Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Friday, December 17, 2010

Siapa Pandai Berenang angkat tangan!!



Assalamualaikum
[Sedang mencuba YM beta yang baru..]

Salam 1 Malaysia. Hari ni aku buat entry pendek sahaja. Sekadar mencukupkan syarat bagi memastikan ke-Update-tan blog aku. Ketika aku menaip entry ni, mungkin ramai makcik-makcik sedang berjuang membeli periuk, sendok, ember dan beskong di bandar sana. 10 Muharram kan. Owh minta maaf bagi yang tidak memahami apa aku cakap. Bahasa Tawau. Hehe.

Pandaikah anda berenang? Bilakah anda pandai berenang dan siapakah yang ajar anda berenang?

Persoalan menarik. Bukan apa. Cikgu PJK aku pernah berkata, senaman terbaik ialah Berenang kerana hampir kesemua otot-otot kita akan bergerak ketika kita berenang.

Bila kita berjoging, hanya otot kaki yang banyak bekerja.
Bila kita bangkt tubi, otot perut merasa kesannya.
Bila tekan tubi, tangan yang banyak menderita.
Dan apabila kita mengumpat, otot mulut yang akan diguna.

So aku merapu sajalah hari ni ok. Aku teringin hendak berenang. Aku boleh berenang sejak kecil kerana aku sering curi-curi pergi mandi sungai tanpa restu orang tuaku. Siapa yang ajar aku berenang? Tiada. Aku jadi pandai selepas hampir lemas banyak kali. Semangat untuk Survive yang buat aku pandai berenang. Walaupun tidak hebat haha.

IMG_5274 copy


Jika anda membesar di kawasan kampung, aksi sebegini tentulah biasa bukan? Gambar ni aku amik di Tampi-tampi, Semporna. Yah semasa kecil aku juga pernah melakukan aksi sebegini. Alam kanak-kanak memang terbaik! Tidak perlu fikir pasal duit, cewek, assignment, dan politik.


162916_1728121481630_1196247242_1940440_7376591_n


Ni time aku snorkeling di Mabul. Berenang di sungai tidak sama dengan berenang di laut. Laut lebih senang bagi aku. Sebab senang timbul dan arus tidak sekuat sungai. Cuma yang menakutkan aku, kita tidak tahu di bawah laut itu ada makhluk apa. Jerung? kurita? PEnyu gergasi? itulah yang sering mengganggu fikiranku.

IMG_3755


Melompat dari tempat tinggi tu aku sudah tidak berani. Tapi yang ini, aku masih tidak ragu-ragu. Walaupun tidak slim, aku masih boleh beraksi sebegini walaupun kaki akan kejang sebentar lagi. HEHE.


Anyway, berenang itu memang best. Yang tidak tahu, belajarlah. Kamu pun tahu kutub utara dan selatan semakin cair akibat pemanasan global bukan? Paras air semakin meningkat dan mungkin satu hari nanti mahu ke masjid untuk semayang jumaat pun anda mungkin terpaksa berenang! Fuh jauhnya aku fikir. Sekian.

SudirSuichi

22 comments:

  1. hehe teringat masa kecil dulu...mane ada air kt situ ada aku hahahaha

    ReplyDelete
  2. teringat plak zzaman muda2 dulu
    heheeee

    ReplyDelete
  3. (angkat tangan) bolela sikit2.
    Tau ka why org beli gayung, jarum, n mcm2 time 10 muharram?

    ReplyDelete
  4. saya! saya! [bila boleh jatuh tangan nih?]
    padai berenang bila dah besar.
    blajar sendiri dlm kolam renang. dgn kawan2..

    masa skul..sungai selalu nmpk saya..hahaha
    curi2 juga. lepas kena sound dgn mak, mesti bg tau kalau nak mandi sungai. kena tulah br tau. hahaha

    sudah lama tidak swimminggg....winduuuu..... [tiba2 jerit mlm2 kan]

    ReplyDelete
  5. Tak tahu berenang sampai sekarang khe khe

    ReplyDelete
  6. masa kecik kecik dulu selalu teman abah g kelab golf. then g blaja berenang kat sana.

    sampai skang masih boleh berenang tapi x berani sgt nak berenang kat laut jauh2.

    ReplyDelete
  7. huhu.
    sy smp skrang xreti
    nk brenang wak..heee

    ReplyDelete
  8. saya membesar d kampong dulu.. macam citer2 filem.. asal takde air, ibu angkut baju satu bakul, saya bw tuala dan baju satu beg.. kitorg pergi sungai, lepak bawah jambatan. sementara ibu basuh baju saya bersihkan daki.. tapii.. sampai ke sudah.. saya tetap tak reti berenang. dlm sungai dulu bila kat tempat tak terjangkau kaki saya jengket2 patah balik.. hahaha.. memang tak rasa kepuasannya kan.. kui3

    ReplyDelete
  9. tak pandai berenang, pandai lemas jer TT

    ReplyDelete
  10. aku suka mandi manda..
    tak kiralah sungai ke laut ke kolam ke..
    asalkan mandi-manda memang feveret habis lah!

    tp tetap tak reti berenang :D

    ReplyDelete
  11. wuuu..fevret aku ni terjun mcm bom..gebushh!!hehehe^__^

    ReplyDelete
  12. lame xmandi sg!!!!!!!!!!!!!huhuhuh

    ReplyDelete
  13. giler best main terjun2...tpi skang bila berenang jadi cramp..dah lma xbrenang.nk brenang pon tkut2 dah

    ReplyDelete
  14. Aku x pandai2 berenang lagi ni.. sobs3x.

    ReplyDelete
  15. walaupon aku dok kg..tp aku xgeti berenang..sedih..hoho

    ReplyDelete
  16. suka tengok ja orang berenang,, tapi aku takut air sbb fobia pernah kelemasan

    ReplyDelete
  17. hehehehhehehehehehhehehehhehehehehehe.... tak reti (-.-")

    ReplyDelete
  18. bestnya berenang... tapi xpernah berenang, tak taw nak berenang macam mna walaupun rumah dekat ngan laut china selatan.. huhu.. terasa kerugian di situ.

    ReplyDelete
  19. x pandai berenag .
    puas kot ayah ajar .x pandai2 gak .
    so bila nk brenang pakai tangan kat tmpat cetek je.heh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!