Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Tuesday, February 14, 2012

Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012


Assalamualaikum

A quick brief : Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau telah diadakan pada 11 Februari 2012 yang lepas. Temasya tahunan yang baru berusia dua tahun ini merupakan satu Identiti daerah Tawau yang diwujudkan bagi mengetengahkan kepelbagaian kaum yang terdapat di Tawau khususnya dan Sabah amnya. Selain itu, Festival ini juga secara tidak langsung mampu mempromosi daerah Tawau di peringkat antarabangsa.

Ok pengenalan yang cukup skema itu amat memedihkan jari jemariku yang menaip ini. Sebagai kakitangan kerajaan yang rajin kerja tapi malas update blog, dewasa ini aku hanya mampu berblogging jika ada event menarik berlaku disekitarku.

Masuk tahun kedua krew Tawau Bloggers / Tawaurian diberi peluang untuk turut sama menjayakan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau. Bukan nama yang dicari, Bukan menggambar untuk koleksi diri, ataupun berpoyo mengusung kamera kesana-sini. Segalanya kami lakukan demi minat dan rasa sayang kami kepada daerah Tawau tercinta. Ya mungkin kata-kata sebegini hanya wujud dalam drama korporat bersiri. Namun bila bercerita pasal ikhlas, tentunya Allah saja yang tahu.

festival kebudayaan antarabangsa tawau 2012-5
Jemputan dari Indonesia. Ni la aku malas ni. Kenapa mereka kiut??

Untuk menceritakan berkenaan etnik pada malam tersebut, tentunya aku tidak reti. Namun yang pasti, berbeza dengan tahun lepas, setiap kontinjen dalam Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 ini turut mempertontonkan kepada umum adat perkahwinan masing-masing. Melihat mereka sahaja boleh buat mereka yang bujang terus ingin berkahwin. OMG..

festival kebudayaan antarabangsa tawau 2012-15

Tarian dari adik-adik etnik Cina


Gambar Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 semestinya dihiasi dengan tarian dan kebudayaan setiap kaum yang menyertai. Seperti tahun lepas, tarian kaum tetap menjadi penarik utama pengunjung ke perkarangan Majlis Perbandaran Tawau. Bercakap mengenai penganjur kita ni, nampaknya kali ini terdapat beberapa penambahbaikan yang amat positif telah mereka lakukan.

festival kebudayaan antarabangsa tawau 2012-1
Pakaian tradisi Kaum Iban

Contohnya, kali ini aku tidak dimarahi petugas keselamatan. Mereka menegur dengan senyuman bak buluh perindu. He he.. Tapi ada pula rakanku yang kurang bernasib baik kerana diminta meninggalkan kawasan liputan. Walhal mereka inilah yang akan membantu mempromosi event ini. sila rujuk SINI

Pertama sekali, pentas. Astaka VIP Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau tahun ini dibina separas sahaja. Ini membolehkan orang awam dibelakang dapat turut sama melihat secara langsung persembahan etnik yang mengambil bahagian. Rakyat juga penting beb! kadangkala keselesaan mereka harus juga diambil kira. VIP kita kan berjiwa rakyat belaka. Mereka confirm tidak kisah punya lah!

festival kebudayaan antarabangsa tawau 2012-7
Pakcik yang ada style ini berketurunan Iranun.

Yang menarik sekali, wujudnya beberapa skrin gergasi untuk memudahkan pengunjung menyaksikan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012  secara langsung tanpa perlu berasak dihadapan pentas. Ini telah mengatasi masalah kesesakan di kawasan pentas utama kerana jika kesesakan berleluasa, mungkin bukan persembahan etnik yang kita tonton, tetapi pertempuran etnik. If you know what i mean..

festival kebudayaan antarabangsa tawau 2012-17

Special performance from Syria

Satu lagi kelainan festival kali ini, ialah terdapat persembahan jemputan dari negara India dan Syria. Brader dalam gambar di atas mungkin kelihatan lago-lago kerana mengenakan skirt seperti wanita. But when you see him perform, you will wish that he is your uncle. Gempak bang! sesuatu yang baru untuk kebanyakan kita. Beliau merupakan jemputan dari negara Syria. Tampil solo tapi mampu menggamat suasana. Bro, dont’ forget to test our nasi lalap and es Teler before you go back to Syria ok! and please tapau some amplang for your family!

festival kebudayaan antarabangsa tawau 2012-11
Sari!

Dengar-dengar akak di atas ni merupakan jemputan khas juga dari India. Juga tampil solo. Lincah menari sehingga sukar memperoleh gambarnya yang sharp. Anyway, to both contestant, thank you for joining our Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012. Mungkin tahun depan pihak MPT patut menjemput peserta dari korea pula. Kalau Korea, jangan hairan kalau Tawau dibanjiri jutaan peminat k-pop. Haha.

festival kebudayaan antarabangsa tawau 2012-6

Adik cumil berpakaian kaum Jawa. Wes Mangen Sarangheyo!

Apapun, tahniah kepada etnik-etnik yang mengambil bahagian. Bukan senang untuk membuat persiapan untuk Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 ini. Komitmen peserta, perbelanjaan, dan proses menyediakan pakaian etnik bukalah satu perkara mudah. Tiada baju bodo’ dijual di servay. tiada cheongsam dijual di pasar gantung, dan kedai kain Pakcik pun belum tentu ada jual baju tradisi kaum Lundayeh.

festival kebudayaan antarabangsa tawau 2012-16
Juga kepada pihak Majlis Perbandaran Tawau, tahniah atas penganjuran berprestij sebegini. Jutaan terima kasih kerana sudi memberi kami dua bijik pass untuk memudahkan kami merakamkan event ini. Tahun depan bagi lah lagi ok. Meriah tu Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau kalau kami ada.

festival kebudayaan antarabangsa tawau 2012-13
Jangan susa anak. Papa ini orang kaya…

Maaf kerana tiada gambar artis yang membuat persembahan. Adira, kamu memang cantik tapi aku sudah dimiliki. Next time ok! Seperti biasa gambar selebihnya anda boleh lihat di Facebook page kami, TAWAURIAN, dan juga di Facebook AKU. Dan tidak lupa juga FlickR beta yang usang seperti blog ini.

festival kebudayaan antarabangsa tawau 2012-10

Finally, lets ask ourselves. Why is it important for us to preserve our culture? The picture above might give us answers. Till next time, see you in Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2013!

*Sudir Suichi*

5 comments:

  1. well done bos! nice punya liputan...just for your info, kesian tu org.Syria...dipelawa makan buah, dibantainya durin sbb belum pernah dia rasa...sekali tu susah mo tidur malam...dan satu lagi, Korea ada dlm senarai jemputan asal, tapi last minute dorg x dapat datang sbb "clash event" klu x silap...hopefully ada next year ^_^

    ReplyDelete
  2. pembetulan: *durian...
    -as-

    ReplyDelete
  3. nice...great photo...rugi tak pergi...

    ReplyDelete
  4. wow! thanx for the info.. thanx a lot ya!

    ReplyDelete
  5. seronoknya event ni.. sayang saya tak dapat datang sebab terlibat dengan aktiviti perkemahan sekolah.. huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!