Assalamualaikum
[Dengan ini secara rasminya aku bersara dari aktiviti beraya pada tahun ini. penat~~]
Wokeh.. malam ni aku nak menyemarakkan lagi semangat 1 malaysia dalam kalangan umat manusia di negara ini. Ye lah, esok(16 sept) kan kita nak menyambut Hari Malaysia. Yeaaah!!
Siapa yang tidak tahu Hari Malaysia? Rujuklah Guru sejarah anda yang terdekat atau tanya saja pakcik google kita yah..
Aku orang Sabah. As u know Sabah consist of so many ethnics and race, and I still cant find any other place (where i have been) where the peoples spoke many types of language. Ok poyo pulak budak Band 5 ni. hahahaa!!!! Gua kasi bukti yek!
Ni Gamba member aku. aku start dari sebelah kiri yeee :
- Bugis Bone
- Toraja
- Bugis Endrekan
- Jawa + Cina
- Bugis
- Bugis Bone
- Banjar
- Bugis bone lagi
- Pure Malay (dia cakap camtu)
- Butun
- Cina + Bajau
- Jawa
- Bugis Pinrang (me..the cameraman..haha)
Nah... ni belum aku kumpul 1 kelas lagi nih.. Bangsa-bangsa kat atas tu, pasti ada yang readers semua ta pernah dengar bukan? seryes ni baru sikit. belum lagi keluar member aku dari filipina (kerabat jericho rosales), dan beberapa ahmoi ahchai (kerabat Jay Chou). Kemudian datang pula member keturunan pahlawan Butun dan Penari Sumazau kadazan... memang ramai. Bikin pening. Tapi happening....
lihatlah betapa damainya kehidupan kami. walaupun berbeza adat dan budaya. Tidak terfikir walau sedikit untuk bermusuhan sesama kami. mungkin ada sedikit perbezaan cara, namun yang pastinya, keamanan dan keharmonian harus dipelihara.
Bukan hendak berlagak, jauh sekali hendak poyo. siapalah kita kan. Negara kita ni kecil je. Berapa juta sangat rakyat kita. Kalau semua orang kat negara India dan China tu kentut beramai-ramai kat Malaysia, mau mampos kita semua. sememangnya kita sangat kerdil di mata dunia.
Thats why lah, aku hope sesangat kita semua ni bersatu. Kalau dah nama Malaysian, kita tak boleh berdiri megah dengan hanya membawa nama bangsa etnik kita semata-mata. Bersatulah. Nescaya kekerdilan kita akan menjadi topik utama di mata dunia.
Apapun, tolak ansur ialah jalan terbaik. jika ada pihak yang cuba membangkitkan isu perkauman, ta payah la kita nak balas balik maki hamun depa. kalau macam tu, bila la nak stop benda ni. Undang-undang kan ada.
Semoga negara kita aman sentiasa hendaknya. Maaf jika ada hati yang terguris, tergores, dan menang. Ampun.. hoho.. sekian~~
photo atas dah edit guna photoshop?
ReplyDeleteselamat hari Malaysia
ye broo... edit guna lightroom...
ReplyDeleteemm..cantik pic raye ats tue..SUICHI!!!!!!
ReplyDelete