Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Sunday, September 19, 2010

Majlis Istiadat Konvokesyen ke dua belas Universiti Pendidikan Sultan Idris

Assalamualaikum
[Tadi aku potong rambut.. boleh ke cekgu rambut pacak-pacak?]

Tajuk Entry aku ni pun sudah cukup skema untuk menjelaskan segala-galanya. Yup... setelah berhempas pulas selama 4 tahun, tanpa sebarang subject yang gagal, repeat, ataupun bodek lecturer untuk dapat A, akhirnya aku akan berkonvo pada 16 Oktober 2010.

In case ada geng upsi se-Batch aku yang termasuk dalam blog ni, bolehlah mengesahkan kehadiran konvo anda di SINI. Dan yang hendak mengetahui konvo anda sidang ke berapa, boleh rujuk di SINI.

Gambar sekadar hiasan

Konvo memang sangat dinanti oleh semua mahasiswa. Bagi aku, ini juga merupakan peluang untuk bawak parents aku round KL. Ayah aku dah 30 tahun tak pernah cuti (even hari raya pun dia kerja ok!) manakala mak aku teringin nak gi Genting.

Ok, sebenarnya aku ingin memberi sedikit saranan kepada para pembaca semua, berkaitan cara terbaik untuk memberi nama kepada anak lelaki anda. kepada yang akan bergelar ayah, yang ingin bergelar ayah, selagi anda bukan pengikut Ayah Pin, bolehlah mengambil pengajaran dari kisahku ini.


Ok semua, kat atas ni list name giliran pengurniaan ijazah untuk budak sains batch aku. Seperti yang anda lihat, namaku ialah yg telah sedia di highlight olehku.

Jangan perhatikan namaku, sebaliknya lihatlah nama-nama lain di dalam list tersebut. ya... semuanya PEREMPUAN.. Inilah bahana mempunyai nama berpangkal 'S' bagi lelaki. Walaupun namaku itu popular (hehehe...) tapi kalau dah sampai macam ni, mau tak aku duk diam je dalam dewan nanti! hahaha

So nasihatku, jangan bagi nama anak lelaki anda gengan huruf yang biasa di dominasi oleh kaum hawa. Kompom dia akan tersipu-sipu malu ketika konvo nanti..hehehe.

Apapun, aku tetap sangat-sangat bersyukur kerana telah menghabiskan pengajian. selangkah ke alam dewasa nampaknya. Semoga segalanya berjalan lancar..Amin...

"Anak Tiri Suluh Budiman" hak hak



12 comments:

  1. Wah.. nak konvo dah??Tahniah! aida je belum.. huhu~ lambatnye.. haish~

    ReplyDelete
  2. pehh! seekor kumbang dikelilingi bunga2
    tahniah suichi!!

    ReplyDelete
  3. owh..baru ko mo konvo ka nant..cewh..tahnia..blh la aku p tgk2 nant kan...haha...

    ReplyDelete
  4. tahniah..
    mmg kenangan terindah semasa mengambil sijil hasil belajar 3 tahun :)

    ReplyDelete
  5. mantap... tapi kenapa x guna bahasa ibunda (tawau).. bergegar tembuni baca blogmu.. haha

    ReplyDelete
  6. selamat..

    tp daktau lg free ka tidak 16okt..

    ReplyDelete
  7. hihi ok lh tu..sudirman.nice2.. selamat berkonvo..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!