Assalamualaikum
[menganggur sambil gaji jalan memang agak best..]
Hai… Apa khabar saudara yang budiman di luar sana? di harap ceria sentiasa disamping keluarga dan haiwan peliharaan. Saya? Ok saja. Dalam seminggu ini aku dilanda bebrapa penyakit seperti demam, sakit perut, pening kepala, dan yang terbaru, kerumut. Gatal betol!! Tapi mak aku larang garu. Tahan sajalah.
Kepada yang terpandang post lepas aku, pasti sudah mengetahui yang aku baru-baru ini telah berlagak seperti pelancong ke Semporna. Dari Semporna, ke Pulau Mabul pula. Lepas Mabul, SIpadan pula. Dan semuanya free. Ditaja khas oleh Uncle Chang. Bukan mahu berlagak, cuma ingin mempromosi benda best untuk anda. Tapi memang aku ada sedikit niat untuk berlagak.. hehehe.
Seperti biasa, Gambar. Aku akan letak gambar. Dalam pelat tempatan, ia disebut sebagai “Gambal”. Selain tu aku akan copy paste la info pasal pulau MAbul ni agar memperbanyakkan lagi huruf dalam blog aku. Enjoy.
Satu Scene Panorama yang aku amik… Inilah akibat tiada wide lens. Sekian.
Pulau Mabul dikatakan salah satu lokasi fotografi-makro terhebat di dunia. Pulau ini yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi tidak jauh dari pantai Sabah di kelilingi terumbu karang yang melandai sedalam 2 hingga 40 meter.
Kalau dah namanya Mabul, mestilah menyelam kan? Kalau sudah namanya menyelam, tong gas ni mestilah ada..
Pulau seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik pribumi Negeri Sabah.
Yang tidur ni namanya Sandrix..Penyelam sambil minum air… betul ka aku eja namanya ni Sing? haha
Menyelam skuba adalah aktiviti utama di pulau ini dan selaman boleh dijalankan sepanjang tahun. Antara hidupan laut yang terdapat di sini ialah kuda laut, tapak sulaiman, ikan goby, ikan baji-baji, 'pipefish' dan belut ular. Terdapat lebih dari lapan tapak selaman yang popular di sini di mana setiap satu dengan kelebihannya yang tersendiri.
Ni view dari atas bot.. mengantuk gila time ni.. angin yang best..
Terdapat tiga buah resort di sini yang menyediakan tempat penginapan untuk penyelam skuba - dua terletak di pulau ini sementara satu lagu terletak di atas sebuah pelantar minyak yang telah diubahsuai kira-kira 500 meter dari pinggir pantai. Kesemua resort ini boleh mengatur lawatan sehari ke pulau yang berdekatan iaitu Pulau Sipadan dan Kapalai.
Ok dah sampai.. Gambar aku ni mungkin tak lawa, tapi view ni memang serius lawa..
Sesampainya di sana, yakni di Resort Uncle Chang, kami diberi kunci bilik. Lepas tu sarapan. Itu sememangnya biasa. Yang tidak biasa ialah selepas itu kami dibawa untuk Snorkeling di sekitar Pulau Mabul. Lepas tu balik lunch, then pergi snorkeling lagi di Kapalai. Tidak dapat ku gambarkan keindahannya kerana aku tidak membawa kamera ketika snorkeling. HEHE..
Petang pula, sudah pastinya kami akan pergi mengambil gambar. Konon-konon tourist la katakan…
Hey kids! I’m from Finland! Smile for my camera ok!
HAsil gagal. Terlalu banyak cahaya kat muka budak tu.. aisehmen…
Watcha doin’ boy??
Bakal peneraju kepimpinan wanita negara di masa hadapan…
Sememangnya hanya gambar budak-budak sahaja yang berani aku tangkap. Gambar orang tua masih kurang berani lagi. Takut kena sabit. hahaJangan takut adik! saya bukan alien. Saya juga manusia seperti anda!!
Hey kids! I’m a tourist.. Not terrorist ok!!
Ekceli ni semua gambar kanak-kanak masyarakat tempatan, iaitu Bajau Laut. Very friendly mereka ni. Tapi bila mereka cakap ‘give money give money..’, aku terpaksa buat-buat bingung dan berlalu pergi…
That’s it for this time. Banyak lagi gambar nak share. Memang kureng smart. Tapi ni je mampu. Apapun menghayati keindahan alam beserta resam penghuninya memang best. Kalau anda seorang yang suka travel, lihat dunia, this is a right choice. Kalau nak pi, boleh book kat SINI… Promote sket!
bersyukurlah kau dapat p sipadan.....
ReplyDeleteaku sangat jeles ok....
uplod lg pic kamu d sana
fuyoo!!!
ReplyDeletemenarik gambar2 ni..
thanx sudir ~~~
ReplyDeletecool.. nnt mo pgi sna la.. hehe
ReplyDeletelama tak jumpa uncle chang ni... kirim salam dgn dia... ceh macamlah uncle ni ingat aku.huhu
ReplyDeletewow!menyelam.sgt best.tapi tkut airr dalammmm . mandi pun malas! XD
ReplyDeleteBest gila jejalan ke sana! Cantek kot!
ReplyDeletegambar sume terbaek.. !
ReplyDeletecantiknyer...
ReplyDeleteMY RECENT POST : Jom pegi Digi K-POP Live Concert di Malaysia
semua gambar di atas cantik2..alisya mahu ambil gambar seperti anda juga..tp xmampu nak beli dslr lagi..
ReplyDelete