Assalamualaikum
[Bila bersendirian, Ilham pun datang]
Minggu ini sesi persekolahan telahpun bermula. Ya aku tahu sekarang hujung minggu. Tapi sumpah aku taip post ni pada 3.1.2011. Betul ni tak tipu. Hari ni aku hendak bercerita pasal keajaiban menjadi seorang guru. Kalau rajin boleh la layan cerita aku ni. Kalau tak mahu pun tidak mengapa.
Seperti kebanyakan guru yang dipostingkan di kawasan luar bandar, aku juga tidak terlepas dari cabaran dan dugaan. Mungkin jika masuk rancangan ‘Bersamamu’, aku boleh mendapat kutipan derma tertinggi. hahaha. Ekceli biasa saja sebenarnya. Waktu aku kecil dulu hidup lagi sengsara. Saja mahu menggempakkan keadaan.
Pada mulanya, kami bercadang untuk tinggal di sebuah rumah yang terdapat di dalam kawasan sekolah. Ye lah, kami orang jauh, tiada kenderaan, gaji belum masuk, dan kacak. Jadi opsyen terbaik ialah tinggal sehampir mungkin dengan sekolah. Agar kami mampu untuk pergi berkhidmat dengan mudah dan lebih bersemangat mendidik anak bangsa. Walaupun hakikatnya, kami malas bangun awal. Tinggal dekat ni boleh tidur lama sikit.
27.12.2010. Kami tiba di sekolah bersama beg besar akademi Fantasia untuk tinggal di rumah tersebut. Dengan bantuan Penolong kanan Hem kami, rumah itu berjaya dibuka dan dengan lafaz Assalamualaikum kami memasukinya.
Jika anda seorang gadis, anda mungkin menangis.
jika anda seorang Ibu, anda mungkin lebih kuat menangis.
Jika anda seorang Ustaz, anda akan menggeleng kepala sambil beristighfar.
Jika anda seorang penagih, anda akan cakap ‘Home sweet home!’
Dan jika anda menjadi kami, anda akan tersenyum kerana anda seorang yang cool dan penyabar.
Namun disebalik senyuman itu terdapat hati yang merintih. Rasa sedih pun ada, rasa lucu pun ada. Tapi apa yang pasti, jika anda sanggup membiarkan seorang manusia tinggal walau satu malam di rumah tersebut, kezaliman anda sudah setaraf dengan Raja Namrud si Firaun itu (Aku bergurau saja, don’t take it serious ok)
Ini ialah kucing. Aku banyak berkongsi masalah dan berbual dengan kucing ini ketika kami kebosanan disana.. Nampaknya dia begitu memahamiku..
Sebulat suara kami bersetuju yang rumah itu tidak boleh diduduki. Tidak mengapa, jangan risau jangan gundah, PK HEM kami membawa kami ke rumah yang lain pula. Kali ini lebih kecil sedikit, tapi dindingnya masih baru kerana pernah dibaiki. Dinding saja yang ok ya. Part lain tu aku no komen. Bagaimana pula dengan suasana? Sama sebijik dengan cerita hantu Thailand. Cuma yang kurang ialah tiada pontianak merangkak di atas siling. Seram weh!
Jangan risau, ada rumah lagi. Kali ni ialah rumah bersebelahan dengan rumah PK Hem kami. Rumah tu beliau jadikan stor. So banyak la barang-barang kenangan beliau dalam rumah tersebut. Elektrik pun boleh la tarik dari rumah beliau kan. Ya sebagai guru Malaysia yang berjiwa kental kami membersihkan sebuah bilik di dalam rumah itu untuk kami duduki.
Yang menariknya, sekuat manapun kami menyapu lantai, habuk tetap ada. On the spot aku selesema. Aku pergi ke dapur untuk membasuh tangan. Mata terpancar sinar harapan mengharapkan ada setitis air keluar dari muncung pili. Tiada. Aku jenguk ke luar rumah, rupanya tangki air sudah tiada. Kami mengucapkan tahniah dan besalaman sesama sendiri. Motivasi. itu yang penting sekarang.
Apapun itu semua cerita dua minggu lalu. kini kami hidup selesa atas belas ihsan beberapa kawan baru kami. Walaupun masih tercari-cari adakah esok masih ada, namun hari ini wujud untuk kita syukuri.
Aku mengajar sesi petang. Meaning aku akan mendapat 'anak' yang berumur dalam lingkungan 13-14 tahun. Subjek yang ku ajar? oh rasanya tidak perlu dipanjangkan isu itu disini. Kerana pasti ramai yang akan ketawa.
Ramai yang cakap, kerja cikgu ni senang. Setengah hari. Rilek. Sampai ada yang cakap makan gaji buta. Aku pernah dengar sambil mendiamkan diri. Manalah tahu betul kan. Tapi lepas aku pun merasa sendiri, ingin ku cari orang yang cakap guru ni makan gaji buta itu. Aku mahu butakan matanya. haha.
Memanglah setengah hari..tapi serius macam setengah mati.. Siapa kata rilek? kulit aku ni sudah hampir menjadi warna black ok!.
God bless u all kiddo~~ and me too… I’m gonna need it..
Till next time. Wassalam
sini ku komen dulu!
ReplyDeletebiar sjauh mana diletakkan, jangan jadikan ia sebagai halangan. tugas mu berat. kerana generasi akan datang lahir daripada guru yang cemerlang dan gemilang.. semoga berjaya cikgu!
ooohh..patutla malam ahad pon ada..ekekeke.rupanya mengajar sesi petang.ok ok.dipaham suda situasi
T.T terharu baca!!! go cikgu!! bnyak pengorbanan seorang guru kan... =D
ReplyDeletewahhhh.Bila baca blog cikgu,rasa betapa iklasnya mereka berkhidmat!Thanks cikgu!
ReplyDeletesudir... u r tough!!! mmg jadi cikgu ni besar sgt tanggungjawabnya dan besar juga CABARAN yg akan ditempuhi...byk kan berSABAR n always COOL ek! jika kita buat kerja dgn seikhlasnya...kalau orang lain xnampak pun...tapi Allah nampak. dan dia akan memberi ganjaran kepada hambaNYA yg bersabar... chayok2x!!!
ReplyDeleteaku tumpang cool.
ReplyDeletesebab aku bakal mengalami nasib yang serupa.
=.=!
tahniah cikgu! hehe.. macam tak caya je.. hehe.. apa2 pun, mengajar lah sepenuh hati.. banyak pahala tu.. semoga dimurahkan rezeki..
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteselamat mendidik anak-anak Malaysia...
Selamat berjuang Cikgu
Dulu ingat jadi cikgu senang
rupanya susah jugak
Suka baca entry nie
yeah..c'mon cg..stand up..aja2 fighting..
ReplyDeleteerrr...ckap ngan kucing???hehee
slamat pagi cikgu!
ReplyDeleteye, tugas cikgu bukan mudah.
sappa yg xpernah terlibat scra lgsg ataupun tak dgn tugas cikgu ni mmg la xkn fhm~
sudir,pls respon me about the bukit tv yaa :)
ReplyDelete