Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Tuesday, November 16, 2010

Airport Lama, Tawau

Assalamualaikum
[Aku dapat posting di Sabah… Alhamdulillah]

Helo semua. Agak lama aku tidak memberi perhatian serius terhadap blog ini. Banyak agenda penganggur yang aku harus selesaikan. Tambahan pula esok lusa dah nak raya kan. Maka dengan itu, hari ni aku nak post gambar lagi. Kali ni kami ber-Outing di Lapangan Terbang Tawau. Yup..ia merupakan bekas Lapangan Terbang Daerah ini.

Kepada yang mempunyai memori berkapasiti tinggi, mungkin anda masih ingat peristiwa Pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS)  yang mendarat di lapangan terbang ini, terbabas arah sehingga merempuh kira-kira 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti yang terletak hujung landasan. Peristiwa berdarah itu berlaku pada 15 September 1995. Kematian dianggarkan dalam 34 jiwa. Al-Fatihah.

Ok mari layan gambar. Outing kali ni dijayakan oleh 3 karyawan amatur yang teratur. Kami semua sekelas dahulu haha. Tema : Potret

IMG_43481 copy


Oh ya.. Pada kali ni dengan rasminya aku akan menggunakan watermark baru. INFLULENSA.. Setelah banyak kali bertukar nama, macam orang tiada pendirian, aku akhirnya mengambil keputusan menggunakan nama ini. Ilham diperoleh ketika aku selesma. Sick smile Sick smile. In case kalau ada dah terguna nama ni, please let me know ok! Aku dah google. Takde. yeay!



IMG_4336 copy

Model-model pun amatur juga seperti tukang tembaknya. Tapi tidak mengapa, terima kasih kepada mereka.. kawan semasa sekolah dahulu. Apalah gunanya kawan kan?

IMG_4372 copy

Satu yang menarik pasal Airport lama ni, kat sini ramai orang melepaskan gian terhadap hobi masing-masing. Contoh, Drag Race, Drift, main Helikopter remote, Merempit, Main layang-layang, dan semestinya, amik gambar.

IMG_4401 copy

This is my good friend Liau. Aku sekelas dengan dia dari form 1 sampai ke form 6. Tak pernah pon rapat. Tapi bila dah tua-tua ni jadi kamceng pulak sebab minat kat menatang yang sama. Dan lihatlah dunia betapa canggihnya ‘Botol air’ yang beliau pegang itu.

IMG_4357 copy

Kadangkala gambar kaki pun boleh menjadi subjek yang menarik. Ye lah, kalau muka model itu agak berjerawat dan tidak pandai senyum, tukang gambar bolehlah beralih ke kaki mereka. (Tapi member2 aku ni murah senyuman ok!)

IMG_4361 copy

Dari kiri : ShamsulYusoff, Fasha Sandal, & Lisa Surirumah. (Semua pun bukan nama sebenar)

IMG_4351 copy

Lumrah dunia. Selepas amik gamba mesti nak terus tengok. Kalau tak cantik delete. Perempuan terutamanya. Benda-benda sebeginilah yang akan menyebabkan bateri cepat habis.

mangsa edit baru copy

Poster filem ‘Dunia Burok the Movie”

Kadangkala kita boleh memanfaatkan masa ketika ramai utnuk melakukan aktiviti bermakna lain, selain ambik gambar semata-mata. Contohnya, menyambut Hari Jadi ke 24 tahun rakan yang memandu Toyota VIOS dan bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris.

 IMG_4403

Birthday girl ialah yang ditengah-tengah tu. Yang lain hanya menumpang glamour sambil menunjukkan muka tak sabar mahu makan kek.

mangsa edit baru1 copy

Selamat Ulang tahun. Moga panjang umur murah rezeki cepat kahwin dapat bayar kreta. Amiiin~~

Setakat itu saja buat kali ni. Hamba pun masih belajar. Main snap and edit cincai je ni. Life is a learning process. Without it you are no better than an empty bottle floating on the sea without somewhere to go. Ni kata-kata hikmah yang aku cipta beberapa saat lepas. Wassalam.

SudirSuichi


15 comments:

  1. aku se-maktab ngn c tazha..
    uik..lama xnmpak kmu smua bha..
    matang2 suda..t'utamanya c harma..n c ride'.
    kekekeke ;D
    ermond maintain comel.
    yg len aq xknal.

    ReplyDelete
  2. uik..tahnia posting d sabah ba dia..huhu..d twu jgk ka??? uik..cantik oo ko ambik gmbr..aku mo jadi model mu blh ka??haha....

    ReplyDelete
  3. sukur la nak. dapat posting dsabah...
    aku pung mo jadi modelmu jugak! huwaaaa

    ReplyDelete
  4. @ Linda & isephia : ba mari la aku gambar... bagus juga kl kmu volunteer~~hehe

    ReplyDelete
  5. wah...tgk tajuk teringat airpot pernah mndarat sana..heheh

    ReplyDelete
  6. kak ct tengok ok je model2 over the time tu...maksudnya part time le. kekadang muka serius lagi menjadi bila amek utk mode potret.

    salam eid-dul-adha.

    ReplyDelete
  7. smart woo gambar2 ko tu. ngehehehe. jom turun kk, ko jadi sifu jurufoto. ngehehe

    Blogger 20 Sen

    ReplyDelete
  8. padu lens si liau tu.. that one is 70-200 f2.8 vr2 ok! mau pulang ke tawau skg.. haha..

    ReplyDelete
  9. airport lama----> kampung lama aku sebelum terbakar... really miss it

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!