Assalamualaikum
[Minggu ini aku bermalas-malasan lagi]
Berkhatan adalah termasuk dalam sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud:"Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda: lima perkara yang menjadi sunnah nabi-nabi iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencukur misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak "(Riwayat Muslim)
Hukum berkhatan bagi lelaki dan perempuan adalah wajib mengikut imam Syafi'i sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :" Daripada 'Uthaim bin Kulaib daripada ayahnya, daripada datuknya, bahawasanya ia datang menemui Nabi s.a.w sambil berkata: "Sesungguhnya aku telah memeluk Islam lalu baginda s.a.w bersabda: "Cukurlah rambutmu ketika kafir dan berkhatanlah ". (Riwayat Ahmad)
Hukum berkhatan bagi lelaki dan perempuan adalah wajib mengikut imam Syafi'i sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :" Daripada 'Uthaim bin Kulaib daripada ayahnya, daripada datuknya, bahawasanya ia datang menemui Nabi s.a.w sambil berkata: "Sesungguhnya aku telah memeluk Islam lalu baginda s.a.w bersabda: "Cukurlah rambutmu ketika kafir dan berkhatanlah ". (Riwayat Ahmad)
Wokay, itu adalah sedikit penyegar buat kita tentang kewajipan berkhatan. Mungkin ada yang bertanya mengapa kita perlu berkhatan atau bersunat kan? Rasanya tidak perlulah aku cerita apa itu berkhatan sebab semua pun tahu. Even nowadays, many non-Muslims also do this.
Baru-baru ini telah berlangsung majlis berkhatan beramai-ramai di kampung aku, Kampung Pasir Putih, Tawau. Disempurnakan oleh wakil Parilimen kawasan kami, iaitu Datuk Ghafur Hj Salleh. (Ntah betul ka aku eja mana dia ni). Kalau sudah namanya beramai-ramai, maknanya ramailah budak lelaki yang ‘bertuah’ merasakan nikmat pada hari tersebut.
Acara bersiram atau mandi beramai-ramai. Sudah menjadi satu kemestian yang mesti dilakukan. Yang penting ada air.
“kamu mandi la puas-puas ya… Mandi… jangan malu… tahu la nasib kamu lepas ni..
Majlis sebegini sememangnya banyak di adakan di seluruh Malaysia khususnya pada masa cuti sekolah. Selain dapat menguatkan silaturahim sesama penduduk setempat, program sebegini juga mampu menguatkan lagi jeritan kanak-kanak ketika disunat haha. Ok I’m just kidding ok.
Yang Berhormat sedang menenangkan seorang budak yang bakal di’projek’ sebentar lagi.
Pada hari tersebut aku berkesempatan untuk turut berada di dalam bilik pembedahan. Tujuan, untuk mengambil gambar seorang kawan baruku, yakni seorang doktor yang turut terlibat dalam program ini. Kaedah berkhatan yang beliau gunakan adalah terbaru, iaitu menggunakan laser.
Ok yang di atas ini ialah peralatan yang digunakan. mungkin anda boleh membelinya dan cuba menyunat anak anda ataupun anak jiran. Kidding ok. Pada hemat aku, teknik baru ni mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedah konvensional sedia ada. Contohnya,
2. Faster! – Anda tidak perlu penasaran disunat lama-lama.
3. PEmotongan yang kemas. So jahitan pun lebih kemas.
4. Tidak memerlukan bandage. Sebab bleeding takde kan?
Gambar-gambar di atas menunjukkan proses atau prosedur berkhatan menggunakan kaedah ini. Sebelum itu aku ingin meminta maaf kerana telah men-sensor gambar-gambar di atas. sebab blog aku ni masih under kategori U [untuk tatapan Umum]
Gambar 2 : Proses menyepit, ataupun clipping, bagi memudahkan proses memotong
Gambar 3 : Proses memotong kulit. Perhatikan cahaya merah di atas. Itulah yang akan mengubah segalanya.
Gambar 4 : In case ada bleeding, teknik ini digunakan
Gambar 5 : Proses menjahit.
