Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Wednesday, December 8, 2010

Sightseeing.. Mabul.. Episode 2

Assalamualaikum
[Salam Maal Hijrah buat semua]

Yeah hari ni hari cuti. Aku sememangnya sedang bercuti, namun suasana cuti ni aku turut rasai. Walaupun badan aku sekarang menyerupai alien akibat cacar, namun badan masih lagi kuat. Itu yang harus disyukuri.

Bercakap mengenai cacar ni, aku pun tak sure ini cacar atau bukan. Begini, masa snorkeling dahulu aku dan rakan-rakan disengat obor-obor secara berjemaah. Kesannya hanyalah seperti gigitan nyamuk. Sebagai anak didik Rambo, aku mampu bertahan. Kemudian sekembalinya ke Tawau, aku makan nasi goreng Kampung kat Restoran Singgah Selalu. Begitu ramai udang yang terdapat pada nasi itu. Sejurus selepas makan, kepelbagaian bintik dan kesan seperti cacar terus memenuhi segenap tanganku. Lebih teruk dari kesan sengatan obor-obor itu.

Allergi barangkali? who knows. Setahu aku, aku tidak alah kepada apapun kecuali mak & gelpren aku. Dan kini, aku boleh berbangga dengan kesan bintik itu kerana ia sudah menjengah ke sekitar kaki dan leher aku. Congratz Dir!

Tersasar seketika.. Ok teruskan lagi dengan gambar. Seperti yang tertera pada tajuk, gambar kali ni masih mengenai percutian aku yang ditaja oleh Uncle Chang. A very awesome experience tau…

Kali ni aku nak fokus pada pemandangan sahaja. Kadangkala view dan pemandangan yang menarik tu mampu menggoda nafsu anda untuk melawat sesuatu tempat.

IMG_5077

Pokok kelapa. Siapa yang tidak tahu? Pulau mana yang tiada pokok kelapa? Oh ada.. Orang yang dipulaukan. Mereka tiada pokok kelapa. Di pulau ini pokok kelapanya tinggi-tinggi belaka. Jika anda menggunakan khidmat monyet untuk memetik buah, mungkin anda terpaksa membayar double akibat jarak ketinggian pokok yang agak melampau.

IMG_5040

Pemandangan petang. Bot-bot yang kelihatan adalah hak milik penduduk tempatan. Itulah rumah, itulah tempat cari rezeki, dan itulah tempat menambah populasi rakyat. (if u know what I mean)


m5


Kalau pokok buruk ni terletak di tengah bandar, mungkin ramai yang kata ia mencacatkan pemandangan. Tapi bila ia terletak di tempat macam ni, ia boleh mencantikkan lagi pemandangan. Kesimpulannya, jika anda rasa diri anda buruk atau hodoh, datanglah ke pulau bagi mencantikkan pemandangan.


m3


Petang tu kami berkesempatan menaiki bot mengelilingi pulau. Dasar laut dipenuhi ribuan Tapak Sulaiman. Dapat bayangkan? Mengapakah si Sulaiman meninggalkan tapaknya di pulau ini..


IMG_4988_89_90_91_92_93_tonemapped


cuba membuat HDR. MAsih Huduh. Tiada orangkah yang boleh mengajarku? Anyway, ini pemandangan time subuh. Itu bukan pelantar minyak. Tapi resort semata-mata. Menarik bukan?


IMG_4980 Panorama-2 copy
Ni view dari hadapan aku… Kami atas jeti time ni..

IMG_4975 Panorama-2 copy
Ni pulak apa yang ada di belakang aku…

IMG_5081

Sejuk hati memandang view yang permai sebegini. Tenang rasa di hati. Mereka yang suka membuang air besar (a.k.a berak) di atas permukaan pantai ini seharusnya merasa sangat berdosa kerana merosakkan kecantikan pantai.. shame on you!!

