Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Monday, September 27, 2010

Mari Memasak Buras

Assalamualaikum
[Internet aku buat hal beberapa hari ni... haih down sungguh!!]

Ok ok aku faham... Raya dah lama berlalu. Kuih raya pun sudah tinggal serbuk. Baju Melayu sudah bersemadi di dalam almari.. dan jika ada lagi budak-budak masih nak datang beraya, sudah selayaknya mereka diancam menggunakan penyapu. hehehe

Ketupat? Lemang? Rendang? In your dreams la! dah habis! Tapi aku nak juga memperkenalkan makanan tradisi masyarakat Bugis nih. Kan kita nak ber-1 Malaysia. Kalau nak capai matlamat ni, kita kena start dengan mengenali adat dan resam kaum-kaum di negara kita. Tol tak?

Atas niat suci tersebut, aku nak share dengan warga Malaya bagaimana cara-cara memasak buras. Ekceli aku nak post cara-cara membuat buras. Tapi time mak aku buat buras ni, aku takde kat rumah. keluar merayau dengan member. So apa aku dapat ketika pulang ke rumah? sudah pasti aku mendapat khutbah ringkas dari ibuku tersayang. Bukan dimarah ya.. just dinasihatkan. haha.

Ok, apakah Elemen-elemen yang diperlukan untuk memasak buras?

1. Emak yang baik hati dan penyayang, Ayah yang tabah dan sabar.
Mengapa? sebab merekalah yang akan menyediakan buras tersebut. Dan mereka jugalah yang akan membungkus, dan mengikatnya. Kalau pun korang ada tolong, kalau mak ayah korang tak suruh, kompem korang tak buat kan? Generasi muda zaman sekarang, just tahu nak terima beres je.(termasuk aku. hehe)



2. Buras/Burasak yang telah siap dibungkus dan diikat
Merujuk kepada gambar di atas, make sure ikatan tu fit ok. tidak terlalu menjerut dan tidak terlalu longgar. Ini penting bagi memastikan buras kita tadi keluar aromanya (aku merapu je ni)

3. Tempat memasak, dan kayu api secukup rasa
Aku still guna kaedah tradisional untuk masak buras nih. Sekarang dah banyak ibu-ibu moden yang memilih untuk menggunakan pressure cooker untuk menjalankan misi memasak buras. Bagi aku, masak buras kalau tak guna kayu api, nafsu beraya tu kurang. hahaha.


4. Periuk, atau tin bersaiz gajah.
Depends dengan jumlah yang hendak dimasak. biasanya, yang digunakan ialah tin minyak masak (yang bentuk segi 4 tuh). Kalau nak masak untuk raya je, banyak ni dah cukup rasanya. tapi kalau tetamu anda yang nak datang tu Pasukan bola Sepak Kebangsaan Togo, masak lah banyak sket. Tiga tin penuh barangkali?


Ok sekarang, Cara Memasak pula:

Tin ataupun periuk yang disediakan tadi haruslah dilapik dengan menggunakan daun pisang. Untuk apa? ikut saja. aku pun tak tahu. Mungkin untuk menambahkan aroma maybe?

 Kemudian susun elok-elok kesemua buras anda di dalam tin tersebut. Susun sahaja seperti biasa, tidak perlu tulis nombor giliran pulak ok. Ini bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan ruang yang ada. 


Hidupkan api. Pastikan api tersebut tidak terlalu marak kerana pasti anda tidak mahu rumah anda turut masak bersama buras itu sekali kan? Depends dengan keadaan. Yang pastinya api itu hendaklah sentiasa dijaga.

Lepas tu, isikan air ke dalam tin ataupun periuk anda. jangan terlalu penuh, sebab bila mendidih nanti, air akan mencurah-curah jatuh. Apa fungsi air? tentulah untuk memastikan proses pemanasan yang sekata. sila rujuk cikgu Kimia atau fizik anda yang berdekatan.


Lepas semua persediaan tu dah setel, mulalah memasak. air hendaklah ditambah dari semasa ke semasa manakala bekalan api perlu sentiasa mencukupi. Kalau kayu api tidak cukup, cabutlah dinding rumah jiran anda. Mungkin anda akan dimaafkan atas semangat hari raya.



Mungkin anda akan menghadapi kesulitan ketika memasak. contohnya asap yang memedihkan mata, bahang api yang panas, dan sebagainya. bersedialah dengan langkah pencegahan yang sewajarnya. Contohnya menyediakan beberapa pegawai bomba untuk menjaga anda ketika memasak.

Waktu memasak? depends juga dengan kuantiti, bekalan api, kemahiran si pembuat, dan kadar kerajinan si tukang masak. kalau ikut kuantiti yang mak aku buat ni, kami masak dalam 8 jam je.



Ok setelah diyakini masak, keluarkan hasil karya korang tu dan letakkan di dalam besen seperti di atas ni. Tunggu sehingga ia sejuk sendiri, kemudian basuhlah menggunakan air paip. Untuk apa? bagi menyingkirkan kaler hijau dari daun pisang tu.


Walaaah!!! siap! sedia untuk dimakan bersama keluarga, bersama rakan, kekasih, ataupun makan sorang-sorang bagi yang kedekut. selamat mencuba dan selamat maju jaya!


SudirSuichi


14 comments:

  1. EH suichi buras tu ape isinye..ko ndak kasi terang pun?

    ReplyDelete
  2. hahaha~~ ok2... dia macam lemang n ketupat gak.. isinya beras, atau pulut... yeahhh~~

    ReplyDelete
  3. kukus ke rebus..puas kucari x jumpa pun..mesti sedap nih

    ReplyDelete
  4. 1 of my feberet mamaman ni kalau balk kg.. huhuhu.. luv it..

    ReplyDelete
  5. fevret n fud yg wajib ada tym raya..hehehe

    ReplyDelete
  6. sudir..time konvo nnti bwk tok aku sebiji..xyah byk2 nnti aku jual plak kt pesta konvo tuh..juzz nk acu cubo tra test jer menu ko tuh

    ReplyDelete
  7. Mengelirukan lah sudik... lain dimasak, lain yang jadi... yg pertama dimasak tu memang buras... tapi pic yg jadi di bawah tu bukan tumbuk kah?

    ReplyDelete
  8. kak maya: hahaha... tu la..mesti org ingat kl sudah masak dia jadi tumbuk... tu la akibatnya kl men snap gak gambar...hehehe

    ReplyDelete
  9. pernah mkn skali je burasak ni, terbaik gak.

    ReplyDelete
  10. syaza penah mkn buras ni..tp kat johor ni die pgil burasak...hehehhe....aritu mkn time pesta bugis kat utm ni ha..tp mcm x berapa nak sedap la..mungkin org yg masak n jual tu x pro buat burasak kot...waahh..tp ape pon trigin nak mkn burasak lg...nak mkn ngan asam pedas pulak..eheh.aritu mkn ngn rendang..yum3.. =)

    ReplyDelete
  11. Tergelak terus aku baca..hahaha

    ReplyDelete
  12. Tergelak terus aku baca..hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!