Assalamualaikum
[Senam untuk kesihatan anda, 20 minit setiap sesi, seminggu 3 kali]
Ragbi. Semua tentu tahu. Ia merupakan sejenis sukan dimana sebiji bola yang tidak bulat direbut oleh dua pasukan. Cara merebut pula tidaklah sopan seperti bola sepak mahupun hoki ais. Jika anda gemar merempuh dan dirempuh, Ragbi sememangnya tercipta untuk anda.
Baru-baru ini, (18.12.2010) bertempat di Stadium Kompleks Sukan Tawau, telah berlangsung [sila baca tajuk post] yang dianjurkan dengan jayanya oleh Persatuan Ragbi Tawau (PRT). Yang menjadi taruhan pada kejohanan ini ialah Piala Datuk Tawfiq. Datuk Tawfiq ni kami punya YB, in case ada yang tidak tahu. Selain Piala pusingan, johan juga bakal membawa pulang wang tunai Rm1500, yang kemungkinan besar akan digunakan untuk membeli jersey baru bagi menggantikan jersey lama yang telah koyak semasa kejohanan.
Itu ialah sedikit info mengenai kejohanan. Satu soalan menarik ; Mengapa aku ada di sana? Menyibuk ka? Lebih kurang la. Pada hari tersebut, aku berpeluang menJoinkan diri bersama geng TawauBloggers untuk membuat cover kejohanan tersebut. Sis Maya, bro Agus, Sankai, Lisa Ali & Jenny. Untuk membaca versi yang lebih lengkap mengenai kejohanan ini, silalah melawat blog mereka orait!
Antara pasukan yang mengambil bahagian. Aku pun tidak tahu berapa team yang join, apatah lagi mengingati nama pasukan mereka. Wujudku hanya untuk mengambil gambar. That’s one thing I love to do. Untuk senarai penuh pasukan dan pemenang kejohan ni, silalah lawat blog saudara Agus.
Kejohanan dimulakan dengan perlawanan pertujukan oleh sekumpulan adik-adik kiut yang pandai main ragbi.
Match pertama. Ya tuan-tuan. Asalkan anda minat dan sihat tubuh badan, anda boleh mencuba sukan ini. Tidak kiralah gemuk, kurus, botak, atau gondrong sekalipun. Hatiku terhibur melihat brader gondrong di atas. Rambutnya seakan-akan menjadi pembakar semangat untuk terus mara kehadapan.
Bila kali terakhir anda ditimang manja sebegini? ketika masih bayi bukan? Jangan risau. Mari main ragbi. Anda akan ditimang secukup rasa.
Bercakap mengenai peraturan, serius aku masih tidak berapa memahami. Cikgu aku pernah berkata, ragbi merupakan antara sukan yang agak sukar. Sudahlah ganas, peraturan pun sukar. Di barat sana, kebanyakan yang main game ni terdiri dari golongan profesional seperti doktor, jurutera, etc. So jelaskanlah kepada makcik-makcik diluar sana, bahawa sukan ini bukan calang-calang orang yang main.
Satu lagi yang menarik pasal ragbi, ialah semangat kesukanan mereka. Kerjasama dalam pasukan, dan semangat sesama atlet. Walaupun ada yang kena sepak, terajang, dan dikoyak bajunya sehingga terdedah spender, namun mereka masih mampu bersalaman dan tertawa bersama selepas perlawanan.
Astaghfirullah apa kamu buat tu..
Patutlah prestasi Chelsea semakin merudum sejak akhir-akhir ni. Rupanya Petr Chech sudah tidak minat menjadi goalkeeper. Dia main ragbi sudah…
Final preperation sebelum beraksi. Bermain secara pasukan memang best. Aku bukan seorang atlet tapi percayalah ini benar.
PLAYMORE to Work Better..
Perlawanan berlanjutan hingga ke malam. Yang ini merupakan match final antara pasukan Tawau Panthers A melawan SRC-Osca dari Kota Kinabalu. Ternyata pada malam itu aku berbangga lagi menjadi warga Tawau kerana pasukan tuan rumah memenagi kejuaraan.
Cayalah!!!
Kesimpulannya, tahniah diucapkan kepada Persatuan Ragbi Tawau kerana berjaya menganjurkan kejohanan seperti ini. Kita sudah punya stadium, yang tinggal hanyalah kesungguhan untuk menghangatkan lagi sukan di daerah ini.
**Ramai yang masih beranggapan sukan seperti ini tidak berfaedah. Saling merempuh, bergelut, dan berkejaran sampai ke hujung padang untuk merebut sebiji bola yang banyak terdapat di kedai. Belum kira lagi patah bahu, kaki terseliuh, dan gigi tercabut akibat disiku.
**Tapi ramai yang tidak menyedari, sukan semacam ini mampu membuat sesorang itu menjadi insan yang lebih baik, sihat, dan membanggakan orang kampungnya.
**Jauh lebih baik dari duduk melepak di bahu jalan, main gitar nyanyi sumbang, curi selipar mengorat anak orang, bergaduh dengan budak kampung sebelah, dan mengharapkan belas kasihan orang apabila pitik melekat di kepala. Sekian!
Aku suka tgk mber2 aku main ragbi..tp aku tak penah minat bersukan..hoho
ReplyDeleteyay! bestnya tengok banyak gmbar..lucu kata2nya..
ReplyDeleteAku ada jugak buat cover pasal benda ni..errr..gmbr yg tersimpan dlm lptp ini..dan jelasnya gmbr2 dari blog ku adalah dari ko punya memori kad.
http://lisaalicakap.blogspot.com/2010/12/perlawanan-ragbi-10s-bahagian-2.html
wah.. hebat kau busku menangkap gambar2.. tp lain pula cerita.. sama pla kasut kita.. hahha.. jan kau mara aa busku.. 1st view ni.. hebat...
ReplyDeleteSaya tengok macam kamu nei seorang
ReplyDeleteblogger yang peramah..
ad ssuatu yg ssuai tu kamu, jom kte
g tgk kt:
http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html
Tahniah, kamu seorang yang peramah!
(:
:)
(:
:)
ketawa sorang2 sambil membaca post nih ...ni exercise pipi dan jari pagi2 hahaha
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteTerasa teringin nak pi tgk perlawanan ragbi lepas baca entry nie
macam menarik jew
abang Baju no. 2 leh cekak pinggang lagi :)
suka tengok picta2 nie...cantik laa
ReplyDeleteSukan ragbi ni menakutkan .ganas sangat.Bukan calang-calang orang boleh bersukan ragbi ni.tahap fizikal ngan mental kena tinggi.
ReplyDeletemalaysia boleh!! hehe
ReplyDeletegemar merempuh dan dirempuh??
ReplyDeletehahhaaaa
tgk dorg men best je..tpi apkan dya,knangan phit main rgbi..trauma2...hehe
ReplyDelete=D mcm best pulak aku tgk.
ReplyDeletetersenyum2 baca postmu ni..hehe. pic pun lawa.
ReplyDeletesy bru d tawau dan berminat utk men..d mna ya abg2 argbi nh berlatih???
ReplyDelete