January 23, 2011

Festival Kebudayaan Tawau 2011.. Part 4 : The Dance


Assalamualaikum Pemirsa..

Sebagai seorang guru yang sampai kini belum menerima gaji, hidup aku terpaksa dicatu. Minum air kosong, makan yang ala kadar, dan berbelanja saving tahap naga. Hatta hendak beli selipar Jepun pun aku berfikir 5 kali dan bertangguh. Di situlah kita akan mula melihat betapa keluarga dan insan terdekat begitu menyayangi kita. Tiap minggu my parent akan bagi duit. Syukur. si Cewek pula sanggup bagi pinjam aku broadbandnya. sudah 3 minggu aku meminjamnya. God bless them.

Seperti mereka, aku juga mahu God bless Tawau. Biarlah Tawau bumi peladang dan bumi tempat lahir ramai insan macho ini juga menjadi maju dan berkembang seperti bandar-bandar lain di benua Asia. Atas dasar itu, aku secara jujur dan rendah diri merasakan Festival Kebudayaan Tawau ini merupakan platform terbaik untuk memastikan daerah ini turut dikenali seperti bandar-bandar lain.

Hari ini aku berkongsi pula sedikit gambar tarian etnik-etnik yang mengambil bahagian. Sebagai blogger dan photographer tegar, suasana sebegini sememangnya adalah makan malam bagiku. Anyway, a thousand thanks to TawauBloggers for having me onboard.

IMG_1442

Ini merupakan tarian pembukaan pada malam tersebut. Dipersembahkan oleh penari (mestilah kan..Hot smile) Apa yang dapat aku perhatikan tarian ini menggabungkan beberapa pakaian etnik seperti Bugis, Dusun, Melayu, dan sebagainya.

IMG_1441

Pada malam tersebut, pihak penganjur iaitu Majlis Perbandaran Tawau (MPT) telah menyediakan 4 skrin besar untuk tatapan pengunjung yang hadir. Bagi VIP pula (termasuk aku, haha) Kami dapat melihat tarian itu berlaku di hadapan kami. Sangat menarik.


festival kebudayaan tawau7

Yang kat atas ni ialah suku kaum Tidung. Tarian tradisi mereka ialah tarian Bedewa. Aku google saja. Tak tahu la kalau yang mereka persembahkan di atas ini bukan tarian Bedewa.

festival kebudayaan tawau6

Tarian Singa. Siapa yang tidak kenal. Semasa kecil aku sungguh takut melihat tarian ini. Seram muka singa ni kan? Namun lama kelamaan aku menyedari keindahan sebenar dan simbolik tarian ini. Memang best! Ketukan alat muzik tarian singa kaum cina ini juga sungguh menaikkan semangat aku. Terasa diri macam Wong Fei Hung pun ada.

IMG_1532
Itu dia! Kurt Cobain versi Penan!

IMG_1544 copy
Satu Sumpitan yang tepat ke kepala boleh membawa padah~~

IMG_1528

Kaum Penan. Juga terdapat di Tawau Sabah. Memeriahkan Malam Festival ini dengan tarian tradisional masyarakat mereka. Seperti biasa aku terhibur. Dan lebih terhibur sekiranya gambar yang aku ambil itu tidak blur dan underexposed.

IMG_1551

IMG_1549

Kaum Lundayeh merupakan antara kaum asli ataupun original di Sabah ni. Seperti kaum-kaum lain, mereka juga kaya dengan tradisi tersendiri seperti pakaian dan tarian mereka. Pada malam itu mereka bermain seruling. Memukau dan meluluhkan jiwa. Ya aku bercakap kencang lagi. Hakikatnya baru malam tersebut aku mengetahui kewujudan etnik Lundayeh. See? Kalau tiada Festival Kebudayaan Tawau ni, sampai bila pun aku tak kenal tahu.

festival kebudayaan tawau8

Ya aku tahu mereka lawa. Mereka lemah gemalai, pandai menari, dan melemahkan jiwa sang Arjuna yang melihat. Kontinjen jemputan khas pada malam tersebut, nun dari Brunei sana. Mempersembahkan kebudayaan mereka yang sangat rancak dan memukau penonton yang hadir.

IMG_1589

Semporna mari~~~ Lihat bot, ingat Semporna. Ingat Semporna, ingat Sipadan Mabul. Terima kasih kepada kaum Bajau yang turut sama mengimarahkan suasana dengan aksi yang begitu gempak sekali. Siap ada Jack Sparrow tu kat depan.

IMG_1663

Kaum Toraja. Nama kaum ini berasal dari bahasa Bugis, to riaja, yang berarti "orang yang berdiam di negeri atas". Mungkin sebab mereka tinggal di kawasan pergunungan barangkali. Dan mungkin sebab itu juga penari itu menari di atas gendang. Interesting. More info, visit HERE.

festival kebudayaan tawau9

And here comes the Butun ethnics. Bangsa Butun Indonesia tidak begitu ramai di Sabah dan mereka boleh dilihat hidup bersama dengan bangsa Bugis kerana beragama Islam seperti bangsa Bugis. Namun begitu, bangsa Butun ini sebenarnya mempunyai bahasa dan adat yang berbeza dengan bangsa Bugis Indonesia. Ini kerana kampung halaman mereka di Indonesia bukanlah di Sulawesi Selatan tapi di Sulawesi Tenggara iaitu di sekitar Kota Kendari dan juga di Pulau Buton. Source: HERE

IMG_1731 copy
Ni pula tarian Daling-daling… Lemah gemalai disukai ramai. Yeah!

IMG_1808

Jalan terus terus terus teruuuuuuuuuuuuuuuusss…. Bangsa Timur bukan berasal dari dari Sulawesi selatan tetapi dari kepulauan Timor termasuklah negara Timor Leste yang hampir dengan Pulau Sulawesi. Umumnya mereka seperti bangsa Turaja juga beragama Kristian. Di Tawau, mereka dikenali sebagai bangsa yang rajin dan kuat bekerja. Secara fizikalnya, mereka dapat dibezakan dengan fizikal yang tegap, berambut kerinting dan berkulit gelap. Source: HERE

festival kebudayaan tawau11
The final act. Tarian penutup yang sangat gempak dan berwarna warni mengalahkan kaler aiskrim paddle pop.

festival kebudayaan tawau12
Klik untuk besarkan..Dialog adalah merapu semata-mata~~

No matter who we are, what costumes we wear, which dance we perform, we now live in the same country called Malaysia. Live in harmony, peace, and respect. Semoga Festival Kebudayaan Tawau ini akan diteruskan lagi di masa hadapan. Jangan biarkan generasi akan datang terlupa asal usul mereka. Sekian

Next Entry : Festival Kebudayaan Tawau…Final part : The Artist.

SudirSuichi

3 comments:

  1. wah...ruginya tidak dapat pg festival di tawau.......suda la jarang di buat....memang rugi la pok...adei...

    ReplyDelete
  2. di mna durang artis2 ne stay ya...agaknya..mcm x heboh ttg kedatangan durang ne..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!