Gambar 6 : Proses menyapu ubat. Untuk protection.
------SEmua prosedur ni aku karang berdasarkan pemerhatian aku ok. So jangan ambil serius. Hanya sekadar info yang tidak penting. Hehe.
DIsinilah titik permulaan seorang kanak-kanak berubah menjadi lelaki…
“Tenang ye nak.. pak haji sudah experienced buat benda-benda ni… rilek je..”
“Oh Tuhanku.. jika ini mimpi sedarkanlah aku dari terus dibuai…” --- Katanya dengan penuh cuak! hehe
Budak ini berbakat untuk menjadi stunt man apabila dewasa kelak. Tahan sakit. Masih mampu tersenyum tatkala semua rakannya menjerit hiba…
Just lie yourself, relax, and let the doc do the job.. trust him ok…
Waiting list. Mereka mungkin kelihatan gabra, tenang, dan sebagainya. Namun percayalah jauh disudut hati, gelora itu Tuhan saja yang tahu, Apatah lagi selepas menyaksikan rakan mereka ‘tumbang’ satu persatu. –Aku ni bercakap berdasarkan pengalaman ok!
Namun sebagai seorang yang sudah bersunat, aku begitu terhibur pada hari tersebut. Melihat telatah adik-adik yang pelbagai ragam. Hahaha.. Baru korang tahu langit tu tinggi rendah..
Kesimpulannya, bagi adik-adik di luar sana, janganlah tunggu sehingga anda hendak menduduki PMR baru hendak bersunat. Bukan hanya kerana ia kewajipan agama, tapi sebenarnya banyak kebaikan disebaliknya. Ye la sebagai orang Islam, kita kena yakin yang setiap suruhan yang kita kena lakukan tu, kebaikannya akan kembali kepada kita juga ye tak?
Semoga program-program sebegini dapat diteruskan lagi khususnya di kampung aku ni. Sesungguhnya kampungku ini sangatlah indah. Penduduknya pun baik hati belaka. Bila terkena musibah banjir banyak kali pun masih tenang sahaja tidak bersuara. Sekian.
hahaha..teringat kenangan masa aku bersunat beramai-ramai masa darjah dua time tu thn 1999..
ReplyDeleteAku 2nd person pulak dlm waiting list..muahahaha :D
nsib baik sy ta jadi lelaki , tkot kot ! :p
ReplyDeletehaahahahaha padan muka dengan adik2 skang.Rileks lah,zaman kita dulu xmcm zaman dieorang,pakai gunting,3,4 hari baru baik.
ReplyDeletehayoohh!! seram plak tgk pic2!! hahahaha.. siap nangis2 diorg.. kesian.. hahaha
ReplyDeleteteringat zaman aku dulu. haha.
ReplyDeleteLive Blog: belog! my Oxygen
teringat zaman berkhatan ramai2..
ReplyDeleteheheeee
takot..!
ReplyDeletehhuhu...
meriahnya laaa...
ReplyDeletebila wat ramai-ramai nie leh hilangkan takut
hahahaha... tengok gmbr pun dah nak tergelak.. tpi ksian gak kan.. hehehe
ReplyDeletehahahahaahahha...lucu ba waiting listnya ^_^
ReplyDeletenice shoot..
ReplyDeleteteringat zaman2 khatan dulu...hihih
adui baaa..mcm kesakitan org beranak jak aku tgk..hahaha..lawak eh!
ReplyDeleteGambar last, yg budak first sekali, mcm org frust pulak. alohai.
ReplyDeletehaha best....nice edit bah..
ReplyDeletedtg nak berkawan dan folo dia, folower ke-744..jengukla bl kia dn folo ugek ye..mksih
ReplyDeletesakitnye!!sian dorg..hehe
haha..ni dah kes mandi dah ni, siap owg bomba dtg ni ..haha
ReplyDelete<asih mengamalkan berkhatan beramai-ramai ye.Dulu berendam dlm sg . sekarang bomba yang pancut.
ReplyDelete