Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Monday, December 13, 2010

Sipadan itu sangat cantik ok!!…..Episode 4 (Final)

Assalamualaikum
[Aku mahu diet…serius!]

Mukaddimah : bulan 1 tahun depan aku akan mula mengajar. Bagi mereka yang banyak pengalaman, tentu tiada masalah. Bagi guru baru seperti aku ni, banyak yang aku runsingkan. Ya aku pernah praktikal. Juga pernah menjadi guru ganti. Namun jangkamasa 3 bulan menganggur sudah cukup untuk membuat otakku berkarat sehingga nombor telefon sendiri pun aku lupa.

Teruskan dengan topik utama. Episod akhir percutianku. Seperti mana-mana cerita yang kita tengok di TV, penghujung atau ending cerita mestilah sesuatu yang gempak. Tak kira la Happy or Sad ending, kita mahukan sesuatu yang gempak wa cakap lu. Penghujung percutianku ini pun sama. Teramatlah gempak. Terima kasih buat penaja kami, Uncle Chang yang sememangnya gempak.

Pada mulanya kami bercadang untuk berada di Mabul hanya 2 hari 1 malam sahaja, Almaklumlah, segan juga hendak tinggal lama-lama secara percuma. Sudahlah kuat makan, bising pulak tu.

Namun pada hari kedua, dengan tiba-tiba Uncle Chang mengOffer kami untuk pergi snorkeling di Pulau Sipadan pada keesokan harinya. Sipadan ok! Sipadan! Korang pun tahu kan? Untuk pengetahuan, setiap hari hanya 120 permit diberikan kepada resort-resort untuk membawa masuk pelancong. Meaning, hanya 120 orang sahaja yang akan berada di Pulau Sipadan pada satu-satu hari, tidak termasuk kakitangan ya.

Dengan hidung berasap, dengan nafsu bergelora, kami menerima offer itu tanpa segan silu dan lupa dunia. Maka keesokan harinya, selepas buncit bersarapan, kami pun bertolak lah ke sana bersama beberapa penyelam atau Divers yang pastinya berkulit putih.

s11

Di mana letaknya kekuatan Hang Tuah? Di kerisnya ka. atau di tenaganya? ---- Persoalan ini juga boleh dilontarkan apabila melihat pulau Sipadan.

Di mana letaknya kecantikan pulau Sipadan? Di pulaunya ka, atau di dasar lautnya? ----- Tidak perlu kujawab kerana korang pun mesti tahu,

IMG_5206


Ok, for a very reasonable price, korang boleh datang ke Sipadan bersama Uncle Chang untuk diving, ataupun snorkeling (macam aku). Of course, nak diving ni kena ada lesen. LESEN DIVING ok… bukan LESEN DRIVING… aku tahu ejaannya dah dekat nak sama tapi aku harap sangat korang amik perhatian.…

Menyentuh situasi gambar di atas, yang berkulit putih-putih tu ialah divers. Mereka mahu menyelam di Sipadan. Dan yang berkulit tidak putih itu ialah Dive Master. Ya.. Dive Master.. I think..

s10

“Opocot aku jatuh!!!” – Katanya. Tapi dalam bahasa Eropah barat la. aku pon tak tahu uncle ni kecek bahasa apa. Ya tuan-tuan, aktiviti menyelam atau diving ini memang best. Snorkeling pun sudah cukup buat kami tidak keruan menahan excited. Cuma 1 silapku, aku tiada kamera kalis air.

s9

Anda akan berpeluang untuk menyelam sebanyak 3 sesi. Setiap sesi selama 45 minit. begitu juga dengan snorkeling. Masa itu sememangnya mencukupi untuk anda menghayati keindahan dasar laut, seperti terumbu karang, ikan nemo, penyu sebesar ahli sumo, ikan putih sebesar kereta kancil, dan jerung mengawan. Semua itu memang ada. Aku lihat sendiri.

s5

Rehat tengah hari. Ketika ini barulah aku mampu menghidupkan kamera. Bermulalah sesi menangkap gambar di sana sini. Yang ada, pemandangan yang cukup indah, tidak termasuk gadis asing yang berbikini ok.

IMG_5230

Inilah beg kamera aku. Daripada beg, hinggalah ke isinya, semuanya cap ayam dan murah. Tak kisahlah. Asal aku dapat menggambar imej dunia yang sememangnya fana dan tidak kekal ini.

s8

PErnah tengok cerita ‘Castaway’? Bila tengok brader ni aku terus teringat cerita tu. Kalau stranded kat pulau ni, tak payah la risau. tiap masa ada bot datang dan pergi. hehe.

s6

Mereka berdua ni teman snorkeling aku. Lihat telatah mereka. Jakun bukan? Tapi sebenarnya mereka sedang melihat seekor ikan yang beracun. Boleh membawa maut. Apa nama ikan tu pun aku lupa. Tahniah Dir..

s3

Hello sir! welcome to Malaysia! this is a nice country u know.. The island is nice you know.. The people is nice you know.. so many beautiful place you know..the oil price is also quite high you know..

s4

Ni gambar pokok lagi. Entah mengapa aku suka pokok ni. Oh ya, Pokok membekalkan kita dengan oksigen. Hargailah ia.