IMG_4925

Senja at Mabul. Aku suggest pada mereka yang mahu honeymoon, ada banyak duit, dan suka bergambar, datanglah ke sini. Kalau perlukan jurugambar, just call me. hehehe.

IMG_5014

SWV. Sipadan Water Village. Walaupun namanya Sipadan, tapi terletak di Mabul. Mengapa? Sipadan tidak boleh masuk suka-suka hati makcik tiri korang ja ok. Tempat ni agak luas. Datanglah. (aku suh korang datang sebab aku tak mampu)

IMG_5101

Kadangkala aku cemburu melihat orang asing yang datang ke sini. Mengapa?
1. MEreka banyak duit.
2. Gulfren mereka seksi dan lawa (walaupun ia kelihatan seperti silikon).
Tapi yang patut kita cemburui, ialah mereka lebih tahu bagaimana menghargai alam sekitar. Walaupun tidak semua tapi yah… itu hakikat.

m4

Pokok kelapa + bunga + rumah kampung + matahari. Semua elemen penting bagi mereka yang inginkan terapi akibat putus cinta ataupun gagal exam lesen motor.

IMG_5078

Silhouette. I don’t know how to paint. That’s why I became a photographer. – Ayat best yang aku celup dari seorang jurugambar hebat. 

m6

View menghampiri sunset yang meragut jiwa. Kalau tempat ni dijadikan tempat shooting cerita Nur Kasih, aku rasa cerita tu boleh laku sampai ke Filipina.

Sekadar ini saja kali ini. Maaf aku banyak merapu. Ramai tak suka. Tapi takpa la kan. Maaf juga kalau gambar yang ramai ni buat page lambat load. Maafkanlah hamba. Hamba pun hamba juga. Doakan aku cepat sembuh.

Final Words, Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah. Maal hijrah mungkin tidak semeriah Tahun batu masihi kerana tiada bunga api dan pesta pergaulan bebas. Tapi percayalah, as a Muslim, this is your real identity. Selamat!

SudirSuichi

23 comments:

  1. suka gambar yang last sekali. cun habiss

    ReplyDelete
  2. Cantik yang gambar last tu, ble kasi jadi wallpaper ka? ka ko mencas juga macam c ermond?

    ReplyDelete
  3. wah pokok kelapa pon nampak cantik..
    nice edit..

    ReplyDelete
  4. @ ann : haha amik ja... aku nda cas jan risau... tapi lain2 la mukaku... hehehe... =p

    ReplyDelete
  5. cantek!!jeless!nak pigi mabul woooo!!

    ReplyDelete
  6. Adoiii rindunyaaa ngan mabul....... cantik kan.. lepas tu macam tenang jak di sana...

    ReplyDelete
  7. http://mizamija.blogspot.com/2010/12/cantiknya-pulau-mabul.html

    weeiii!!p belog saya!eheks..i pinjam jap pic mabul u!!

    ReplyDelete
  8. super duper santikkkkk.......thumbs up ^_^

    ReplyDelete
  9. perghh terangkat mata..nice pic

    ReplyDelete
  10. hijau itu indah dan permai~salam ziarah~

    ReplyDelete
  11. ya Allah..sumpah cantik sangat..indah sngt..hurmm..
    teringin sangat nak pegi.. :)

    http://kuatmerayau.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. walaweii..

    cantik sungguh bro !


    auto ke set manual?

    ReplyDelete
  13. @AZrina ; mostly guna av.. kdg2 try hdr.. auto tak kot~~ hehe

    ReplyDelete
  14. good job bro

    ak hny mampu mlihat keindahan alam..

    ReplyDelete
  15. apasal ko di taja ni,, Uncle Chang tu sape? Gula Daddy ko ekkk (senyum2 takmmo marah2 aku gurau je ar =p)

    ReplyDelete
  16. suichi: cantik sungguh gbr2 ni....

    p/s: slm kenal dari saya....AZZEY....

    ReplyDelete
  17. sangat cantik!!! nanti nak pergi sini lah =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!