Assalamualaikum
[Aku mahu diet…serius!]
Mukaddimah : bulan 1 tahun depan aku akan mula mengajar. Bagi mereka yang banyak pengalaman, tentu tiada masalah. Bagi guru baru seperti aku ni, banyak yang aku runsingkan. Ya aku pernah praktikal. Juga pernah menjadi guru ganti. Namun jangkamasa 3 bulan menganggur sudah cukup untuk membuat otakku berkarat sehingga nombor telefon sendiri pun aku lupa.
Teruskan dengan topik utama. Episod akhir percutianku. Seperti mana-mana cerita yang kita tengok di TV, penghujung atau ending cerita mestilah sesuatu yang gempak. Tak kira la Happy or Sad ending, kita mahukan sesuatu yang gempak wa cakap lu. Penghujung percutianku ini pun sama. Teramatlah gempak. Terima kasih buat penaja kami, Uncle Chang yang sememangnya gempak.
Pada mulanya kami bercadang untuk berada di Mabul hanya 2 hari 1 malam sahaja, Almaklumlah, segan juga hendak tinggal lama-lama secara percuma. Sudahlah kuat makan, bising pulak tu.
Namun pada hari kedua, dengan tiba-tiba Uncle Chang mengOffer kami untuk pergi snorkeling di Pulau Sipadan pada keesokan harinya. Sipadan ok! Sipadan! Korang pun tahu kan? Untuk pengetahuan, setiap hari hanya 120 permit diberikan kepada resort-resort untuk membawa masuk pelancong. Meaning, hanya 120 orang sahaja yang akan berada di Pulau Sipadan pada satu-satu hari, tidak termasuk kakitangan ya.
Dengan hidung berasap, dengan nafsu bergelora, kami menerima offer itu tanpa segan silu dan lupa dunia. Maka keesokan harinya, selepas buncit bersarapan, kami pun bertolak lah ke sana bersama beberapa penyelam atau Divers yang pastinya berkulit putih.
Di mana letaknya kekuatan Hang Tuah? Di kerisnya ka. atau di tenaganya? ---- Persoalan ini juga boleh dilontarkan apabila melihat pulau Sipadan.
Di mana letaknya kecantikan pulau Sipadan? Di pulaunya ka, atau di dasar lautnya? ----- Tidak perlu kujawab kerana korang pun mesti tahu,