Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Friday, December 10, 2010

Pewaris Pulau Mabul…. Episode 3

Assalamualaikum
[Masih kelihatan seperti alien… hehe]

Untuk hampir seminggu ni aku berada di rumah. Kadang-kadang keluar juga la untuk berjoging dan menghantar ibuku. Sungguh terasa kekangan apabila badan dipenuhi bintik-bintik. Seperti buah nenas pun ada tau. Tidak mengapa. Sinar mentari akan muncul jua akhirnya.

Episod 3 pengembaraanku di pulau Mabul, Sipadan dan Kapalai. Yang sudah tentunya, ditaja oleh Uncle Chang. Mungkin ramai yang tidak mengetahui apakah itu Uncle Chang. Ia bukanlah nama seorang pak cik semata-mata. Aduh korang klik la link tu. Punya besar aku letak tu tahu. Klik la..

Jika sebelum ini aku fokus kepada view, pemandangan, landscape, kali ni aku mahu letak gambar kanak-kanak tempatan. Sejajar dengan tajuk blog aku, merekalah yang akan mewarisi pulau Mabul. Berbangsa Bajau Laut, mereka merupakan penduduk asli kawasan ini. So Jika anda pernah mendengar Cristiano Ronaldo mengaku beliau berasal dari Mabul, jangan percaya. Dia bukan orang Bajau.

m8

Gambar besar menunjukkan apa yang aku snap. Gambar kecil pula menunjukkan aku kena snap time snap gambar.. aduh aku pun pening.. Anyway credit to bro Ermond yang kini bercuti di Sulawesi.

IMG_5002

Jika kaum Bajau di kota Belud terkenal dengan kemahiran mengunggang kuda, kaum Bajau disini pula terkenal dengan skil dan kehebatan mereka beraksi di laut. Sebab tu nama mereka Bajau Laut, bukan Bajau Paya ataupun Bajau Pasir. Lihat saja pencapaian adik di atas. Ketika kami amik gambar ni, dia baru sahaja berjaya memancing ikan tersebut. Badannya masih basah lagi tau.


IMG_5006

Berkerut muka adik ni ketika aku mengambil gambarnya. Seperti sedang menahan hajat. Mungkin dia dalam perjalanan ke tandas tapi demi bergambar, dia sanggup menahannya.

IMG_5009

Anggun bergaya. Mengenakan fesyen rekaan Bernard Chandran, Berposing menggoda di pintu rumah..

IMG_5036

Ingatkah kita sewaktu kecil dahulu, cita-cita yang boleh kita fikir untuk jadi apabila dewasa hanyalah doktor, peguam, juruterbang, polis dan askar. Nak jadi askar dan polis pun sebab semata-mata mahu menembak kawan sendiri. Itu fantasi kita. Adik di Mabul juga sama. Walaupun sudah handal menangkap ikan, cita-cita menjadi polis yang tidak makan rasuah tetap ingin dicapai.

m11

Rumah. Masyarakat disini tinggal di rumah papan yang bertiang. Kebanyakannya dibina di kawasan pantai berpasir. Yang lambat mohon pasir pula terpaksa membina rumah bertiang di atas laut yang cetek. Begitulah uniknya masyarakat disini.

IMG_5052

Kita diseru untuk menuntut ilmu sehingga ke liang lahad. So kalau setakat menuntut ilmu atas pasir tu, shouldn’t be a problem you know…

m10

Bermain…melompat sini sana…. Scott’s Emulsion… Membantu saYe~~~~~

m13

Perhatikan gambar yang besar… Normal. 3 orang budak dengan penuh curious-nya memandang kearah kamera.

Perhatikan pula Gambar kecil…. Ohooo… Tidak normal.. Mereka tidak lengkap berpakaian. Dah la tak pakai seluar, main dengan pompuan pulak tu.. Maaf la kalau gambar ni agak 18 SX tapi kalau korang mahu lihat lebih jelas, bolehlah klik gambar untuk besarkan…. hahahaha

m9

Yang menarik pasal kanak-kanak di pulau ni, di usia sebegitu muda mereka tidak perlu hidup dalam keadaan rutin. Tusyen, kelas Karate, Kelas Berenang, pastu Tusyen lagi, semua tu tidak wujud disini. Mereka tidak kenal apa itu Sony Playstation, PSP, ataupun X-Box

m7

Gambar adik ni la yang paling aku suka. Puas hati aku lepas dapat snap gambar dia lepak atas bot kecik nih. thanx adik. Pesan abang, belajarlah rajin-rajin. Lap lah hingus tu jangan biar meleleh, dan kalau boleh pakai la baju. Sejuk tu main-main tak pakai baju. Walaupun sepatah apa pun aku cakap dia tak faham, good luck dik!

Apapun halnya, mereka tetap generasi pelapis negara di masa hadapan. Walaupun mungkin mereka hanya akan bekerja sebagai nelayan, pengutip hasil laut, mereka tetap berharga ok! Somebody has to do the job. Lagi bagus dari anak bandar yang ke hulu ke hilir tunjuk kuat dan asek nak pukul orang.

But who knows, mungkin ada antara adik-adik di atas ni yang akan menjadi perdana menteri Malaysia? tak pun Setiausaha PBB? Penyerang Manchester United? Dan jika itu berlaku, ketahuilah dunia bahawasanya cikgu Sudir pernah snap gambar mereka yeah!!

SudirSuichi

15 comments:

  1. Makcik suka sangatlah, gambar-gambar tu. Maaf kena bahasakan diri makcik, mungkin suichi sebaya anak. Next time, ajak anak bercuti di sinilah.

    ~Hijau itu indah dan permai~

    ReplyDelete
  2. Sudir Suichi: cantiknya gbr2 ni....

    p/s: slm ziarah..:)

    ReplyDelete
  3. agaknya kalo bakat anak2 bajau ni diketengahkan..akan lahir byk bintang sukan air kat negara kita kan

    ReplyDelete
  4. perghhh chanteq1 gambar....seyes kehidupan kampong nih la yg beshhhhh kan....hany nye kampung dah tak berapa kampong ler skrg....semua mcm ni dah hilang sikit demi sikit....

    ReplyDelete
  5. Rasa macam kesian pulak tgk budak2 tu. huhu.

    ReplyDelete
  6. nice gler pic..
    ske pic yg budak2 x pkai suar 2,..hahaha

    ReplyDelete
  7. belum pernah sampai lagi kat pulau2 di sabah.. adei.. pulau mabul pun cam best.. nice pic!

    ReplyDelete
  8. Gambar sangat stylo! Serius gua suka~

    ReplyDelete
  9. Wow cikgu rupanya..hebat2 hasil karya ni..

    ReplyDelete
  10. Salam..firstly, wow! sangat cantek...dan ada unsur kesenian di situ..secondly, keep it up! and lastly, i follow u.. :)

    ReplyDelete
  11. ades... nda aku sangka2.. hebatnya..nampak 2 element.. cm sa rasa sa dlam gambar 2 oo.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!