Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Thursday, March 1, 2012

Sebuah Kisah bikin Panas klasik untuk masa depan.


Assalamualaikum

Pemanasan global semakin berleluasa. Salji di kutub utara semakin cair dan kesan rumah hijau semakin ketara. Mungkin sebab itu banyak perkara atau kejadian yang bikin panas berlaku di sekitar kita. Or maybe it is just me.

Ya memang aku panas dengan Yusry. Teganya dia merampas Lisa Surihani dari rakyat Malaysia. Tapi bukan itu yang hendak aku luahkan.

tawau

Pernahkah anda menaiki bas mini dari Lahad Datu ke Tawau? Jika iya, mungkin kita patut sesekali lepak bersama di ABC sambil berkongsi pengalaman. Bas mini disini merujuk kepada bas  yang stesennya itu terletak bersebelahan masjid daerah Lahad Datu.

Begini, seperti biasa, sebagai seorang guru yang jasadnya berada di LD tetapi hati, roh, semangat dan duitnya berada di Tawau, setiap hari jumaat aku akan bergegas pulang ke kampung halaman selepas habis menunaikan solat Jumaat. Biasanya aku membawa kereta, dan kadangkala aku menaiki jet peribadiku, namun hari itu terdetik hatiku untuk menaiki kenderaan awam.


Umum mengetahui bahawa bas mini LD hanya akan bergerak ketika penumpang sudah penuh. Tapi untuk menunggu bas itu penuh dengan cepat, lebih kurang sama mustahilnya seperti menunggu Siti Nurhaliza muncul di pintu rumah kita untuk meminjam tandas. Aku pernah menunggu selama 5 jam ok! Namun sebagai insan yang suka akan cabaran dan tidak pandai jerak (serik), aku mencuba nasib..

Nasibku ternyata baik. Setibanya aku berhampiran bas, konduktor itu berkata bas itu sudah mahu bergerak walaupun belum penuh. Sekacak Anuar Zain, aku pun menaiki bas itu dengan senyuman, dan si konduktor tadi pun lantas mengambil duit tambang dariku. Kemudian barulah kesengsaraan bermula.

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya konduktor itu membuyuk di tengah hari. Rupanya Bas itu tetap ingin menunggu sehingga penumpang penuh sebelum memulakan perjalanan. Ingin ku protes, tapi duit tambang sudah di ambilnya. Dan kebetulan duit di dompetku ketika itu hanya cukup untuk membeli sebungkus keropok Tasen bersaiz besar sahaja. Deng!

Sebenarnya bukan aku sahaja. Penumpang lain pun turut merasainya. Ada yang menunggu sejak pagi. Bila ada yang bersuara agar bas itu memulakan perjalanan, kena marah pula~~! Hey, what happen to “COSTUMER IS ALWAYS RIGHT??”

tawau 10


Well, its ok. Kami faham bahawa si driver bas juga ingin mendapat rezeki. So penantian diteruskan. Ditemani cuaca panas terik, tekak yang kering, dan ruang bas yang mendukacitakan, kami bersabar.

Selepas sejam setengah bajuku menyerap peluh di ketiak, akhirnya bas itu pun penuh. Thank God! Pemandu itu pun menghidupkan enjin. Sinar kebahagiaan menyelubungi segenap ruang dalam bas mini itu. 10 minit berlalu, masih tiada kelibat pemandu itu di kokpit bas berkenaan. Dengan penuh sopan seorang akak bertanya, “PAk cik, kenapa masih belum jalan ni?”

“Sabar ya. Konduktor tadi tu pergi ambil anaknya di sekolah. Duit tambang ada sama dia…”
Ternyata pakcik konduktor itu adalah insan paling kamemon di dunia. Boleh pula dia meniggalkan kerja dia untuk urusan peribadi~! Ok fine again. At least dia seorang bapa yang baik kerana ingin mengambil anaknya di sekolah. Tidak seperti sesetengah bapa yang tahu bikin anak saja, tapi gagal total dalam mendidik.

Kami menunggu lagi. Ramai penumpang sudah mula emosi. Pelbagai sumpah seranah dalam aneka bahasa aku dengari. Aku pun sesekali ikut menyindir bila driver bas itu lalu berdekatan denganku. Cuma aku berjaga-jaga agar kata-kataku tidak mengakibatkan hidungku semakin pesek ditumbuk driver bas.

