Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Wednesday, April 20, 2011

Good Morning Sir..

Assalamualaikum
Hampir dua minggu tidak mengupdate blog. Terasa suram sahaja disini. No worries, for now I’m here. Ternyata kesibukan dunia tiada penghujung. Walaupun kadangkala kita seperti tiada kerja, tapi tetap terasa sibuk. Agree?

Hari ini dengan penuh rasa poyo aku melangkah masuk di sebuah kelas untuk merilief seorang rakan setugas. Dengan membawa netbook jenama 1 malaysia, aku duduk di meja guru dan membuka netbook aku. Tanpa melihat ke arah student di hadapan, aku mengarahkan mereka untuk membuat kerja sendiri. Berlagak bukan? Macam aku seorang saja yang ada netbook.

Dan kemudian datang seorang pelajar dan berkata; “Cikgu, boleh pinjam pendrive? kami mau transfer lagu mp3 ke dalam leptop kami..”

IMG_0064 copy

Wah aku tiba-tiba rasa terkejut. How on earth did my students have access to all that stuff?? For a rural area students, that seems quite impossible. lalu aku pun memandanglah ke arah mereka semua. Wow! 9 orang pelajar mempunyai netbook di atas meja mereka. juga berjenama 1 Malaysia. Hilang mood berpoyo aku. Kalau aku punya tadi jenama canggih siikit tidak mengapa lah juga. Ini, sama jenis. Haha..

What I’m trying to say is, kini jurang digital sudah semakin berkurangan di negara kita. Nampak juga la usaha dari pihak berwajib tu kan. Tapi yang pasti, jurang digital jauh lebih mudah ditangani berbanding jurang percintaan. “aku orang kecil, engkau orang besar, kau ibarat gajah, ku hanya semut merah..”

IMG_0059 copy

Budak-budak sekarang memang beruntung. Kecik-kecik sudah tahu apa namanya komputer. Bukan saja tahu, malah mereka memiliki dan pakar dalam mengendalikannya. Waktu kita kecik dulu, di usia 14 tahun, aset paling mahal yang kita miliki hanyalah kalkulator casio yang selalu mati bateri dan sebijik game tetris. Itu pun sudah cukup berlagak.

IMG_0122 copy

Kalau berasib baik pun, adalah kalangan kita yang mengikuti kelas komputer. Tapi itu pun sudah cukup menggerunkan. walaupun mada masa itu, prosessor dan RAM masih pada tahap ‘paling taik’ dan slow gila, kita masih akan berbangga. Sekarang, ada kanak-kanak yang tahu merungut jika komputer mereka lembab. Sampai tahap mencederakan komputer mereka dengan aksi ganas pun ada!

IMG_0062 copy

Amat menyedihkan jika generasi muda tidak memanfaatkan kecanggihan teknologi yang mereka miliki untuk menambah ilmu di dada. Kalau setakat tahu mendownload lagu hip hop lagu negro dan aksi terlampau artis, baik tak payah. Dukacitanya tidak ramai yang menjadi pandai dengan teknologi. This things I can see for myself.

IMG_0061 copy

Aku : Apakah nama proses tumbuhan membuat makanan??
Students: Tidak tahu cikgu.. bagi lah pembayang..
Aku : Ok.. ia bermula dengan perkataan FOTO…… sambung?
Shahril : Saya tahu cikgu! FOTOGRAFI!!
Aku : Hey salah tu!! Jawapan lain!
Helmi : Saya cekgu! Jawapannya FOTOSIKAL..

IMG_0067 copy

ANYWAY, gambar-gambar kali ini aku ambil semasa Pertandingan Tilawah Sekolah agama Peringkat daerah Tawau. Terdapat pertandingan bercerita, hafazan, tilawah, dan sebagainya. Kagum juga melihat kanak-kanak ini.

IMG_0084 copy

Kanak-kanak adalah seperti kain putih, yang suci dan bersih. Terpulang kepada kita yang lebih dewasa untuk mencorakkan mereka. Tidak kisahlah sama ada kita mahu kain putih mereka itu berjenama Adidas, Nike ataupun Puma, asalkan mereka menjadi insan celik ilmu, akhlak pula tip top, that is so very nice.

IMG_0085 copy

Sekian buat kali ini. aku amatlah terasa tidak sihat. Sedang berfikir untuk Mc atau tidak… fuh…

~Sudir Suichi~

5 comments:

  1. sekarang ko tau kan kenapa aku sangat terdesak utk apple. hahahhhahaaha....

    ReplyDelete
  2. gen z sedang melanda dunia
    kita plk yg akn ketinggalan..huhu

    ReplyDelete
  3. hehe..bebudak sekarang ni dah maju. adik saya yg baru umur 5 tahun tu pun, siap ingat pswrd komputer, pastu maen game CSO.. zaman makin maju. tak heran dah benda ni semua.. anyway, semua pic tu cantik! suka2!! :D

    ReplyDelete
  4. ahahahahaha..best ceritamu ni sudir.ketawak2 aku baca. lebih2 part kalkulator sama casio :)

    ReplyDelete
  5. zaman sekarang ape ajer nak kedepan..maju2!!!!!!..cikgu guna kete saga murid dah guna insprion...cikgu baru nak bukak mulut marah murid dah majukan dgn penumbuk.ape nak jadi ek...kenapa kementerian begitu teruja dgn isu makanan dari nak menangani isu isu displin yang makin buruk sekarang ni....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!