Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Sunday, December 26, 2010

Seminar Program Transformasi Belia, 1Belia 1Malaysia


Assalamualaikum
[Sedikit emo hari ini… Grgrggrrrr]

Manusia suka tengok kekurangan orang lain. Apa yang slek dimata, itulah yang akan kita lihat? betol kan? But I’m no better than anybody else. Sama saja.

Mungkin anda pernah mengalami, anda kuat berusaha untuk senangkan hati semua pihak, mahu kumpul rakan-rakan sekali, ketawa bersama, cerita balik benda-benda lama, dan amik-amik gambar. Best kan?

Dan bila ada silap sedikit saja, mulalah ada yang merajuk, lupa kawan la, tegur pun tidak mahu. Ya mungkin kita tidak alim semacam mereka. Dosa buat kita dan pahala saja buat mereka. Percakapan kita kasar tidak seindah kata-kata hikmah mereka. Bukan meminta penghargaan berupa  cenderamata, tapi agak-agak la. Belum kira lagi yang sampai mahu jual kamera. Fuh~~ pening.

Mungkin aku harus bersara. Ya lah aku bukan harapan juga. Asal silap sikit nama kita juga dijaja. Mungkin aku tersenyum tapi ada sikit terasa.

**Best ka aku bergurindam? Me have talent to write lyrics tau~ hehe.

Siang tadi aku berpeluang  mengikuti Program Seminar Kenegaraan Transformasi Belia. Anjuran bersama Unit Pimpinan Anjuran Rakyat N.59 Tanjung Batu, dan Biro Tata Negara. Bagi kebanyakan kita, khususnya yang sebaya denganku, mungkin menganggap program sebegini hanyalah program budak-budak skema yang sangat skema. Tapi hakikatnya, jika mesej yang disampaikan benar-benar menusuk ke benak hati kita, ia boleh membuat kita menjadi insan yang lebih baik. Sangat berfaedah dan berguna buat belia.

Dari aspek menaip informasi, aku memang gagal total. Jadi aku selitkan saja beberapa info dari page TAWAURIAN.

Ceramah 1 : Pemuda Harapan Bangsa Pemudi Tiang Negara

Penceramah : Datuk Ibrahim Saad (Pengarah Biro Tata Negara)

Intipati ceramah beliau:
1) Belia perlu memiliki keperibadian yang baik, bersih dari segi rohani dan jasmani.
2) Memberi sumbangan kepada negara
3) Menggunakan teknologi dengan sebaiknya
4) Melakukan perubahan yang baik, mula dari kita, jangan tunggu orang lain.
5) Jangan banyak perubahan. Biar sikit-sikit.
6 Jangan bertangguh, laksanakan sekarang.
7) Tukar musibah menjadi nikmat. Tukar negatif jadi positif!
8) Perlu gunakan peluang kerajaan untuk belajar


Komen aku : Ceramah yang sangat menarik. Datuk Ibrahim pandai ‘tackle’ perhatian audience dengan ceramah yang bersemangat dan lawak jenaka yang membuatkan tahi mata kami tidak terhasil. Sangat peramah dan mudah didekati. Kami di TawauBloggers pun banyak mendapat kata-kata semangat dan info menarik dari beliau. 

Ceramah 2 : Kesan Ibadah Dalam Membentuk Imej Remaja

Penyampai: Ustaz Mohd Amin Bin Nasir (JAKIM Tawau).
Intipati ceramah:
1) Semua kerja yang dilakukan adalah bergantung kepada niat.
2) Ciri-ciri negara dan bangsa yang kuat adalah:
      a- Rakyat berjiwa besar
      b- Berwibawa
      c- Disegani dan bukan untuk ditakuti.
3) Ciri-ciri remaja yang kuat
-Rajin
-tidak suka meminta-minta
-keyakinan diri yang tinggi
-akhlak yang baik
-beriman
-berdisiplin
-kebersihan hati (tidak dengki melihat kejayaan orang lain & tdk mempertikaikan krjayaan org tersebut)
-mengelakkan diri daripada gejala sosial
-kemas dalam ibadahnya.
4) Penceramah juga menjelaskan kepentingan ibadah dalam kesihatan dan pemikiran individu.


Komen aku : Nama pun Ustaz, tentulah semua isi ceramahnya bermanfaat. Aku suka part dia mengajar peserta cara sembahyang dengan betul. Sujud mereka dikerjakan Ustaz ni. Hehe. Apapun, pengisian kerohanian sebegini sememangnya sangat wajar dalam sesuatu seminar bagi memantapkan lagi input peserta.

Ceramah 3: Mengenal Potensi Diri dan Penetapan Matlamat.


Oleh: Ustazah Hajah Shamsiah Hj Bahron.
Peserta seminar dikehendaki membuat senarai sifat yang buruk pada diri sendiri dan cara pembaikannya. 4 peserta telah membentangkan respon kerja mereka iaitu:
Antara kerjayaan sesi ceramah ini adalah ianya dapat membuat peserta memberi tindak balas atas apa yang telah Ustazah Hajah Shamsiah bentangkan.  Semua sifat negatif remaja dapat dikongsi dan dapat ditegur secara profesional melalui pendekatan keagamaan.
Intipati ceramah:
1) Solat adalah ucapan terima kasih kepada Allah.
2) Masa adalah umpama pedang, kalau kita tidak potong, ia yang akan memotong.
3) You are what you eat.
4) Kalau sesat, kembali ke pangkal jalan.


Komen aku: No komen. Time ni aku sudah tiada di tempat kejadian. Open-mouthed smile


Kesimpulannya, program-program sebegini mencerminkan kesungguhan pihak kerajaan untuk mendidik dan membentuk belia kita agar menjadi lebih berilmu dan berjati diri. Seminar ini bukanlah yang pertama, dan sudah tentu bukan yang terakhir kalinya diadakan. Oleh itu, belia seharusnya merebut peluang  yang ada kerana tidak semua bertuah mengikutinya.

Bak kata orang bugis tua-tua, we are the next generation.  The one that will take over this country someday. Our job is simple. Just work hard to be better than the previous one.



SudirSuichi


2 comments:

  1. chill, jgn emo-emo. Nanty mood berblog tak sampai lak :) Good for u sbb bminat mngikuti program mcm ni. Coz as u said, program mcm ni kebanyakan org fikir hanya sesuai utk si skema dan yg sgt skema shja. Good entry ^^

    ReplyDelete
  2. Down2TheDumps punya org klu berkata-kata...haha. Ko skema2 jg sudir tp dr ujung rambut sampi paras dagu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!