Assalamualaikum
Salam muhibbah kepada semua rakyat seantero Malaysia. Dengan penuh rasa syukur tanpa sebarang rasa takbur, aku berasa bangga kerana Tawau bumi tumpah darahku telah berjaya menganjurkan festival kebudayaan pada 14 & 15 Januari baru-baru ini. Satu Festival yang sangat menarik konsepnya, dan sudah pasti bakal menjadi identiti daerah Tawau pada masa hadapan.
Untuk entry kali ini, dan beberapa entry akan datang, aku akan berkongsi pengalaman aku yang turut sama menambah kuantiti hidupan yang membanjiri perkarangan Majlis Perbandaran Tawau pada malam penutupan. Yah.. Satu kekesalan yang masih menghantuiku sehingga hari ini, bila mana aku hanya mampu hadir semasa malam penutupan. Itulah perbezaan hidup bekerja di luar daerah.
Thanks to my fellow TawauBloggers team, merasa juga diri ini menjadi sebahagian dari event. Lawatilah blog mereka untuk cerita yang lebih menarik dan terperinci pasal Festival ini orait!
Aku tiba seawal pukul 6 di bandar Tawau. Jalan raya kesesakan bak merayakan hari kebangsaan. Banyak jalan ditutup namun semua itu tidak menghalang warga Tawau untuk turun memeriahkan. Waktu-waktu beginilah, parking menjadi isu utama. kereta semakin bertambah namun jalan raya tetap sama.
Oh ya. Malam tersebut aku menggunakan kamera kawan. Dan dengan itu banyaklah kuantiti gambar yang tidak sempurna akibat ketidakmahiran aku. Apapun, pass media yang kami perolehi dimanfaatkan sepenuhnya. Rasa best pulak bebas merayau sana sini tanpa dimarahi pegawai keselamatan yang bertugas.
Namun kecekapan pihak penganjur mengawal keadaan sememangnya wajar diberikan pujian. Walaupun ini penganjuran kali pertama, kualiti penganjuran adalah memuaskan. MPT totally rocks man!
Dari segi promosi event ini, memang sampai di hati golongan sasaran. Aku yang bekerja di Lahad Datu pun mampu mendengar cerita-cerita pasal festival ini. Di kampung pula, makcik-makcik yang tidak pernah mengambil tahu hal sosioekonomi negara pun tahu pasal benda ni. Nampaknya semua memainkan peranan. Termasuk TawauBloggers ya. hehe.
Jadi tidak hairanlah, ramai yang membawa satu batalion keluarganya datang pada malam tersebut. Nasib saja Festival kebudayaan ini kemuncaknya di malam hari, kalau tidak mungkin ada yang berpiknik di tepi jalan.
Semasa festival pula, pihak media turut berperanan. Photographer, Reporter, Harry Potter, semua ada. Merekalah yang akan memainkan peranan dalam mempromosikan kemeriahan festival ini. Bukan saja di mata masyarakat Malaysia, tetapi juga di mata dunia termasuk matahari kalau sampai. haha.
Kepelbagaian etnik dan budaya yang terdapat di Tawau terbongkar pada malam tersebut. Pendedahan eksklusif oleh MPT kepada seluruh dunia. Pemimpin Sabah termasuk Ketua Menteri pun turun. Petani, lawyer, buruh, majistret, pelajar, pemitik, guru yang belum gaji, semua turut sama menghavockan keadaan!
Setakat itu sahaja untuk hari ini. Esok atau lusa aku akan update lagi untuk part seterusnya. Masih banyak gambar untuk ditatapi bersama. Aku amatur.. Tapi teratur.. Cikgu kan.. he he he…
WAAA~BEST!!
ReplyDeletetu jak mampu aku cakap.
bangga aku jadi org tawau taw..ahahaha
ReplyDeleteBEST dan tahniah pihak pengurusan MPT dan semua yang terlibat..
nice one..
ReplyDeletetringin mau jln2 g tawau :)
lum pernah lg mjejakan kaki kesana.
wow!!
ReplyDeletelast pic menarik..
melambangkan wajah2 1 malaysia
mantapnya cikgu...haha
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteteringin nak pi sana kalau Tawau semeriah ini.
bole x klu sy nk ambl gambar-gambar dlm blog ni untuk assgmnt sy -student uum-
ReplyDeleteboley2...ambik je... yg penting watermark tidak dibuang... hehe
ReplyDelete