Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Tuesday, September 7, 2010

Kebakaran di Kampung Pasir Putih Tawau.

Assalamualaikum
[Musibah demi musibah melanda... be strong my fellow villagers!!!]

Baru sebentar tadi berlakunya kebakaran di Kampung Pasir Putih. Ketika aku menaip post ni pun, api masih belum dikawal sepenuhnya. MEnyedihkan sungguh, tatkala umat Islam sudah mula bercountdown untuk menyambut raya, ujian sebegini harus ditempuh.

Lebih menyayat hati, benda ni berlaku tidak lama selepas banjir besar melanda kampung ni. sila rujuk SINI. Belum reda isu banjir, belum settle isu bantuan, belum habis membersihkan rumah, kebakaran pula datang menimpa. 

Here is another chapter of "Tear Drops in White Sand"


Through My window I can see.... Dari tingkap bilik aku macam sekolah yg terbakar. macam dekat.. so aku bergegas ke sana.. dengan baju tidak semena, dengan seluar puntung, dengan hanya berbekalkan DSLR canon murah ku ini...




View dari depan sekolah. Mak aih jauh rupanya api ni. seketika aku teringat kembali yang aku sedang berpuasa. dengan pantas aura kehausan menyerang~~arghhh


Tiba akhirnya... Melalui temubual dengan warga tempatan, ketika ini sudah 5 rumah yang terbakar


Jikalau Kamera boleh merakam suara, pasti anda hiba mendengar rintihan penduduk kampung. Hanya mampu berserah kepada segala ketentuan yang bakal tiba..


Asap berkepul-kepul seperti ini mampu melemahkan lutut setiap yang melihat. Apatah lagi jika rumah anda sedang menanti giliran tunuk menerima nasib yang sama. 


I Should get a zoom lens... Ni je yang mampu geng...


Bomba pun tiba. yang 'menariknya', hanya satu jentera yang tiba. mungkin mereka ingat mereka mahu datang tangkap ular sawa kot. tapi kita pun tak tahu gak kan.. mungkin ada masalah lain. Aku dengar ada orang kampung yang melontar mereka dengan batu sebab lambat sangat bertindak.. hmm...


Ketika inilah lori, 'pick up', dan Hilux menjadi kenderaan paling mahal dan berharga berbanding Honda Stream, Caldina, mahupun Ferrari.


I wonder what this little guy thinks... "napa la banyak orang tengok ja.. tapi ndak tolong..." Hmm... aku pun sepatutnya tolong dia... isk...


Api bila kecil, boleh menyalakan mercun. bila besar, menjadi Moyang segala mercun.



Tahniah kepada warga kampung yang membantu. Dengan jasad berpuasa, semoga Allah lipatgandakan pahala anda... amin..


Hati mana yang tidak sayu... Rata-rata warga kampung ni berasal dari golongan yang asalnya susah, dan berusaha membina kehidupan. setiap inci rumah mereka adalah hasil titik peluh mereka sendiri. bukan Hap Seng yang buat rumah mereka nih...


Yang sedih...yang risau.. yang menolong.. yang menangis... yang menonton...


Api kian marak... takziah kepada mereka yang terlibat...


"Woooi!!! Kasi hidup la air tu!!!!" - Jerit pakcik ni kepada bomba...


Bomba mula beraksi setelah sekian lama dinanti...


sambil menunjuk ke arah rumahnya dia berkata "Tebakar rumaku...." matanya merah..pipinya basah.. emosi kanak-kanak sungguh menyayat hatiku... klik tu gambar.. zoom pipi budak tu...aku sedih ok!!



Orang kampung turut sama membantu... semua orang pun puasa kan bang?


ANak muda kampung juga turut membantu... stabbas betta!!


Ni dari area belakang plak.. sesak..susah mau maju.... nanti bomba bagi aku hos tu susah plak...


Yang hanya mampu diselamatkan....



Adik ni cuba seboleh mungkin untuk membantu walaupun air yang keluar tu macam ndak ikhlas ja keluar.....hehe


Punca kebakaran? aku pun ta sure. ada yang cakap litar pintas, ada yang cakap kecuaian ketika memasak kuih, Waalahualam...


Pejuang muda yang memerah keringat membantu. kini bermandi manda di atas tangki. panas weh....


Fire is a curse...


Kian lenyap dijilat api... btw, aku first time nampak bomba pakai baju hitam tu. apa maksudnya tu? dia ada tali pinggang hitam ka? aku pun salah juga..time kadet bomba dulu selalu escape..


dibina, dijaga, dan dihuni sekian lama... musnah sekelip mata... banyak kali juga kelip mata sebenarnya...


Rasanya ini bukan masa yang sesuai untuk buat autoshow kan? hehe.. maybe abang ni datang untuk mengambil barang keluarganya..


