Assalamualaikum
[Hari ni student aku bagi kueh raya... sedap lazat terbaek!!]
Hai kawan kawan! (peergh skema seyh). Bertemu kita lagi. Hari ni aku nak sambung uplod gambar-gambar beraya kami tahun ni.
Sebelum tu, aku nak bgtahu yang hari ni aku agak hepi, ceria dan bersemangat. Kerana apa? sudah tentulah gembira di atas kemenangan Manchester United ke atas Liverpool semalam. A well and nicely done job for my team especially abang Berbatov kita. Hat-trick tu~~~~ hehehe. ok dah tanak cakap panjang nanti blog aku kena boikot dengan peminat team lain.
Ok, kalau stakat melihat wajah-wajah member aku ni, memang ramai yang akan mati selera kan? so apa kata aku share sikit benda yang aku terbaca tadi. berkaitan Adab ketika bertamu / bertandang ke rumah orang. Sesuai jugak lah dengan tema entry ni, iaitu beraya. hehe.
Siapa tahu nama kuih ini? Seperti org ramai di luar sana, aku hanya tahu makan saja. hehe |
1. Memperbaiki Niat
Kalau nak bertamu tu, niat tu kenalah baik. baik disini bukan bermaksud hendak mengorat anak tuan rumah, hendak membandingkan perabot yang ada, ataupun hendak mengajak tuan rumah mengumpat jiran sebelah yang suaminya kantoi curang dengan mak nyah.
Senyuman mereka manis bukan? Sangat manis bagi gadis yang baru sahaja panik melihat kebakaran |
2. Memberitahu tuan rumah (untuk Minta Izin) Sebelum Bertamu
Ini bukan zaman romeo & juliet ok. handphone ada, Fb ada, posmen pun ada. Bagitahu tuan rumah yang anda hendak bertamu. tak payah nak suprise2 sebab suprise ni sesuai untuk birthday party je. Bukan apa, ini memudahkan anda dan tuan rumah juga. Tak eloklah bila anda datang tiba-tiba, tuan rumah masih memakai singlet yang usang manakala air liur basi memenuhi segenap wajahnya kan?
Ni tangga rumah aku. Dari tangga rumah, akan wujudlah rumah tangga |
3. Menentukan Awal dan Akhir Waktu Bertamu
Amat penting bagi si tetamu untuk alert pasal benda ni. Janganlah bertamu terlalu lama. kalau tuan rumah dah mula batuk2 kecil tu, faham2 lah yang itu petanda yang anda disuruh pulang. Janganlah bertamu sampai 5 jam. kasihan lah kepada tuan rumah. mesti depa ada kerja lain nak buat kan? apalagi ketika bertamu di rumah pengantin baru. jangan terlalu lama. Faham kan? hehehe
Beliau ialah orang cina. Percaya atau tidak? nak aku suh dia cakap cina tak? |
4. Berwajah Ceria dan Bertutur Kata Lembut dan Baik Ketika Bertemu
Ayat kena manis ikhlas, dan jagalah hati tuan rumah. Walaupun tuan rumah tu seburuk-buruk makhluk sekalipun, hormatilah dia. Jangan bermasam muka kerana anda bukan bertamu di pusat pemulihan akhlak. berkatalah dengan tutur yang lembut. Tapi jangan pula lembut tingkah laku nanti tuan rumah ingat korang ni pondan pulak.
Wanita sekarang sangat advance. mereka mampu bergosip sambil berjalan dalam masa yang sama. ajaib! |
5. Tidak Sering Bertamu
Kalau anda ni bukan keluarga atau sahabat terdekat, ta payah la nak datang tiap hari. Cukuplah sekadar datang ketika ada majlis ataupun ketika hari raya. Takkan la tuan rumah tu baru beli hamster pun korang nak datang meraikan jugak kan? dan anda tentu faham apa makna perkataan MELUAT. hehehe.
This is my fren. Ramai yang meminati beliau. bukan kerana kecantikanya, tetapi kerana dia cantik ketika menghirup sup. |
6. Dianjurkan Membawa Sesuatu Sebagai Hadiah
Hadiah atau buah tangan akan membuatkan tuan rumah lebih senang dengan kehadiran anda. ia juga merupakan tanda penghargaan kepada tuan rumah. Tapi orang kita dah terbiasa datang bertamu dengan hanya membawa PERUT sebagai hadiah terutama ketika raya.
Pelik Tapi benar aku tak tipu. Rumah ini baru sahaja dilanda banjir. Atas semangat Raya, masih mampu menjamu rakan taulan. |
7. Tidak Boleh Seorang lelaki Bertamu Seorang Wanita yang Suaminya atau Mahramnya Tidak Ada di Rumah
Ini kes berat. Boleh menimbulkan fitnah. Ingatlah bahawa sesungguhnya Fitnah itu lebih kejam dari Fitness. Kalau gian sangat nak bertamu, lapaklah di luar pagar sehingga mahram si perempuan itu tadi kembali ke rumah. Kalau mahramya pegi naik haji, anda tunggulah disitu sampai dia balik ya.
Apa yang best apabila beraya di rumah cikgu lama?? Dapat makan makanan di rumah cikgu lama... yeah! |
Model mee tidak berbayar |
Nyum nyum!! |
Setakat itu saja dulu dariku. Esok UPSR dah bermula. semoga yang terlibat dapat melaluinya dengan penuh kecemerlangan. Ingatlah student2 sekalian, perjuangan anda belum tamat apabila exam itu tamat. Di situlah cabaran sebenar akan bermula. Its not the end. its just the beginning. Nasihat orang lama (cewaaah)
Yang menarik pasal menghadapi Exam ketika bulan raya ni ialah, lepas exam, boleh sambung beraya lagi yahuuuu~~~~~~ sekian
Tatau la itu kuih apa.. tapi serious nampak sedap tu...
ReplyDeleteSedap ke?
:) Salam raya dari Warlord's Armoury!
tu kek lapis sarawak la...tgk kat blog ML pun ade=)
ReplyDeleteyup2 kek lapis swk..byk lg design klu rajin cr..hehehe dah sllu mkn kek tu hehehe sedap tau:)
ReplyDeleteserunuk pulak tengok mi tuu. bnyak gila sootoong, terkecur sekejap. HAHA
ReplyDeletenew entri xD :
TERINGAT
adeh, lapar perut neh tgk sume mknn2 kat atas tu..arghhhh..
ReplyDeletetetiba perutku terasa lapar yang amat hehehhe
ReplyDeletemmg meriah raya bro..
ReplyDeletedgn shoot menggunakan DSLR, lg best suasana raya..
awek2 kat gambar tu sumer berpunyer? huhuhu
wah manis2 sumenye..hihihi..
ReplyDelete*terberKENAN dgn gadis itu...erkk hihi gurau2 sak..suichi
oh itu kek lapis sarawak bah !
kat mna nie bro??
ReplyDeleteUruchimaru : alaah...kl nk kenal dgn kawan sy tu xde hal la.... boleh je...hehehe
ReplyDeleteShah: kat tawau, sabah bro~~
Bro Sop : Semua dah berpunya!!! hehehe
Jemput datang ke rumah ku, jangan lupa klik BUKA DISINI n jadilah ikut member
ReplyDelete