IMG_5215

Lagi satu, signboard kat pulau ni tersangatlah banyak. Dari signboard peraturan, sejarah pulau, dan banyak lagi. Sampai kadangkala aku merasakan signboard lagi banyak berbanding pengunjung.

s2

Satu yang aku tak puas hati, megapa orang putih, berjemur banyak mana pun, dia tetap putih?? Sedangkan kita ni, sedaya upaya megelak dari berjemur pun kulit kita tetap tinted! Kalau tinted yang transparent takpa la juga. Ini tinted yang tidak mendapat perkenan JPJ. Yah aku merapu lagi..

s1

Ni pulak diving sesi last. Lihatlah betapa jernihnya laut disini. Jika anda pernah menyelam atau snorkeling di Pangkor, Redang, Mabul, dan Kapalai sekalipun,percayalah bahawasanya Sipadan adalah 1000 kali lebih cantik. Kepuasan dijamin oleh Dr. Rozmey. haha.

Mungkin aku tiada gambar kenangan yang memperlihatkan apa yang kami lihat di bawah permukaan laut pada hari tersebut. Namun sehingga ke hari ini aku masih kagum dengan apa yang pernah aku lihat disana. Totally different from watching national geographic on your Astro beyond. Experiencing it was far better lah!

s7 
As for me, mungkin aku tidak perlu menunggu sehingga aku menjadi kaya seperti Bill Gates untuk kembali ke sini. I will come back. Aku tidak akan puas hati selagi belum bergambar disebelah bapak penyu yang besar tu.

Malaysia sememangnya kaya dengan khazanah. dan kaya dengan orang kaya yang menjual khazanah. Hargailah alam kita. Nikmati keindahannya. Jangan tunggu sehingga pulau ni dijadikan taman tema baru nak pergi ke sana, Sekian.


SudirSuichi


23 comments:

  1. me sangat cemburu dengan u!!!
    giler teringin nak p sana..

    ReplyDelete
  2. bilalah ada can nak ke sana..hehe

    p/s : beg kita sama!

    ReplyDelete
  3. pergh..kalau honeymoon pn cara kt sni

    ReplyDelete
  4. Pulau sipadan, pulau yang dipelihara. Pulau ni memang sering acik dengar.Tapi belum pernah jejak lagi.cantiknya...satu destinasi yang sesuai dikunjungi untuk merehatkan minda.

    ~Hijau itu indah dan permai~

    ReplyDelete
  5. sangat cantik... suka gambar langit tu..

    ada rezeki sangat teringin ke Sipadan! ;)

    ReplyDelete
  6. bila la aku boleh pakar amek gambar camni!

    lawa gila! serius jujur aku cakap ni! :)

    ReplyDelete
  7. Sy suda pernah sampai cni.. Memang besttt!! Best gilakkk! Rugi siapa blum pegi tu, bagus kamu pegi cepat sebelum tu ikan2 abis mengawan MIAHAHA... teda la.. pegi jak, best!

    ReplyDelete
  8. Sangat-sangat cantik
    teringin sangat nak pi sana

    ReplyDelete
  9. ni bikin jelesss ni..aku lum pena p lagi tempat ni walhal tawau dengan semporna punyalah dekat.... geram3

    ReplyDelete
  10. oh sipadan! huhuhu.. cantik~.. pulau ni kena jaga baik2.. kalau tak, ianya akan hilang dalam beberapa tahun je lagi (berdasarkan kajian yg dibuat oleh lectrrs sya di UMS).. sebab tu ada sekatan utk pelancong g sana..

    ReplyDelete
  11. finally, kalau sdh ada casing gambar la plak dgn ikan3 n penyu segala3 :)

    ReplyDelete
  12. wah,jernih btol air...

    ReplyDelete
  13. best gler....ak penah snorkelling kt pulau kapas...memg cantik tgk kt bwh..tp aku takutt...huhu

    ReplyDelete
  14. cantik...cantikkk.....cantikkkk!!:D

    ReplyDelete
  15. aku j.e.l.e.s..huuh

    weii, nnt kalo km p tawau, ko bw p sipadan ah?
    haha

    ReplyDelete
  16. teringin dan kepingin dan.. nak pegi!!
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  17. cantiknya..menarik sangat2..suka2..suka2 sangat2..hah dah tak terkata sangat cantik...haip!

    ReplyDelete
  18. Subhanallah!!! tibe2 rasa tahun depan nak aim utk pergi ke Sipadan...so kene kumpul duit dulu!!! very nice view..very nice pictures!! chayok2x

    ReplyDelete
  19. cantiknya sipadan..teringinnya nk pegi..huhu..haritu xdpt pegi sbb kuota dh penuh..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!