Yang berbaju oren itu bomba. dan yang bertopi oren itu pemilik rumah tersebut. takziah diucapkan kepada beliau. semoga tabah menghadapi musibah...



Signboard AWAS tu memang bertuah... selamat dia ya...


Rumah paling bertuah abad ini. rumah si sebelah kanan dan belakangnya hangus musnah. Dari sumber yang boleh aku percayai, time kebakaran ni ada brader tu azan kat belakang rumah ni. dan api pun tidak sampai disitu.... syukur.. ada gak sorang lagi brader tu, sejak mula kebakaran dia azan tak henti-henti... dan api sememangnya tidak sampai ke tempat beliau berdiri...


Apakah perasaan nenek ini?

Kita mungkin tidak akan memahami perasaan mereka yang kehilangan rumah dalam sekelip mata, melainkan kita juga pernah merasainya. Apa pun semoga kita yang hanya mampu melihat ni, sentiasalah mendoakan mereka. dan jika mampu, berikanlah sedikit sumbangan. takkan la kereta ninja king dua tiga ketul parking depan rumah pun nak kedekut lagi kan?

Dan kepada mangsa, tabahlah kamu. hikmah itu sentiasa ada. sabarlah kamu, Dia sentiasa ada bersama. Jangan pernah berputus asa dan kuatkan semangat menghadapi ujian ini. 

Sekian.







20 comments:

  1. Inalillah..ujian Allah..semoga mangsamangsa tabah hadapi ujian Allah..aminn

    ReplyDelete
  2. ciannya, mudah2an Tuhan ringankan la beban mangsa, kesian sangat2... :'(



    p/s: aik, ko orang tawau pulak, kekekeke!

    ReplyDelete
  3. suichi kamu ddk di kg ini ke?

    sabar!!tabah hati utk menerimanye sehingga diri kite tidak goyang,ketika nikmat dtg kite syukur supaya tidak sombong,ketika percubaan dtg kite sabar jadi kite tidak bingung,maka kite punya hidup jadi tenang....

    ReplyDelete
  4. Azura: iya ba aku org tawau..knapa? mcm org jepun ka aku? hehehe

    Uruchimaru: yup...duk kampung ni lee~~hehehe

    ReplyDelete
  5. Dugaan.. moga mangsa dapat tempuhi dugaan ini dengna tabah

    ReplyDelete
  6. salam sudir,
    semoga penduduk kg ini tabah dan sabar menghadapi ujian ini, ada hikmat atas setiap kejadian

    ReplyDelete
  7. lupa nak tanya, penulis x tolong ker?
    tangkap gambar jer nih! huhuhu

    ReplyDelete
  8. smoga mereka tabah mnghadapi ujian ALLAH n lebih berhati2 lain kali...dlm ape jua yg kite lakukan okai...

    ReplyDelete
  9. Kesiannya~ Apa2pu takziah kepada keluarga yang terlibat. Moga tabah menghadapinya menjelang raya nie~ huhu.

    ReplyDelete
  10. sbr jele..da la nk rye...tp apekn daya ..ujian dari NYA kite xtau....bile nk dtg n bile akn brenti..tp yang pasti ALLAH takkan uji hambaNYA lebih dr kemampuannye

    ReplyDelete
  11. bro sop : hahahaha~~tu la pasal. sy pun tak mnolong ni...dok jaga kmera je... wat malu betul la... tp xpe..ramai kawan2 saya tolong...hehe

    ReplyDelete
  12. semoga penduduk kampung tu sabar menghadapi dugaan

    ReplyDelete
  13. didoakan mereka tabah hadapi musibah

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...

    Tadi saya blogwalking dan terjumpa blog kamu... amat menarik dan saya dengan rendah diri ingin menjemput kamu menyertai kami di Tawau Bloggers @ http://www.tawaubloggers.com

    Diharap kamu sudi mempertimbangkannya...

    Adry Sabry
    http://www.adrysabry.com
    http://www.facebook.com/adrysabry

    ReplyDelete
  15. kciankan...aku pun ada tyme kejadian ni...sedih btl tgk oo....

    ReplyDelete
  16. uisyh..terutnya..
    sedih tul..

    kisah London hanya di http://coretanperantau.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Salam... Terima kasih sebab sudi join kami... Check e-mail kamu.. letak logo & link Tawau Bloggers and welcome to the club...

    Entri ni terpilih sebagai "featured article" @ Tawau Bloggers.com

    http://www.tawaubloggers.com
    http://www.facebook.com/tawaubloggers

    ReplyDelete
  18. Ujian Allah kepada mereka, Takziah kami ucapkan kpada mangsa,semuanya ade hikmahNya..

    ReplyDelete
  19. ni mesti bebudak dok main mercun kan..hehe

    ReplyDelete
  20. Kita tlg stakat yg terdaya

    plg tidak mampu pun berdoa supaya kehidupan mereka dipermudahkan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!