Assalamualaikum
Ibu dan bapa. Pengorbanan mereka tiada taranya. Adanya kita pada hari ini adalah kerana kasih sayang dan impian besar mereka. Melihat mereka sakit atau menderita adalah perkara paling menakutkan dalam diri seorang anak. Jika boleh ditukarkan tempatku dengan mereka, aku lebih dari sanggup. Cepat sembuh ya mak~~
Now then, alang-alang aku berada dirumah, molek juga jika menjenguk blog ini. Bagaimana header baruku? cukup poyo untuk buat gadis di luar sana tertawan? Tidak perlulah. Aku sayang gelfrenku. Hehehe.
SUdah hampir basi, gigi tinggal gusi, dan mungkin tiada peduli. Regatta Lepa 2011 sudah seminggu melabuhkan tirai. Previous entryku menceritakan kehangatan malam pertama Regatta Lepa 2011. Dan kali ini, acara siang hari pula akan kusajikan sebagai teman gemar hari cuti kita orait!
Seperti biasa, aku bukanlah insan yang akan membaca apakah tentatif program, menghafal visi, dan mengambil tahu perjalanan majlis. Yang ku tahu, On kamera, dan mencari gadis-gadis Bajau untuk digambar. Makdaling–daling kita!
Kami tiba agak lewat pada pagi itu. Bagaimana aku tahu? aku melihat kuih di meja VIP kebanyakannya sudah hampir habis dimakan. Itulah pengukur masa yang paling persis dan jitu.
Additional info, Lepa means ‘Boat’. In malay we call it as ‘perahu’. That is Lepa. Do pronounce it correctly and don’t mix it up with other pronunciation, such as ‘LEPAK’, or ‘LEPPAK’. LEPAK (MAlay word) means ‘hanging around’ while 'LEPPAK’ (bugis word) means ‘a slap to your head’. GOt it?
Inilah antara rupa Lepa-lepa yang mengambil bahagian dalam acara Lepa cantik pada hari tersebut. Di depan terdapat seorang pengemudi, dibelakangnya tentulah si gadis yang sentiasa menari mengikut ketukan muzik. Dan di dalam ‘kabin’ lepa itu pula orkestra pengiring kepada si gadis tadi. Tentulah alat muzik yang digunakan itu adalah tradisional, bukannya gitar karan ataupun piano yamaha.
Tulang belakang Regatta LEpa 2011. Dialah orangnya.
Setiap kaum ada budaya. Behold, this is the wonderful culture of the Bajau tribe. Sangat nice. KEnapa nice? sebab masih ramai pengamalnya. Jangan pandang rendah akan tarian si gadis ini. Kamu lihat kukunya yang panjang itu? dicakarnya muka kamu nanti..
Setiap lepa pula akan ada namanya. Seperti di atas, yang berhuruf besar itu mungkin adalah nama lepa itu, dan nama haji dibawah itu adalah nama pemiliknya..
She’s a Hot gurl rite? Sememangnya semua orang pun ‘hot’ pada hari tersebut. Panas. Yang putih boleh menjadi hitam. Dan yang sudah sedia hitam bolehlah mencuba Fair & Lovely.
Jika anda seorang yang minat menukar proton wira menjadi Lancer, mungkin aktiviti sebegini sesuai untuk anda. Menghias lepa samalah juga seperti menghias kereta. Cuma bezanya, lepa ini tidak boleh di ‘lowered’ kan. Nanti tenggelam.
Kaum Bajau laut memang terkenal dengan kehandalan mereka ‘menguasai’ lautan. Kebanyakan masa usia mereka dihabiskan dengan berada di laut. Zaman berubah, sudah semakin ramai yang menduduki pulau-pulau berhampiran, dan ada juga yang tinggal terus di tanah besar. Dan tidak lupa ada juga yang menjadi penyanyi Hip Hop.
Apakah ciri-ciri yang membolehkan sesebuah lepa itu dinobatkan sebagai pemenang? mudah saja. Haruslah mempunyai dekorasi yang menarik. Contoh dekorasinya ialah Sambulayang (layar) dan tipah-tipah (Bendera kecil). Muzik yang dimainkan juga mempengaruhi. Tidak lupa tarian. Secantik manapun lepa dan muzik yang dimainkan, jika penarinya sekadar bershuffle, mustahil akan menang.
Sejujurnya aku tidak tahu lepa mana satu yang menang dalam Regatta Lepa 2011 ini. Semuanya pun sama cantik, sama lawa, terbaik dari ladang tenusu.
Sebagai penutup, tahun depan jika dunia belum kiamat, mari pakat ramai-ramai memeriahkan lagi Regatta Lepa di daerah Semporna ok.
Jika bukan kerana Sambulayang,
Tidak lah jiwa terasa sayang,
jika punya masa terluang,
Jumpa di Regatta Lepa tahun hadapang..
Keindahan alam menghiasi laman,
Di Mabul sana kita menyelam,
Andai datang bersama teman,
Bawalah payung nanti kamu hitam..
Bajau di laut memasak putu..
Bugis di darat memasak buras..
Jika mahu hidup bersatu..
MAri semua jadi geng keras..
**Sudir Suichi**
Makdaling-daling kita! Nice! :)
ReplyDeleteFadzmie's Latest Entry: KUMPULAN K-POP VERSI MALAYSIA
damn! rndu rumah... =.=
ReplyDeletetrlepas tgok event ni.
dang! cantek gambar! header smart!
ReplyDeleteaku pun join juga la.. DAMN!!
ReplyDeletemenariknya...penuh dengan warna2
ReplyDeletehohohoho.. nice! lawa2 ja semua nih..
ReplyDeletedan ada jugak ye slang trgnu.. --> hadapang!
hhehehe
Koleksi gambar semua lawa-lawa! Mungkin selawa pemilik blog ni? apa-apa pun memang enjoy la baca entri ni :)
ReplyDeleteThanks for sharing admin.