Setengah jam! akhirnya si konduktor muncul. Ramai memandang tajam kepadanya. Menyedari dia diperhatikan, dia memperkemaskan langkahnya, membidangkan dadanya, dan kelihatan kembang kempis lubang hidungya yang memang sudah sedia besar diameternya.

“Bangga pulak pak cik ni. Padahal semua orang tengah memaki-maki” kata seorang brader.
Tentunya semua penumpang sedang berimaginasi memukul pakcik itu sehingga pengsan. Aku tidak terkecuali. Bikin panas!

tawau 8

Tambah memanaskan lagi, dia langsung tidak merasa bersalah. Dengan gaya agak kasar dia mengutip tambang dari penumpang yang baru tiba. Tapi yang buat aku semakin frust, ialah percubaannya untuk membuat lawak. Langsung tiada kelas dan amat memualkan. Get a life dude!

Ok enough with that uncle. Bas pun memulakan perjalanannya. Syukur. Dapat merasai tiupan angin setelah menikmati kepanasan memang sangat heaven!

Adakah penderitaan sudah brakhir?? NOT EVEN CLOSE! Aku menyedari bas itu tidak mengikut laluan yang sepatutnya. Kami bingung kemana bas itu membawa kami. Akhirnya kami tiba di sebuah kawasan rumah kongsi.

Oh, pakcik driver itu ingin mengambil seorang penumpang disana. Tak apalah. Janji lepas ini teruskan perjalanan.

Tapi yang berlaku selepas itu ialah dewa segala perkara yang bikin panas. Walaupun penumpang itu cuma seorang mak cik yang kurus, tapi barang yang dibawanya cukup untuk membuatkan kapal Air Asia mereng sebelah. Banyak gila!

Pak cik driver itu pun dengan muka selamba memasukkan kesemua barangan tersebut ke dalam bas. Penumpang terasa semakin sempit. Segala bakul, beg, keropok, dan banyak lagi nonsense dipunggah ke dalam. Ada penumpang yang tersepit kaki, ada yang sukar bernafas, dan ada yang dikelilingi keropok pelbagai perasa. Hadoi~~~ Sempit bang!

tawau 2

Sedikit pun pakcik itu tidak memikirkan kebajikan penumpangnya. Tersenyum sahaja tidak cukup pak cik. Terseksa kami. Kalau dekat tidak mengapa, hendak ditempuh 3 jam perjalanan dengan kesempitan itu, amatlah perit.

Suasana kembali tegang, emosi penumpang memuncak. Aku hanya mampu memberi sindiran tajam tepat ke arah pak cik itu.

“Wah.. Rupanya bas ni Tung Ma.. boleh muat banyak barang..”

“Pak cik, kasi masuk la traktor diluar tu skali. masih muat juga ni..”

Jahat juga aku ketika itu. Sampai akak disebelahku menghadiahkan cubitan namun terukir ketawa penjahat juga diwajahnya.

Banyak lagi benda yang memanaskan pada hari tersebut. Akhirnya bas itu pun bergerak ke Tawau, dan tiba dengan selamat. Walaupun bergunung rungutan dan rasa tidak puas hati, at the end of the day, the only thing that matter is that you arrive safely.

Bukan niat mengutuk, atau mencela. tiada juga aku menyebut nama sesiapa kan? cuma sebagai hiburan dan perkongsian. Selamat!

*Sudir Suichi*

8 comments:

  1. aduii...sandi jg tuh ging.tp aku pun pernah jg mengalami situasi sama mcm ko.sampai bertumbuk sama drivernya.gara2 dak tahan menunggu lama. hahaha.....sabar ko ging.paling penting ko catat jak nombor bas tu.biar suma org tahu n lebih berhati2 klu naik bas itu....

    ReplyDelete
  2. parahnya perjalanan mu mo blk kg.apapun syukurla selamat smpi kan.

    ReplyDelete
  3. waina tok, begelegak juga hatiku membaccanya~
    SMS mu kemudahan aduan LPKP ni tok.. manatau ada feedback, buli menembirang lagi tok sbb kena balas sms aduanmu:

    SPAD ADUAN (aduan anda) dan hantar ke 15888

    ReplyDelete
  4. uina menarik itu sis.. mau dikasi pembalasan itu stesen.. heheh~!

    ReplyDelete
  5. That is an extremely smart written article. I will be sure to bookmark it and return to learn extra of your useful information. Thank you for the post. I will certainly return.

    ReplyDelete
  6. Awesome work.Just wanted to drop a comment and say I am new to your blog and really like what I am reading.Thanks for the share

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!